Wednesday, October 2, 2013

Punca Keracunan Makanan Di Kampung Huma,Tanjung Dawai,Kedah

Virus Salmonella dalam makanan
Kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati dimana akibat daripada keracunan makanan, 4 orang terbunuh termasuk terbaru yang meninggal dunia semalam selepas menikmati juadah kenduri kahwin di Tanjung Dawai,Kedah Ahad lalu. Kita biasa dengar kes keracunan makanan cuma jarang dengar sehinggat membawa maut. Semoga keluarga2 mangsa redha dan kuatkan semangat atas apa yang berlaku. Punca masih disiasat secara teliti tapi atas siasatan awal, virus Salmonella dikatakan punca kepada keracunan ini. Berikut adalah artikel berkenaan :


Menurut laporan, hasil daripada kajian yang dilakukan, punca keracunan makanan adalah disebabkan oleh “Bakteria salmonella” yang dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah Difahamkan masakan juadah di kenduri kahwin itu disediakan secara gotong-royong. 

Bakteria Salmonella

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat yang kenyataan beliau disiarkan media berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

bakteria salmonella kesan punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai
Simptom apabila terkena virus ini

Jelasnya lagi, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak
"Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik, katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam"
Selain itu, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan
"Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella, katanya"
Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.Sementara itu, orang ramai yang menikmati juadah makanan di majlis kenduri terbabit diminta supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

Sumber : www.mysumber.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...