Wednesday, August 21, 2013

Waktu Operasi dan Harga Masuk Kolam Renang Wisma Belia Indera Mahkota,Kuantan,Pahang 2013

Aku dah lama sebenarnya tunggu nak pergi balik kolam renang kat Wisma Belia Indera Mahkota Kuantan ni tapi semenjak ditutup berpunca daripada proses menaiktaraf untuk SUKMA, aku rasa ada juga 3-4 tahun dia tutup. Ini satu2nya kolam renang dibuka untuk public dan masih dikategori murah untuk disertai. Dan selepas SUKMA, akhirnya kolam renang ini dibuka semula untuk public. Aku tak pasti bila die bukak semula, betul2 lepas SUKMA atau pun tunggu beberapa bulan pas SUKMA baru bukak.
Apa2 pun sekarang die dah bukak balik dan aku nak share kan masa operasi dan harga yang ditetapkan. Tempatnya aku rasa korang tau, area stadium hoki dan wisma belia indera mahkota. Dekat dengan Kolej Universiti Shahputra dan terminal bas baru Kuantan. So, ape lagi,mari berenang,heheh...


Thursday, August 1, 2013

[Gambar] Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Dalam Kemalangan

Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terlibat dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya di sini, pukul 3 pagi tadi. Beliau berusia 33 tahun. Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. 

Kehilangan beliau amat dirasai dalam kita sedang berusaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia hoki dan karisma beliau sangat2 di kagumi oleh atlit2 sukan yang lain. Takziah diucapkan pada keluarga beliau.

Keadaan kereta mendiang selepas berlaku kemalangan

Keadaan mendiang yang cedera parah dan maut ditempat kejadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...