PENGENALAN
Di sini dikongsi satu contoh berkaitan supply chain dalam industri yang menjadi tulang belakang dalam menggerakkan sesuatu industri itu supaya ianya berjalan lancar dan efisyen. Contoh mudah ini adalah sebahagian daripada tugasan yang perlu aku selesaikan untuk subjek Sistem Pembuatan Industri berkaitan dengan satu cabang penting pengurusan iaitu Supply Chain. Aku sertakan disini satu produk yang dijadikan contoh bagaimana satu proses ringkas supply chain itu berlaku. Produk ini dinamakan Smart Portable Screw Driver yang menggunakan konsep rekabentuk addaptive iaitu penambahbaikan produk sedia ada. Harap mendapat manfaat kita bersama.
Contoh produk yang ingin dihasilkan (Smart Portable Screw Driver)
Komponen asas atau sub fungsi untuk produk ini terdiri darpada :
- Pemutar skru 2 jenis iaitu jenis philips dan jenis rata dengan 2 saiz setiap jenis. Kepala pemutar skru (screw tips) ini jenis mudah di gantikan dengan cara slot-in.
- Lampus suluh LED
- Pen penanda (marker pen)
- Perumah (housing) yang menempatkan kepala pemutar skru dan komponen lain seperti bahagian tutup pen penanda dan bahagian pemutar skru.
Oleh itu, setiap komponen ini atau sub fungsi ini ada yang diperolehi dari pembekal atau vendor sedia ada dan ada bahagian yang perlu di rekabentuk dan di hasilkan semula pada kilang utama produk ini. Maka,kita perlu memahami konsep pegurusan supply chain ini dahulu sebelum contoh mudah dijelaskan selepas ini.
Kotak hitam menunjukkan bagaimana produk ini berfungsi dan beroperasi
Definisi Rantaian Bekalan (Supply chain)
Supply chain adalah satu sistem yang melibatkan proses pengeluaran, pengiriman, penyimpanan , pengedaran dan penjualan produk dalam rangka untuk memenuhi permintaan produk tersebut . Supply chain di dalamnya termasuk seluruh proses dan kegiatan yang terlibat didalam penyampaian produk tersebut sehingga sampai ke pengguna. Semua itu termasuk proses pengeluaran pada pembuatan, sistem pengangkutan yang menggerakkan produk dari pembuatan sampai ke cawangan pengedar dan peruncit, gudang tempat penyimpanan produk tersebut, pusat pengedaran dimana tempat pengiriman dalam kuantiti besar dibahagikan kedalam kuantiti kecil untuk dikirim semula ke kedai-kedai dan akhirnya sampai ke peruncit yang menjual produk-produk tersebut.
Tujuan Rantaian Bekalan (Supply chain)
Tujuan supply chain adalah untuk memastikan sesuatu produk berada pada tempat dan waktu yang tepat untuk memenuhi permintaan pengguna tanpa menyebabkan stok yang berlebihan atau kekurangan. Sebuah operasi yang efisyen bergantung pada lengkapnya dan tepatnya aliran data yang berhubungan dengan produk yang diminta dari peruncit kepada pembeli , sistem pembuatan dan juga kembali semula ke kilang.
Dalam rangka memenuhi stok barang yang tersedia untuk peruncit, pengilang harus menentukan jumlah produk yang dikeluarkan pada waktu tertentu. Dengan itu pengilang harus mejangkakan atau membuat perkiraan jumlah penjualan. Ramalan ini digunakan untuk menentukan jumlah dan jenis bahan mentah yang harus dibeli, perkapalan dan waktu pengiriman untuk bahan mentah tersebut dan waktu yang diperlukan untuk proses pembuatan. Kemudian barang yang sudah siap disimpan didalam gudang sehingga permintaan dipesan oleh pengedar.
