Banyak benar kesah orang mengamuk kita dengan semenjak dua menjak ni. Mengamuk sebab bodoh pun ada, mengamuk sebab dikatakan sewel pun ada, dan macam-macam jenis mengamuk lagi. Mengamuk biasanya berlaku bila sifat amarah dalam diri tidak boleh dibendung lagi dan manusia itu sendiri tidak dapat mengawal perasaan amarahnya sehingga ia melepaskannya seperti manusia yang sudah hilang akal.
Sikap hubungan antara manusia juga memainkan peranan penting. Sikap seseorang yang tidak menghormati antara satu sama lain, tidak memahami hati budi dan perasaan orang juga mampu mencetuskan perasaan ingin mengamuk bagi menunjukkan ketidakpuasan diri. Lain pula dalam kes mengamuk yang dikatakan berlaku di Sabah ini.
Dia dikatakan mengamuk kerana barangan elektrik atau elektronik yang dibelinya dari sebuag syarikat SEN-Q (tak payah cover dah sebab jelas lagi nyata) telah rosak dan pihak syarikat acuh tak acuh melayannya dan mungkin tidak mahu bertanggungjawab. Akibatnya, dia mengamuk di kedai SEN-Q ini secara live dirakam oleh seseorang yang dia turut sama ingin memalukan pihak syarikat.
Saksikan kejadian 'amuk' ini. Tapi cuba anda nilaikan, dia pun bijak jugak,barang2 mahal dia tak hentak sampai jahanam pulak,kahkahkah