Luluh hati kita rakyat malaysia rupanya hero yang menjaga pintu gol negara ketika menentang Arsenal dan Man. City ini pernah di tangkap khalwat. Cewah...luluh hati tu...heheh...Hmmm...ini satu cerita tak baik.Kita perlu ambil teladan,kenapa sampai jadi macam ni? mungkin ada kesah disebaliknya :
Penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias (gambar) yang sepatutnya dituduh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tidak muncul di mahkamah semalam kerana kurang sihat.
Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berkata, penjamin Mohd. Farizal, 26, iaitu Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin hadir untuk menyerahkan salinan sijil sakit kepada mahkamah sejurus prosiding berakhir.
Terdahulu, semasa kes khalwat Mohd. Farizal yang masih bujang disebut di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, tertuduh yang juga penjaga gol utama skuad bola sepak Negeri Sembilan tidak kelihatan begitu juga dengan pasangannya, Zaiton Othman, 29.
Sumber : KOSMO
1 comment:
kes teraniaya ni...
perempuan tu kakak angkat dia...
pada malam kejadian lepas habis game.. farizal singgah umah kakak angkat dia tu nk jumpa dgn anak2 kakak tu..ketika kakak tu tgh bancuh air...tiba2 umah dia diserbu oleh org kmpung...
farizal mmg selalu pegi umah kakak tu..mmg dlm pemerhatian org kampung la kiranyer..
gtue la storynyer yg saya dgr dri org yg rapat ngan mereka brdua..:)))
Post a Comment