Bandingkan gambar ini,seorang yang penah diberi kepercayaan cuba menyedarkan sesetengah makhluk yang tak tau spesis apa.
Terasa terpanggil nak mengulas isu penahanan bekas Mufti Perlis yang bagi ceramah disebuah rumah banglo baru-baru ini. Terasa sangat Jabatan Agama tak kralah negeri mana pun sudah takde kerja lagi nak di buat. Kerajaan yang melaungkan agama Islam kononnya agama rasmi seolah-olah topeng sahaja.Kenapa aku cakap macam tu? Aku sedih dan rasa terharu dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Islamnya aku rasa hanya tinggal nama. Jangan cita pasal VVVIP,VVIP atai VIP yang sudah terang-terangan hanyut dengan dunia laknat Allah,ini kan lagi rakyat jelata yang entahlah,aku rase bila-bila masa sahaja Malaysia ini ditelan bumi atau di timpa malapetaka. Aku pointkan sahaja kesedihan yang aku nampak sekarang ini :
- Kewujudan pusat-pusat maksiat semakin meningkat,tak kiralah SPA ke,club ke,atau apa sahaja.Yang penting ahlinya orang melayu yang dikatakan Islam. Clubbing adalah satu umrah bagi mereka. Bayangkan malam raya pun celebrate di club dan minum air kencing syaitan??? Itu belum lagi menyambut hari-hari yang terkenal oleh agama lain?
- Artis-artis Malaysia aku golongkan sebagai dajal-dajal kecil yang aku rasa penyumbang kepada tanda kiamat dan malapetaka kepada negara ini kelak. Tak kiralah penganjur,penerbit atau pasa saja. Institusi keluarga runtuh dek kerana hiburan yang melampau.
Gambar ini pula makhluk yang entahlah tak tau nak cakap apa tapi mana yang menahannya?
- “Wanita yang pakai seluar, pusat keluar, kenapa kita tak ambil tindakan,” kata Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang kehairanan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
- Kemanakah pihak berkuasa? Dah takde kuasa kah melawan semua ini? Pemimpin hanya duduk diam dan mersakan mereka terbaik? Menentang jelas-jelas hukuman ditetapkan Allah seperti kes model dihukum sebat walaupun x sampai 80 sebatan? Kalau betul nak jalankan hukuman sebat,jangan rakyat sahaja jadi eksperimennya. Banyak lagi yang jelas dan nyata meminum arak melakukan kan maksiat dan ditayangkan di laman-laman sosial? Bukankah itu bukti mendakwa mereka? Adakah kerana mereka VVVIP? VVIP atau VIP?
- Penahanan orang agama seperti bekas Mufti Perlis tak masuk akal! Kenapa tak tahan parti-parti liar,parti-parti seks dan hidangannya jelas bertentangan? Adakah kerana mereka beralasan untuk berhibur tapi tidak menyesatkan orang berbeza dengan ceramah yang jauh lebih menyedarkan manusia kalau ia betul-betul dijalan yang benar dan niat kerana Allah?
APA,KO INGAT KO GOLONGAN VIP KO MATI DIKAFANKAN DENGAN KAIN SONGKET DAN DITANAM DENGAN BERHALA-BERHALA BERGERAK? TUNGGU SAHAJA SOALAN DARI MUNGKAR DAN NANGKIR,SAMADA KO MAMPU MENJAWABNYA ATAU TIDAK DENGAN KEMEWAHAN DAN KEHIDUPAN YANG KO BANGGAKAN.
p/s: Kerdilnya diri ini bila Rasullullah beribadah dan menghambakan dirinya kepada Allah seolah-olah dia akan mati esoknya walhal Allah telah menjanjikan tempat sebaik-baiknya di syurga nanti.