Saturday, November 19, 2011

Alat Sulit 'Terpacak' Hingga Ke Hospital?

RAMPAS...Mazlan menunjukkan pelbagai jenama kopi pacak yang dirampas. (Ingat, orang di dalam gambar tidak ade kena mengena dengan 'terpacak'..heheh

IPOH: Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.

Ini berikutan kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan, bulan lalu.






Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.

Menurutnya, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memandang serius maklumat terbaru itu dan menghantar 10 sampel produk kopi campuran berlainan untuk dianalisis di makmal.

Sumber : Harian Metro

Friday, November 18, 2011

[Video] Tokyo Sky Tree : Timelapse Construction, Gegaran Gempa Bumi dan Video Amatur Pelancong


Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia. Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter.






Bagi aku bangunan ini cukup cantik dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Aku akan share dengan kalian semua tentang video sejak awal pembinaannya dimana kualiti videonya di timelapse kan dari mula ia di bangunkan sehingga siap iaitu dari Januari 2009 sehingga Mac 2011.



Satu lagi video yang bagi aku menunjukkan kekuatan bangunan ini adalah satu gegaran gempa bumi di katakan berlaku ketika proses pembinaan masih berjalan. Gegaran itu boleh di lihat dari keadaan kamera yang tergelincir dari kedudukan asal dan bergegar.



Ini pula video amatur dari bawah bangunan yang di ambil oleh rakyat Jepun yang di lihat dari bawah dan mendongak ke atas. Saksikan :

Inikah Hakikat Manusia Di Dunia?






Thursday, November 17, 2011

[Video] Jaringan Kemenangan Malaysia vs Indonesia Sea Games Jakarta 17/11/2011

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta malam ini.






Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17 memastikan skuad Harimau Muda memungut mata penuh dan menobatkan Malaysia sebagai juara kumpulan yang akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir - Utusan



[Gambar] Harimau Pelik Di Indonesia : Petanda Game Malam Ini?

SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera pada 18 Mac lalu. - Reuters

JAKARTA - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.

Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.






Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.

Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP

Wednesday, November 16, 2011

[Video] Indahnya Ciptaan Allah SWT : Bumi Dari International Space Station (ISS)

Time lapse sequences of photographs taken with a special low-light 4K-camera by the crew of expedition 28 & 29 onboard the International Space Station from August to October, 2011.






Shooting locations in order of appearance:

1. Aurora Borealis Pass over the United States at Night
2. Aurora Borealis and eastern United States at Night
3. Aurora Australis from Madagascar to southwest of Australia
4. Aurora Australis south of Australia
5. Northwest coast of United States to Central South America at Night
6. Aurora Australis from the Southern to the Northern Pacific Ocean
7. Halfway around the World
8. Night Pass over Central Africa and the Middle East
9. Evening Pass over the Sahara Desert and the Middle East
10. Pass over Canada and Central United States at Night
11. Pass over Southern California to Hudson Bay
12. Islands in the Philippine Sea at Night
13. Pass over Eastern Asia to Philippine Sea and Guam
14. Views of the Mideast at Night
15. Night Pass over Mediterranean Sea
16. Aurora Borealis and the United States at Night
17. Aurora Australis over Indian Ocean
18. Eastern Europe to Southeastern Asia at Night

Tuesday, November 15, 2011

[Gambar] Zarina Anjoulie Lavocah Dapat USD3500 Untuk Gambar Panas Itu?

Wow! Dengan hanya menayangkan 'sedikit' tubuh badan, sudah mendapat USD3500. Itulah yang di perolehi Zarina Anjoulie Lavocah ini untuk gambar panas dan seksi minah ini bagi majalah FHM Indonesia tak silap aku. Itu baru sedikit kan? Padanlah Lindsay Lohan dapat USD 1 juta untuk majalah Playboy,hahaha...dah dekat dah tu...bunga-bunganye dah ade...hahaha...Mari kite ikuti kata-kata diva ini di OhBulan! :


“Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul,” ujar Zarina Anjoulie.






“Basically, buat photoshoot itu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa.”


“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut, bukan nak jual badan, tapi orang bayar untuk saya buat kerja. Memang dari dulu saya minat modelling, daripada saya kena kutuk baik saya kerja dan buat duit,” ujar Zarina penuh kecewa.

So sekarang ni, mari kite kire berape pulak die dapat dalam RM atau Ringgit Malaysia untuk 3 shot yang die posing maut tu :

USD 1 = RM 3.18 (latest yang aku tahu)
maka, USD 3500 X RM3.18 = RM 11,130.00

Wow! Berbelas ribu die dapat siot...Memang betul lah ape Husin Lempoyang dengan saudagar Jamal Pak Tongkol cakap dalam cerita P.Ramlee 3 Abdul yang berbunyi lebih kurang begini :

"Dunia...dunia...Berniaga manusia lebih untung dari menjaga unta...heheheheh...WOW!"

Korang layanlah sikit cerita Husin Lempoyang ni,kahkahkah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...