Pengedar membeli produk dari pengilang dalam jumlah yang besar dan produk tersebut dimuat kan ke dalam trak , pallet atau kemasan lain dari produk tersebut. Pada ketika pengedar menerima kiriman dan tempahan, ia pula akan dipecah dan diagihkan dalam bentuk yang lebih kecil untuk dihantar kepada peruncit (retailer).
Komponen Dalam Pengurusan Supply Chain
Perancangan
Merupakan pengembangan sebuah strategi untuk menyusun seluruh sumber alam yang diperlukan untuk memuaskan tuntutan pelanggan tentang produk dan layanan. Perancangan yang besar dan baik perlu bagi mencapai standard untuk memantau rantaian bekalan supaya menjadi lebih efisen , menjimatkan kos dan memberikan kualiti dan kepuasan kepada pelanggan.
SumberMerupakan proses memilih pembekal yang akan menghantar barang dan bahan yang diperlukan untuk mencipta produk atau servis berkaitan. Ini juga melibatkan masalah penentuan harga, pengiriman dan proses pembayaran dengan pembekal dan mewujudkan proses timbang tara untuk memantau dan meningkatkan hubungan baik antara dua pihak.
PembuatanTermasuk didalamnya jadual yang membolehkan untuk kegiatan pengeluaran, pengujian produk , pengemasan dan persiapan untuk proses pengiriman berlaku. Sebagai bahagian terbesar yang menjadi bahagian intensif pada rantaian bekalan adalah tahap kualiti, hasil produksi dan tenaga kerja yang produktif. Meliputi proses-proses pengeluaran, ujian, pembungkusan, persiapan untuk penghantaran, tahap kualiti, hasil pengeluaran dan tenaga produktif.
Penghantaran/ Kiriman
Ia disebut sebagai logistik dan ini adalah sebuah proses perniagaan yang melibatkan pergerakan fizik dari produk yang berada di laluan rantaian bekalan. Didalam rantaian ini terdapat perkara seperti bahan mentah berpindah ke proses pembuatan dan produk yang sudah siap akan bergerak menuju ke arah pengguna. Di sini juga terdapat kemudahan servis tambahan seperti pergudangan, persiapan untuk promosi produk dan proses pemulangan semula barang-barang yang rosak ketika proses penghantaran berlaku.
Pengembalian/Pemulangan
Bahagian ini merupakan bahagian yang antara terakhir dalam rantai bekalan. Bahagian ini melibatkan pemulangan semula produk yang mungkin rosak atau menghadapi masalah ketika sudah berada di tangan pengguna. Ini memberi peluang dan gambaran yang baik pada syarikat dimana pengguna akan lebih merasa terbela jika sesuatu produknya itu rosak dipertengahan jalan dalam rantai bekalan.
RANTAIAN BEKALAN (SUPPLY CHAIN) UNTUK SMART PORTABLE SCREW DRIVER-SPSD
Bagi produk Smart Portable Screw Driver ini, ia melibatkan satu rantaian yang sangat besar kerana ia terdiri daripada komponen-komponen yang berbeza dan ia bergantung kepada setiap pengilang menentukan bentuk produknya. Untuk produk ini, tiga komponen utama itu melalui rantaian bekalan yang mungkin sama atau mungkin berbeza-beza. Di sini rantai bekalan ini di bahagikan dulu kepada tiga bahagian dan ia akan menuju kepada satu kilang yang sama yang akan menghasilkan produk utama SPSD ini.
Pemutar Skru (Pemegang mata skru dan mata skru)Melibatkan bahagian pemegang mata pemutar skru dan juga mata pemutar skru. Dua komponen ini di dapatkan dari pihak vendor atau pengilang yang sedia ada mengikut kehendak pengilang utama (SPSD). Walaubagaimanapun, pihak kilang atau vendor pemutar skru ini akan melalui proses seperti biasa dari bahan mentah ke bahagian pembuatannya sebelum disimpan untuk diedarkan oleh pengedar produk tersebut mengikut permintaan pelanggannya. Pelanggannya dalam kes ini adalah pengilang yang akan membangunkan Smart Portable Screw Driver (SPSD).
