Tuesday, October 8, 2013

Bagaimana Pensyarah Kejuruteraan Ingin Mendapat Status IR. (Jurutera Profesional)


Di sini aku nak share serba sedikit hasil dari perkongsian ilmu aku bersama Chairman IEM Cawangan Pahang iaitu Tuan Haji Ir. Ahmad Kamal Kunji baru-baru ini. Itu pun kebetulan selepas jemputan dari pihak IEM sendiri untuk memberi bantuan dari aspek perlaksanaan program inovasi untuk UMP. Di pendekkan cerita, selepas sesi pertemuan tersebut, tuan chairman telah berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan bagaimana hendak menjadi jurutera profesional (IR) spesifik untuk kes dari kalangan pensyarah kejuruteraan.

Bukan ape, kita biasa dengar,orang yang nak amik IR ni kebanyakkannya berkhidmat sebagai jurutera dan betul dalam bidang masing-masing. So mereka seolah-oleh lebih mudah untuk ke arah jurutera profesional kerana lebih banyak terlibat pada site dan mempraktikkan ilmu kejuruteraan dalam pekerjaan hakikinya. Tapi bagaimana pula tenaga akademik, pensyarah atau tenaga pengajar yang mempunyai kelayakkan kejuruteraan tapi tak mempraktikkannya secara hakiki?

Di sini saya nak share serba sedikit ilmu dan makluman yang boleh melegakan mereka-mereka yang berminat nak buat IR. Semua syaratnya adalah seperti berikut :

  • Syarat pertama mesti ade Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang masing-masing. Yang penting dari universiti yang diiktiraf oleh EAC (Engineering Acreditation Council) dan BEM (Boards of Engineers (BEM). Kat sini aku rase,semua orang takde masalah (untuk pensyarah atau tenaga pengajar kejuruteraan lah kan?)
  • Minimum 5 tahun pengalaman mengajar/site supervisor/merekabentuk. Pengalaman mesti dalam bidang kejuruteraan masing-masing. 
  • Pengalaman mengajar pelajar ijazah sarjana muda sekurang-kurangnya (ajar diploma tak layak lagi,huhuhu). Mengajar pula untuk 2 tahun terakhir pengajian. Maksudnya, mengajar untuk 2 tahun pertama pengajian tak di kira. Pengalaman mengajar pula, minimum 1 tahun dan ditambah dengan....
  • 3 tahun pengalaman yang melibatkan full time post graduate study iaitu tempoh kite sambung belajar master atau PhD turut di kira. Menjalankan kajian untuk level ijazah tertinggi seperti master dan PhD dan kajian sepanjang menjadi seorang pensyarah. Setiap perkara tersebut, ade masa dan tempohnya, maksudnya ia di kira sebagai pengalaman dalam 3 tahun tersebut. 
Oleh itu,kepada mereka-mereka terutamasekali tenaga pengajar akademik kejuruteraan,anda berpeluang untuk meneruskan cita-cita mendapatkan IR. dan laluannya terbuka luas dan boleh di fleksibelkan mengikut keadaan masing-masing. Apa-apa pun,ia masih tertakluk kepada boards. Tapi jangan lupa profesional interview dan kehadiran dalam modul-modul ditetapkan masih perlu di patuhi. Untuk maklumat lanjut,kita boleh menjemput pihak IEM menerusi branch masing-masing untuk menjemput pihak-pihak yang lebih arif dalam IEM untuk memberikan talk dan sesi soal jawab berkenaan hal ini dengan lebih lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...