Tuesday, July 6, 2010

UTHM terima kemasukan 2481 pelajar baru

Detik bergelar pasca siswazah


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima kemasukan 2481 pelajar baru bagi sesi kemasukan Semester 1 2010/2011 kali ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira 1845 adalah pelajar peringkat Sarjana Muda, 405 Diploma dan 212 Pasca Siswazah.

Sesi kemasukan kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila kumpulan pertama 24 orang pelajar peringkat sarjana muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) turut mendaftarkan diri. Program ini merupakan yang terbaru yang ditawarkan di UTHM. Graduan lepasan program ini bakal memiliki lesen penerbangan pesawat di samping menggenggam segulung ijazah kejuruteraan dalam bidang aeronautik.

Kemasukan pelajar kali ini juga melibatkan pengambilan pelajar bagi program pesisir di peringkat pasca siswazah. Melalui program pesisir ini, para pelajar akan mengikuti sesi pengajian di pusat-pusat pengajian yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Sebahagian besar pelajar yang mendaftarkan diri pada kali ini telah ditempatkan di beberapa kolej kediaman yang terdapat di dalam mahupun luar kampus induk UTHM di Parit Raja, Batu Pahat.

Naib Canselor UTHM, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin dan pegawai-pegawai kanan UTHM telah turut serta meninjau proses pendaftaran pelajar dan beramah mesra dengan ahli keluarga yang mengiringi pelajar.

Amz CamPro berkata :
Aku dah lama tak update blog aku ni dek kerana masa yg tak menizinkan aku utk mencoret luahan hati aku sepanjang ketiadaan aku di alam maya ini. Tetapi,jauh di sudut hati aku,aku masih ingin terus berblogger...hahaha...berbalik ke posting aku yang sekian lama di nanti-nanti kan oleh peminat Amz Campro blog ini,ingin ku nyatakan di sini :

''Aku menyahut seruan kerajaan dalam mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini menjelang 5 tahun akan datang mengikut RMK-10 yang telah di suarakan baru-baru ini.''


Ya! aku dan rakan-rakan yang lain meneruskan pengajian peringkat Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal) ini bagi merealisasikan cita-cita dan sekaligus memperkasakan diri dari aspek pendidikan dan kejuruteraan itu sendiri. Tahniah kepada yang mendaftar. Sama-samalah kita berusaha sehingga selesai kesemua 40crdt pembelajaran kita kelak. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...