Supply Chain Untuk Pemutar Skru
Pen Penanda (Marker Pen) Melibatkan bahagian-bahagian pen penanda. Produk ini di dapatkan dari pihak vendor atau pengilang yang sedia ada mengikut kehendak pengilang utama (SPSD). Mengikut kehendak pengilang utama, pen penanda ini lebih pendek dan bermata seperti pada pemilihan konsep.Walaubagaimanapun, pihak kilang atau vendor pen penanda ini akan melalui proses seperti biasa dari bahan mentah ke bahagian pembuatannya sebelum disimpan untuk diedarkan oleh pengedar produk tersebut mengikut permintaan pelanggannya. Pelanggannya dalam kes ini adalah pengilang yang akan membangunkan Smart Portable Screw Driver (SPSD).
Supply Chain Untuk Pen Penanda Lampu Suluh LEDMelibatkan bahagian-bahagian lampu suluh LED. Produk ini di peroleh dari pihak vendor atau pengilang yang sedia ada mengikut kehendak pengilang utama (SPSD). Komponen yang dibeli dari pihak pengilang ini adalah komponen LED dan komponen elektronik yang lain seperti litarnya, suis, dan tempat meletak bateri. Mengikut kehendak pengilang utama, lampu suluh LED ini akan dipasang sendiri oleh kilang utama yang membangunkan produk Smart Portable Screw Driver maka permintaannya adalah dalam bentuk dan saiz seperti dikehendaki.
Supply Chain Untuk Lampu Suluh LED
Bahagian Utama Smart Portable Screw Driver dan Pemasangan Akhir Komponen Utama (Kilang Pembuatan & Pemasangan)
Pada bahagian ini, dijelaskan keadaan di mana tiga rantaian bekalan sebelum ini akan berpusat pula kepada satu kilang utama SPSD. Pada rantaian bekalan berikut menunjukkan bagaimana penerimaan tiga rantaian bekalan komponen utama berhubung dengan rantaian bekalan dalam proses kilang utama.
Rantaian bekalan menunjukkan hubungan keseluruhan antara rantaian bekalan yang lain sehingga kepada pengguna.
Merujuk kepada rantai bekalan tersebut, didapati terdapat tiga pengedar atau peruncit daripada tiga komponen utama iaitu pemutar skru, lampu suluh LED dan pen penanda. Turut sama berhubung disitu adalah bateri sebagai sumber tenaga lampu suluh LED dan juga bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan produk utama Smart Portable Screw Driver iaitu untuk bahagian badan utama (besi dan aluminium), bahagian pemegang (getah), plastik untuk bahagian-bahagian lain pada badan utama.
Di kilang utama inilah berlakunya dua proses berbeza iaitu proses pembuatan untuk badan utama produk dan proses pemasangan (assembly) untuk menggabungkan tiga komponen utama produk ini iaitu pemutar skru, lampu suluh LED dan pen penanda dengan komponen badan utama sehingga menjadi sebuah produk yang sempurna dan sedia di pasarkan. Rantaian bekalan ini akan berterusan ke bahagian gudang penyimpanan dan menunggu permintaan daripada pengedar diseluruh dunia yang telah dilantik pihak syarikat. Perhubungan ini dihubungkan melalui internet,telefon dan sebagainya. Pihak pengedar pula akan mengedar produk ini kepada permintaan peruncit di seluruh dunia sama ada melalui internet, telefon atau surat menyurat dan seterusnya dipasarkan kepada pengguna.
Jika berlaku sebarang masalah kepada produk, proses rantaian bekalan ini sebenarnya dapat meberi kelebihan kepada pengguna dimana pengguna dapat memberi maklum balas terus kepada pengedar dan pihak pengedar dapat menyampaikan masalah yang dihadapi terus kepada bahagian pembuatan iaitu kilang. Ini dapat dilihat dengan rantaian ini boleh berpatah balik naik ke atas terus kepada pengilang.
No comments:
Post a Comment