Thursday, June 30, 2011

Taiwan vs Malaysia 3 Julai 2011 : Keputusan Yang Boleh Dan Tidak Boleh Melayakkan Malaysia Ke Pusingan Kedua

Keputusan semalam sedikit mengecewakan segelintir penyokong Malaysia. Sepatutnya kita palin kurang boleh membawa bekalan 4 gol untuk ke Taiwan pada perlawanan kedua 3 Julai ini tetapi kita hanya mampu bawa 2 gol dan memberi kelebihan jaringan tempat lawan pada Taiwan 1 gol. Datuk K.Rajagobal perlu merencanakan keputusan yang lebih baik untuk perlawanan kedua ini untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan kedua.

Perlawanan.taktikal dan strategi perlu lebih jelas dan nyata. Mereka harus main lebih garang dan mengecap objektif yang perlu dicapai.Aku keluarkan beberapa keputusan yang perlu dicapai oleh pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan kedua ini :


TAIWAN (1) vs (2) MALAYSIA
Keputusan Pusingan Pertama
Pusingan Kedua 3 Julai 2011

Keputusan Yang Boleh Melayakkan Malaysia

• Menang perlawanan kedua tidak kira berapa jaringan
• Seri 1-1 : Boleh layak kerana menang agregat 3-2
• Kalah 1-2 : Boleh layak tapi kena skor dalam masa tambahan/menang penalti
• Kalah 2-3 : Boleh layak kerana gol tempat lawan memihak Malaysia 2 gol
• Kalah 3-4 : Boleh layak kerana gol tempat lawan memihak Malaysia 3 gol
• Kalah 4-5 : Boleh layak kerana gol tempat lawan memihak Malaysia 4 gol dan
• Kalah dengan nisbah jaringan 5-6. 6-7. 7-8 dan seterusnya


Keputusan Yang Tidak Boleh Melayakkan Malaysia

• Kalah dengan Malaysia tiada jaringan iaitu 0-3, 0-4 dan seterusnya
• Kalah 0-1 : Tak layak kerana gol tempat lawan memihak Taiwan 1 gol
• Kalah 0-2 : Tak layak kerana Taiwan menang agregat 3-2
• Kalah 1-2 : Tak layak jika tak skor masa tambahan dan kalah penalti

Kita tunggu dan lihat sahaja. Menurut undian di blog ini, 94% menjangkakan Malaysia menang dengan Taiwan selepas 2 perlawanan ini. Semoga menjadi kenyataan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...