Saturday, May 25, 2013

[Video] Bayi Di Baling Oleh Bapak Sendiri Di China

Kejadian sadis ini tak lain tak bukan berlaku di negara China. Aku tak pasti apa masalah orang China ni,jangan kata aku rasis plak,ni cina China,kahkahkah...Ko bayangkan dia boleh campak anak dia yang dikatakan berusia 1 tahun tu atas lantai macam anak patung jer. Katanya,masa tu dia sedang bercakap di telefon dan mungkin bergaduh ke ape die lepaskan kemarahan pada anak dia yang dia tengah dukung. Giler...sadis...Katenye,anak die cedera parah sebab jatuh kepala dulu.Ade pendarahan dalam otak dan retak tengkorak. Kaki dan tangan patah. Klau berani,layan :


Thursday, April 25, 2013

[Video] Filem Patriot Bakal Menggegar Persada Perfileman Negara?

Kita dah lama disogokkan tentang filem-filem aksi berasaskan peperangan oleh filem-filem dari Hollywood. Kita juga tidak ketinggalan dengan filem-filem bergenre begini sejak dahulu lagi. Dimulakan dengan filem zaman Tan Sri P.Ramlee iaitu Sarjan Hassan dan seterusnya zaman 80an iaitu filem Darah Satria,Wira Angkasa,Prebet lapok, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. Ini antara contoh-contoh filem tempatan yang bergenre peperangan lebih 60%. Aku rasa banyak lagi filem bergenre macam ni yang cuba dilahirkan pengiat seni filem tanahair cuma banyak perkara yang membataskan penciptaannya.

Di zaman moden sekarang, aku rasa dah sampai masanya kita tunjukkan kekuatan tulang belakang negara kita dalam bentuk lebih ekstrem dan setanding filem yang ditunjukkan dari filem Hollywood. Denag senjata lebih moden,peralatan lebih canggih dan suasana lebih realistik dengan abad ke-21 di tahun 2013 ini. Maka lahirlah cadangan menghasilkan filem PATRIOT ini. Filem ini dikatakan sudah memulakan penggambaran pada Mac 2013. Tetapi mereka sudah memulakan test shost atau erti kata lain short version untuk filem ini. Saksikan :

Wednesday, March 27, 2013

[Gambar & Video] Rusdi Ramli Keliru Mahu Ikut Arahan Pengarah Atau Allah SWT

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Artikel : Harian Metro

Monday, March 25, 2013

[Gambar & Video] Apabila David Beckham Jatuh Terlentang Di China

WUHAN, China - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mengalami situasi memalukan apabila dia tergelincir dan terjatuh selepas melakukan satu aksi tendangan bola, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Bintang berusia 37 tahun itu jatuh di hadapan sekumpulan pemain bola sepak muda China semasa dia mengadakan lawatan di Kelab Bola Sepak Zall di wilayah Hubei kelmarin. Beckham muncul di padang dengan mengenakan sut mewah berwarna kelabu dan memakai kasut kulit ketika mengambil tendangan.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu dilaporkan menunjukkan cara mengambil sepakan percuma yang sempurna. Bagaimanapun, dia gagal untuk mengimbangi diri lalu jatuh terlentang. Dia berada selama lima hari di negara tembok besar itu kerana memegang peranan sebagai duta sukan bola sepak China. - Agensi
Sumber : KOSMO

Monday, March 18, 2013

[Video] Filem Vikingdom Arahan Yusry KRU Studios Sedia Untuk Ditayangkan

Aku memang suka kerja2 yang dilakukan geng2 KRU ni. Sejak dari cerita CicakMan,aku dah nampak mereka ni akan memecahkan tradisi filem negara dengan teknik CGI dan kualiti berkelas dunia setanding filem2 Hollywood dan buktinya, mereka berjaya menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang bagi aku ada kualitinya sendiri. Walaupun sesetengah orang mengatakan kualitinya ada cacat celanya tetapi bagi aku, ia berbaloi dengan kos produksi yang jauh lebih murah dari apa yang dilakukan oleh Hollywood dan yang lagi penting, ia hasil kerja 100% anak tempatan.

Terbaru mereka ingin menerbitkan dan mengarah pula filem Hollywood yang meletakkan sasaran lebih tinggi untuk pasaran dunia setanding filem2 epik Hollywood yang lain iaitu VIKINGDOM. Pelakon2  yang diambil mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah tentu mempunyai pasaran dunia. Aku tak sabar jugak nak tengok filem ni sebab nak tengok penceritaan dan kualiti kerja2 anak tempatan kita iaitu KRU Studios dan mereka telah mengeluarkan teaser pertama mereka sebelum trailer sebenar akan dikeluarkan sempena tayangan perdana yang dijangka pada Ogos 2013 ini.

Anda saksikan dan nilaikan dulu teaser VIKINGDOM ini. Ingat! letakkan dalam minda ini adalah arahan dan kerja tangan Yusry dan geng2 KRU Studios :

Thursday, February 28, 2013

[Video] Tragis : Detik Belon Udara Panas Meletup!

KAHERAH - Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong.Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan.Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital.

Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya.

Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor.
"Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon," kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul.Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil. - Agensi

Wednesday, February 27, 2013

Jadual Peringkat Suku Akhir Piala FA Pada 6 dan 16 April 2013

Akhirnya Piala FA 2013 Liga Malaysia telah capai ke peringkat pertengahan pertandingan di mana penentuan 8 pasukan terbaik hampir lengkap dipenuhi. Ketika artikel ini ditulis,tinggal satu sahaja lagi perlawanan iaitu antara Kelantan dengan PKNS Selangor yang tidak berlangsung dek kerana hujan lebat yang menganggu permukaan padang di Kota Bharu.
7 pasukan yang telah layak ke suku akhir adalah Sarawak, Selangor, Pahang, Terengganu, N.Sembilan, Sime Darby FC, dan Johor Darul Takzim. Hanya menunggu sama ada Kelantan ataupun PKNS Selangor yang akan turut sama menyertai kelompok 8 pasukan terbaik Piala FA musim 2013 kali ini.

Berikut adalah jadual perlawanan suku akhir yang akan berlangsung secara timbal balik pada 6 April 2013 dan 16 April 2013 :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...