Friday, June 17, 2011

Fuyoo...Musim Artis Masuk Askar Pulak Ke?

Antara artis yang masuk askar wataniah

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air semalam menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Tujuh selebriti lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt. (B) Mohd. Nor Bon, penerbit filem, David Teo, penyanyi, Ana Raffali dan Aizat Amdan serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam, namun tarikh mula latihan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau yakin penyertaan itu memberi peluang kepadanya membina jati diri serta memperoleh pengalaman baru.

"Saya pernah menjalani latihan seumpama ini dan boleh mengagak bentuk latihan yang akan diberikan kepada kami yang menyertainya.

"Saya teruja dan tidak sabar untuk belajar perkara baharu seperti cara mengendalikan senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai Rejimen Askar Wataniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Sumber : KOSMO

Amz Campro berkata :

Sebelum mengulas kita kena tahu,apa itu Askar Wataniah dulu. Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera. Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.

Aku setuju bebenorlah mereka ini masuk askar. Dulu masa aku belajar di Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai EC pun aku dah mula berjinak dalam hal-hal ketenteraan ini. Sempat jugaklah aku menyertai Kadet Laut selama 2 tahun. Itu pun aku rasa masih tidak mencukupi kerana latihan asasnya sahaja sudah memakan masa bertahun.

Berbalik kepada artis-artis Malaysia kita yang masuk askar ni,harapnya jangan sampai separuh jalanlah yer? teruskan latihan dan berusaha bersungguh-sungguh. Anda semua bertindak sebagai benteng kedua negara! Ini bukan pasukan RELA atau pasukan ketenteraan yang lain.
Kalau yang aku tahu,mereka kena menjalani latihan 39jam so jangan tuang latihan pulak...haha...Selamat berjaya!








2 comments:

Noor Fatin said...

harap lepas ni artis ramai lagi yg masuk. hehe

Amz CamPro said...

ramai2 lg bagus,hantar dieorg pi perang dulu,hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...