Wednesday, October 9, 2013

[Gambar] Predator Wujud Di Malaysia?

Watak predator dalam filem Predator
Watak Predator lakonan Arnold Susah Nak Eja memang glamer dan mencuit tumpuan peminat filem ketika ia mula ditayangkan. Yang menjadi filem ini menarik adalah watak Predator itu sendiri yang mengenakan suit yang canggih dan nampak smart walaupun hakikatnya,bila topinya dibuka,rupanya memang makhluk asing. Tapi baru-baru ini kita dikejutkan dengan wujudnya Predator di Malaysia dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi sekitar KL.

Aksi Predator dengan motosikalnya di KL

Kewujudan Predator ini rupanya hanyalah suit lengkap seorang doktor yang ketika itu sedang dan baru menyelesaikan satu laporan polis tentang kes penipuan MC dari klinik beliau.

“Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”. Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu. 


Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia. 

“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.





- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/PREDATORRM85_000//Article?HarianMetro#sthash.TFey18qj.dpuf
Suit ini dikatakan berharga RM85,000 dan apa yang aku tahu,helmet nya memang ada dijual dan dah glamer lame dah di luar negara cuma jarang di pakai di Malaysia dan doktor ini orang pertama yang memakainya secara lengkap di public sehingga di gelarkan Predator Malaysia,hahaha...smart2...cuma kalau takde motor besar tak cun lah,takkan naik skoter atau EX5 jer,kahkahkah...

Sumber : Harian Metro


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...