Friday, June 10, 2011

Betulkah Astro First Akan Kayakan Lanun Cetak Rompak?


Aku rasa aku setuju dengan pernyataan aku sendiri ni. Mula-mula aku rasa Astro First ini sememangnya menguntungkan dan memudahkan orang ramai untuk menonton filem-filem baru di kaca TV masing-masing dirumah. Kenapa aku cakap macam tu sebab beberapa perkara iaitu :
  • Kalau famili ramai,kira murahlah bayar RM15 jer untuk tengok ramai-ramai kat rumah. So jimat kos lah dari tengok kat wayang yang dah tentu kos berlipat kali ganda.
  • Untuk penerbit filem yang ceritanya tak laku,sekuran-kurannya orang tengok kat rumah dan astro boleh bayar sikit kat penerbit yang berkenaan.
Tapi aku rasa ia lebih kepada daripada menguntungkan. Sebabnya adalah kerana :
  • Kalau orang beli RM15 pastu buat tayangan amal ramai-ramai silap-silap memang dah taknak tengok wayang dah.Tengok kat rumah lagi best! hahaha
  • Dan yang lagi mengecewakan lanun cetak rompak dah boleh buat bisnesnya lagi cepat dam lagi bermutu!
Aku rasa filem pertama yang menjadi mangsa adalah KONGSI yang meletup-letup kat wayang sekarang walaupun ceritanya boleh aku kategorikan kelas B iaitu biasa-biasa jer. Terkejut aku sebenarnya bila tengok kat kedai-kedai ditayangkan DVD filem KONGSI ni dan tertera perkata ASTRO FIRST di penjuru kanan screen. Pergh! atas muka kena tu. So siape nak jawab?



Konfem pasni akan banyak lagi filem kita yang dicetak rompak dengan mutu yang tinggi seolah-olah pihak ASTRO 'berkerjasama' dengan lanun-lanun ini. Pihak berwajib perlu membuat sesuatu sebelum terlambat sebab harga pakej baru Astro pun mungkin nak naik dah...kahkahkah...mampuh!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...