Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi
saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli
mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish
menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.
Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah
ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan
masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil
kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem
terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada
di pawagam pada 25 April 2013.
“Saya tidak tahu jika penonton
memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya
melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan
keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan
Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi
melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal
daripada keluarga di bandar.
Artikel : Harian Metro