Atlet penerjun wanita Malaysia Pandelela Rinong berjaya memenangi
pingat gangsa selepas menduduki tempat ketiga dalam acara final 10m
Platform Wanita Individu(Women’s 10m Platform) pada Sukan Olimpik 2012 di London. Pingat emas untuk Chen Roulin peserta dari China dan perak Brittany Broben peserta dari Australia.Walaupun ketinggalan pada terjunan ketiga berada pada kedudukan ke-10
tetapi Pandelela Rinong anak kelahiran Sarawak berjaya bangkit pada 2
terjunan terakhir mengumpul mata keseluruhan 359.20 sekaligus mencipta
sejarah atlet wanita pertama memenangi pingat di Sukan Olimpik.
Seorang
lagi penerjun negara iaitu Bryan Nickson Lomas akan beraksi dalam acara
10m Platform Individu Lelaki pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 bermula pukul
2:00 pagi waktu Malaysia.
Ini menjadikan pingat yang kedua untuk kontinjen Malaysia selepas
Datuk Lee Chong Wei memperolehi perak dalam acara badminton perseorangan
lelaki.Sumber : Haikal.blogspot
No comments:
Post a Comment