Thursday, April 25, 2013

[Video] Filem Patriot Bakal Menggegar Persada Perfileman Negara?

Kita dah lama disogokkan tentang filem-filem aksi berasaskan peperangan oleh filem-filem dari Hollywood. Kita juga tidak ketinggalan dengan filem-filem bergenre begini sejak dahulu lagi. Dimulakan dengan filem zaman Tan Sri P.Ramlee iaitu Sarjan Hassan dan seterusnya zaman 80an iaitu filem Darah Satria,Wira Angkasa,Prebet lapok, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. Ini antara contoh-contoh filem tempatan yang bergenre peperangan lebih 60%. Aku rasa banyak lagi filem bergenre macam ni yang cuba dilahirkan pengiat seni filem tanahair cuma banyak perkara yang membataskan penciptaannya.

Di zaman moden sekarang, aku rasa dah sampai masanya kita tunjukkan kekuatan tulang belakang negara kita dalam bentuk lebih ekstrem dan setanding filem yang ditunjukkan dari filem Hollywood. Denag senjata lebih moden,peralatan lebih canggih dan suasana lebih realistik dengan abad ke-21 di tahun 2013 ini. Maka lahirlah cadangan menghasilkan filem PATRIOT ini. Filem ini dikatakan sudah memulakan penggambaran pada Mac 2013. Tetapi mereka sudah memulakan test shost atau erti kata lain short version untuk filem ini. Saksikan :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...