Showing posts with label semasa dunia Marco Simoncelli sepang 2011 motogp. Show all posts
Showing posts with label semasa dunia Marco Simoncelli sepang 2011 motogp. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

[Gambar&Video] Adakah Kerana Petugas Kecemasan SIC Simoncelli Mati?


Aku tak pasti tentang hal ini tapi apa yang aku nampak sendiri melalui video yang sudah tersebar ini di dapati, petugas keselamatan SIC telah melakukan kesilapan dan kecuaian kerana tergelincir ketika mengangkat Simoncelli di atas strecher yang sedang dalam kecederaan parah. Kita pun sedia maklum, kecederaan melibatkan kepatahan memang perlu di jaga dan tidak boleh di kenakan gegaran yang kuat.






Tapi nak di jadikan cerita, aku rasa bukan sebab ini puncanya tetapi kesah ini agak memalukan kita juga. Dari komen yang di berikan, ramai yang kecewa dengan kecuaian mereka dan ia di jadikan sebab pula kepada kematian pelumba berkenaan. SIC perlu lebih peka hal ini. Latihan kecemasan yang profesional perlu lebih di berikan. Anda lihat dan saksikan sendiri :


Sunday, October 23, 2011

[Gambar&Video] MotoGP 2011 Di Sepang Mengundang Tragedi - RIP Marco Simoncelli


SEPANG: Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports.

Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.


Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.
Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. - REUTERS


>




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...