Tuesday, November 22, 2011

Alangkah Seronoknya Kalau 'Mereka' Begini





[Video] Barai Kereta Guna Fizikal Badan Sahaja

LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam.

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.

Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.






Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.

Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi

[Video & Statistics] Malaysia Gold Medal : Highlights Final Indonesia vs Malaysia SEA Games,Jakarta 2011

Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.






Pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi, dijadualkan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada kira-kira 2:30 pagi ini.

Kabinet pada mesyuarat mingguan Jumaat lalu memutuskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) itu yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA-Utusan




STATISTIK PERLAWANAN FINAL

TEAMS

MALAYSIA (Yellow/Black/Yellow): Khairul Fahmi Che Mat (GK), Mahali Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Asraruddin Omar (Mohamad Fandi Othman 99th), Mohd Irfan Fazail, Baddrol Bakhtiar (cpt), Ahmad Fakri Saarani, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Zubir Mohd Azli, Thamil Arasu Ambumanee (Yong Kuong Yong 81st), K. Gurusamy (Muhd Nazmi Faiz 78th)

Head coach: Ong Kim Swee

Scorer: Mohd Asraruddin Omar (35th)

Yellow cards: K. Gurusamy (10th), Baddrol Bakhtiar (21st), Ahmad Fakri (61st), Yong Kuong Yong (113th)

INDONESIA (Red/White/White): Kurnia Meiga, Mahardiga Lasut (Hendro Siswanto 71st), Egi Melgiansyah, Oktovianus Maniani, Gunawan Dwi Cahyo, Hassim Kipuw, Andik Vermansyah (Ferdinand Sinaga 66th), Diego Michels, Titus Bonai, Patricj Wanggai (Ramdani Lestaluhu 97th), Abdul Rahman

Head coach: Rahmad Darmawan

Scorer: Gunawan Dwi Cahyo (5th)

Yellow cards: Andik Vermansyah (34th), Oktovianus Maniani (60th), Gunawan Dwi Cahyo (95th)¸ Ferdinand Sinaga (120th)

REFEREE: Togo Minoru (Japan)

PENALTY SHOOTOUT

Indonesia

1. Titus Bonai – Goal (mid-level right)

2. Gunawan Dwi Cahyo – Miss (left, hit post)

3. Egi Melgiansyah – Goal (low left)

4. Abdul Rahman – Goal (down the centre)

5. Ferdinand Sinaga – Miss (left low, saved)

Malaysia

1. Mahali Jasuli – Goal (top right)

2. Fandi Othman – Goal (mid-level left)

3. Ahmad Fakri – Miss (right low, saved)

4. Mohamad Fadli Shas – Goal (top left)

5. Baddrol Bakhtiar – Goal (down centre, hit keeper and went in)

Monday, November 21, 2011

[Gambar] Apabila Ketiak Liyana Jasmay Basah Di FFM Ke-24 2011

Kat sini sebelum kita tengok gambar tu, kita faham dululah ape itu ketiak.Ketiak, atau sering disebut (dalam sebutan sopan) sebagai kawasan bawah lengan, merujuk kepada bahagian bawah lengan atas (triseps), yang bersambungan dengan bahagian bahu pada kedua-dua bahagian tangan.

Tapi dalam kes ini agak aneh, macam tak pelik. Bukan ape, adakah minah ini tidak perasan akan keseksiaan ketiaknya itu? Adoyai, itulah akibatnya kalau dah seronok sangat. Huhuhu...aku plak segan, macam pakai seluar tak berzip lah raseenye....huhu...korang layanlah elok2...kehkehkeh...











Sumber Gambar : www.budiey.com

[Video] 'Darth Vader' Mintak Tanah Untuk Letak Kapal Angkasa Di Ukraine?


KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin

Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.

"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.

"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.






"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.

Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.

'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.



Sumber : KOSMO

[Video] Pencak Silat Final SEA Games : Pesilat Indonesia Yang Penakut Menang Emas?

Aku tak pasti perkara ini benar berlaku atau tidak pada Sukan SEA kali ini. Peserta atau pesilat Indonesia ini memenangi pingat emas dengan gaya celakanya iaitu penakut dan menggigit bahu pesilat Thailand. Kalau betul ini berlaku, memang memalukan. Indonesia meletakkan maruah negaranya terlalu hina dalam pelbagai aspek baik dari penganjuran, menghormati negara orang lain dan korup dalam memberi keputusan. Saksikan :






Saturday, November 19, 2011

[Video] Gol Jaringan Malaysia Ke Final Sea Games ke-26 Jakarta 2011

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...