Friday, October 4, 2013

[Gambar] Maut Terpegang Kabel Hidup

Sandakan: Seorang pengutip besi buruk mati apabila terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil kabel yang disangka terbuang di Kawasan Perindustrian Ringan SEDCO, Batu 3 1/2, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an dan belum dikenal pasti identiti mati selepas kabel dipegangnya itu mengandungi arus elektrik dipercayai digunakan individu yang melakukan sambungan haram.
Mayat mangsa ditemui pekerja kilang di kawasan itu dalam keadaan tangannya masih memegang kabel elektrik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...