Berikut adalah rakaman CCTV satu rompakan nekad disebuah kedai mamak yang dikatakan berlaku di Seksyen 15 Shah Alam. Nyawa seperti dihujung tanduk. Kejadian yang direkodkan CCTV ini berlaku jam 4.00 pagi ketika orang ramai mahu bersahur aku jangkakan sebab ketika itu masih dibulan puasa.Saksikan :
Tuesday, September 6, 2011
[Video] Rompakan Bersenjata Di Kedai Mamak Seksyen 15 Shah Alam 28/8/2011
Berikut adalah rakaman CCTV satu rompakan nekad disebuah kedai mamak yang dikatakan berlaku di Seksyen 15 Shah Alam. Nyawa seperti dihujung tanduk. Kejadian yang direkodkan CCTV ini berlaku jam 4.00 pagi ketika orang ramai mahu bersahur aku jangkakan sebab ketika itu masih dibulan puasa.Saksikan :
Berebut Pondan? Apalah Nak Jadi Dengan Bangsa Kita
Hafizuddin, lelaki mangsa simbahan asid dek kerana cemburu dengan pondan rebutan. Tak sedarkah Hafizuddin bahawa apa yang berlaku itu hikmah atau bala dari Allah SWT? Ini bukan sebarang ujian, sepatutnya die dan kite kena sedar. Masyarakat sekeliling perlu tahu tanggungjawab masing-masing. Sesuatu perlu dilakukan. Jangan jadikan hubungan terlarang ini semakin merebak dalam bangsa kita. Ikuti sedikit petikan dari ulasan akhbar KOSMO berikut :Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.
“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.
Kesah ini dipertontonkan seolah-olah tiada ape masalah pun dalam hubungan mereka. Aku percaya, hubungan mereka bukan sekadar hubungan antara rakan lelaki tetapi boleh dikategorikan hubungan songsang. Hafizuddin yang dikatakan pelajar IPTA di utara tanah air betul-betul menggemparkan negara. Menyedihkan dan memalukan. Dimana silapnya? Silapkah didikan ibubapanya? Silapkah sistem pendidikan negara? atau memang manusia itu sendiri akan jahil dengan sendirinya? Hanya Allah yang tahu...
Gambar Hari Raya Berlatarkan Gereja Di Ketereh,Kelantan?

KOTA BHARU 5 Sept. - Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.
Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.
"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.
"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.
"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.
"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.
Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.
Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.
"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.
Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.
Monday, September 5, 2011
3 Jenis Mati Syahid : Allahyarham Noramfaizul InsyaAllah Syahid Akhirat

- Mati Syahid Dunia iaitu mati yang disebabkan menjurus kepada peperangan kerana dunia.
- Mati Syahid Akhirat iaitu mati yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak dan
- Mati Syahid Dunia Akhirat mati disebabkan peperangan dalam memperjuang dan mempertahankan agama Islam
Begitulah kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin
QPR : Tony Fernandes Idam David Beckham Daripada Safee Sali?

Seluar dalam die pun dah boleh buat untung, tul tak? kahkahkah..Kalau ia menjadi kenyataan, kite akan tengok, ramai pulak anak muda terutama gadis2 di dunia ini akan beli jersi QPR dari jersi MU kot,hahaha...Kite tunggu dan lihat. Untuk Safee Sali, anda kena lebih macho lepas ini,hahaha...
Planet Zuhal Disangka Anak Bulan Syawal?
Khaled sebelum ini mempertikaikan pengakuan beberapa rakyat Arab Saudi yang mengaku melihat anak bulan Syawal pada hari Isnin lalu.
Beberapa rakyat yang melihat anak bulan itu membuat penemuan tersebut kepada Jawatankuasa Melihat Bulan di Arab Saudi yang dikenali sebagai Hilal yang kemudian memutuskan Aidilfitri jatuh pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, Khaled menyatakan apa yang dilihat oleh rakyat Arab Saudi itu adalah planet Zuhal dan bukan anak bulan Syawal.
Beberapa cendiakawan mempertahankan kenyataan kumpulan orang yang melihat anak bulan itu dengan menyatakan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tepat.
Anak bulan itu amat jelas kelihatan pada malam hari Selasa lalu.
Ia sekali gus menyokong kumpulan orang yang melihat anak bulan itu.
Sejumlah penduduk di kawasan Al-Ais menyatakan mereka melihat anak bulan itu pada Isnin lalu selama setengah jam.
Kumpulan orang yang dipilih untuk melihat anak bulan itu merupakan golongan yang berintegriti.
Mufti Besar, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Asheikh semasa membacakan khutbah Jumaat lalu di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh menyatakan, ahli astronomi yang mempertikaikan anak bulan tersebut cuba untuk memaksakan pandangan mereka ke atas rakyat.
"Kami mengikuti ajaran Sunah Nabi kita dengan kuat semasa menentukan puasa dan Hari Raya Aidilfitri," katanya. - Agensi
[Video] Happy Feet Sesat Dilepaskan Ke Habitat Asalnya
Tapi setelah diberi rawatan dan penjagaan secukupnya, Happy Feet dilepaskan juga ke habitat asalnya. Saksikan rakaman ketika Happy Feet dilepaskan :