Monday, November 15, 2010
SUKAN ASIA BOLA SEPAK : Malaysia Hanya Ada 13 orang pemain sahaja! K.Rajagobal Kena Turun Main!
Kita semua sedia maklum tentang perlawanan antara China dan Malaysia Sabtu lalu yang betul-betul memberikan kesan mendalam kepada semua peminat bola sepak tanahair. Kegagalan pengadil kelahiran Australia,Ben Williams menjalankan tangunggjawab denga profesional telah merosakkan harapan negara. Bagi aku,beliau juga telah merosakkan seni bola sepak itu sendiri kerana memberika 3 layangan kad merah dan 5 kad kuning kepada hanya pasukan Malaysia.
Bila didengari laporan ini,seolah-olah perlawanan ini bermandikan darah.Terbayang pergaduhan,terjahan yang amat keras ataupun rusuhan pemain yang betul-betul boleh menjejaskan perlawanan oleh pemain sendiri. Tetapi malangnya itu semua tidak berlaku. Perlawanan ini di anggap biasa sahaja. Sentuhan,takel dan body contact yang biasa dalam adat bola sepak dianggap cukup keras dan merbahayakan.
Aku percaya,pengadil ini mesti ada 'sesuatu' yang mengganggu fikiran dan benak hatinya. Dan yang lebih penting,pengadil ini yang juga menimbulkan kontroversi ketika Malayisa menentang UAE 2 tahun lepas tak silap aku. Mungkin dia terlalu anti dengan Malaysia? (aku tak tau anti tang mana,bola sepak Malaysia penah ganggu hidup dia ke?) bayangkan hanya ada 13 pemain,itu pun termasuk penjaga gol simpanan, so coach hanya ada pilihan 12 pemain sahaja ( 1 gantian lah jawabnya). Hanya nasib dan ketentuan sahaja yang memungkin Malaysia mampu lakukan sesuatu. Walau bagaimanapun,perjuangan harus diteruskan. Kepada coach negara,buat yang terbaik.Kepada pemain,perform yang terbaik,tunjukkan anada mampu setanding dengan pemain senior yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment