Monday, June 15, 2009

Nizar Oh! Nizar : Ko Buat Lagi Perangai Budak Sekolah?


Hari ini Parlimen di buka semula selepas hampir 2 bulan berehat dengan ahli-ahli parlimen kebanyakan yang telah berubah mengikut kepada kepimpinan kerajaan yang baru. Ku harapkan perjuangan Mat Nizar dan rakan-rakan karibnya itu semakin matang dalam mengharungi kancah politik yang dikatakan kotor dan semakin mencabar dengan kedua-dua pihak baik kerajaan atau pembangkang yang ada agendanya sendiri.

"Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan "BUBAR DUN" Perak."

Petikan diatas diambil dari Mstar Online. Mat Nizar dan 7 orang kerdilnya diarahkan keluar dewan dan digantung 2 hari dari menghadiri sidang dewan. Baca balik petikan aku masukkan tadi. Memang lawak. Aku cuba bayangkan bagaimana suasana dewan yang duk menanti perjuangan 'suci' Mat Nizar ini yang kembali semula ke Parlimen setelah dikatakan diasak atau diguling-gulingkan di Perak sebelum ini,kembali semula menyahut suara rakyat. Ingatkan semakin matang tapi apa yang mamat tu telah buat? Mari kita lihat sinopsis di bawah :

  • Sampai diperkarangan Parlimen dengan konco-konco dan antaranya 7 orang kerdilnya.
  • Aku tak pasti dia dah mula pakai lilitan BUBAR DUN di songkoknya atau belum sebelum masuk dewan tapi yang pasti kaum kerabatnya dah pakai.
  • Mula mengangkat sumpah dan menandatangani akuan bersumpah Ahli Parlimen B.Gantang.
  • Tak sampai 5minit,laungkan keramat mamat ni keudara "BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI!"
  • Mereka juga mengingkari arahan larangan memakai lilitan BUBAR DUN di songkok ketika didewan oleh Yang Dipertua.
  • Akibat keras hati,kepala,jantung,dan tuttt...mereka dihalau keluar dan digantung selama 2 hari.
Aduhai,belum apa-apa dah kena halau.Sampai bila nak mengetengahkan masalah rakyat kat Bukit Gantang En Nizar oii? Udah-udahlah tu. Bawak banyak bersabar dan bersyukur. Cuba jalankan kerja dengan bawak banyak bersabar,tak boleh ke? Pelan-pelan naik balik,bawak bersabar,takel balik rakyat dengan sifat lebih baik. Ini tak,macam orang kena sawan giler babi. Main redah jer. Meluat jugaklah orang tengok. Aku memang dah meluat dah tapi nak buat macam mana,hal negara kena amik tahu jugak.Hmm...lantak ko lah Nizar.

5 comments:

KAPITAN MELAYU said...

Salam semua

YB Nizar dan gengnya perlu MUHASABAH diri la sikit.... bukan apa..

Budaya yang sedemikian tidak wajar di persembahkan dalam Dewan... lagipun...nampak gayanya... sudah mengikut rentak UBN/UMNO kenapa GOPOH sangat

Sekarang sapa yang rugi.... rakyat melihat gerak geri anda sekalian...

MELAYU MUDAH LUPA...

Memanglah....alasan berpakaian tu tidak berapa sangat impaknya... lagi pun tiada dalam peraturan
tetapi macam berkabung...DAN lagi kuasa Speaker perlu dihalusi ..semua itu demi keharmonian Dewan
nanti orang luar negara ingat ada kematian..pula.. dan mengapa hanya segelintir saja berkabung dan PM dengan suku sakat tidak berbuat sedemikian...

POLITIK itu tidak kotor yang mengotori nyer ialah "POLITICIAN"

Dan bertindaklah ikut FIKIRAN dan bukan PERASAAN....atau PERASAN

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui

Wallah Hualam

WARIS PAHANG said...

Ya Allah, sape tu buat perangai dalam dewan tu.

Eh Eh macam kenal jer?

baca lagi : http://warisanpahang.blogspot.com

sumandak bayu said...

Salam Bro

Satu skop@artikel yang baik mohon izin untuk disebarluaskan dalam blog SUMANDAK ye...

gengsahabat said...

terserlah sudah pekerti sebenar nizar..pemimpin yang sepatutnya memimpin tapi akhirnya dipimpin KELUAR DEWAN..

Amz CamPro said...

thanx kpd yg memeberi komen...aku cume meluahkan pendapat aku shj...Mat Nizar perlu lbh byk bersabar dr buat byk benda yg memalukan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...