Aku agak terganggu dek kerana memikirkan kursus yang ingin aku ambil ini antara Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam/Elektrik/ Mekanikal) yang ditawarkan aku rasa hanya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Aku rasa semua sedia maklum bahawa bukan sahaja di UTHM yang menawarkan kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional ini malah universiti lain seperti UPSI,UTM,UKM dan lain-lain turut sama ada menawarkan kursus ini.
Pendidikan Teknik dan Vokasional ini adalah kursus ikhtisas/pure kursus yang menekankan aspek pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional tetapi kelebihan kursus yang ada di UTHM iaitu Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) sangat menarik untuk di ulas kerana kursus ini tidak menekan aspek pendidikan 100% tetapi di campur dengan kejuruteraan mengikut bidang masing-masing. Dibawah ini ditunjukkan subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar-pelajar pascasiswazah UTHM di bawah kursus pendidikan teknik dan vokasional pure dengan pendidikan teknikal (kejuruteraan mekanikal) misalnya dengan mod kerja kursus. Lihat perbezaanya dari aspek subjek:
Program Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Falsafah Pendidikan Dalam PTV
Psikologi Pendidikan Dalam PTV
Pedagogi Dalam PTV
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Teknologi Pendidikan Dalam PTV
Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan PTV
Pengajaran Mikro Dalam PTV
Statistik Dalam Pendidikan
Teknologi Maklumat dan Aplikasi Multimedia
Pengurusan Kokurikulum
Pembangunan Kurikulum dalam PTV
Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV
Pengukuran dan Penilaian Dalam PTV
Penyelidikan Kualitatif Dalam Pendidikan
Projek Sarjana 1
Projek Sarjana 2
Latihan Mengajar
Latihan Mengajar 8 Minggu
Subjek Teras Fakulti Pendidikan
Statistik Dalam Penyelidikan PendidikanKaedah dan Pembangunan Penyelidikan Pendidikan
Teori Organisasi dan Pengurusan Dalam PTV
Teknologi Maklumat Dalam PTV
Kepimpinan dan Pengurusan Dalam PTV
Projek Sarjana 1
Projek Sarjana 2
Subjek Teras Kejuruteraan Mekanikal
Proses Pembuatan Moden (Elektif)
Analisis Kegagalan dan Kecacatan (Elektif)
Kejuruteraan Industri dan Sistem (Elektif)
Pengautomatan Pembuatan (Elektif)
Reka bentuk Kejuruteraan (Elektif)
Kepanasan Termaju dan Pemindahan Jisim (Elektif)
Pengurusan dan Kajian Tenaga (Elektif)
(Pilih 5 drpd 7 subjek elektif)
Boleh di simpulkan di sini jika mengambil Program Pendidikan Teknik dan Vokasional,100% subjek adalah dari aspek pendidikan dan kemahiran dalam membentuk sahsiah pengajaran dan pembelajaran dalam teknik dan vokasional. Tetapi jika mengambil Program Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal), kita mengambil 45.5% subjek pendidikan dan 54.5% subjek kejuruteraan. Maka,program atau kursus ini agak menarik dan nampak lebih sesuai bagi graduan-graduan yang bergraduat dalam bidang kejuruteraan tetapi ingin menambahkan kemahiran dan ilmu dalam aspek pendidikan pula.
Maka dengan ini juga aku dan rakan-rakan yang lain memilih Program Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) untuk meneruskan perjuangan dalam industri ini. Selamat berjuang...
11 comments:
ooo...student br la ni. selamat dtg ke FPTEK...(^_^)
menurut lec yg prnh mngajar sy ketika sem 1 dulu, Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional AKAN MEMPUNYAI sijil ikhtisas yg mlayakn para graduan utk mngajar.
manakala, Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam/Elektrik/ Mekanikal) TIDAK AKAN MEMPUNYAI sijil ikhtisas. bkn sengaja mnakutkn awk, tp itulah realiti yg pernah diterangkan oleh lec sy.
apa2pun...rezeki stiap sorg berbeza. so, slmt brjuang...\(^_^)/
yup...itu betul klau kite nak ke gov sector tp memndangkan kiteorg hanya private sector atau lbh tepat,private kolej,so ade master tu kire ok lah...hehe...at least tak jauh dr bidang yg di ajar skg...hehe...
sy tgh mengikuti sarjana pendidikan teknik n vokasional UTHM sekarang...ok jer..mana2 course asalkan awk minat..menimba ilmu tidak thad pd 1 bidang jer...
salam tuan, sy nk buat master pendidikan teknik dan vokasional. tp nak kena antao master proposal kpd penaja. sy ada guide line nya tp tak tau nak tulis ape. bole tolong tak tuan?
sy nk buat buat master proposal bidang pendidikan teknik dan vokasional. tp tak tau nak tulis apa. boleh tong tak tuan
sy nk kena antar master proposal untuk pendidikan teknik dan vokasional. tp tak tau nak tulis ape. boleh tolong?
salam,hafize...buat master by researh lah ni kan? ape yang sy tahu...bile master by research ni, proposal kite tu kena berkaitan ape research yg kite nak buat...ia berkaitan dengan bab1-3 iaitu pengenalan(penyataan masalah dan kepentingan kajian), literatur review dan bab3 metodologi kajian...kalau ikut format utk penjaan kdg2 berbeza...tp tak lari dr 3 bab tadi...itu pandangan sy lah klu tak silap...
tetba terjumpa blog yg amat berguna ini...boleh tuan update lg berkaitan perkara ini? sy bidang elektrikal...master teknikal ni mcm menarik la
saya pun bukan tahu sgt tapi sekadar informasi utk dikongsi,ape salahnye...
saya nak tyer,,,,saya br nak amik sarjana pendidikan teknik and vokasional insyallah thn 2013...ade jaminan x dapat mengajar di poli or kolej komuniti? kene amik bp mase utk abeskan pgajian ini?
Post a Comment