SEORANG pelajar jurutera menunjukkan enjin kereta Kiat Esemka di Solo, Jawa Tengah semalam.
SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya.
"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat.
Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.
Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk.
Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono.
Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta."
Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718).
Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP
Robot ciptaan ilmuwan Harvard ini betul-betul akan mencabar kreadibiliti pencipta2 robot Jepun yang lebih dulu nampak betul2 pakar dalam bidang ini. Tapi tak mustahil, mereka turut telah menemui robot ini.
"Kemampuan unik robot ini memungkinkannya menjelajahi lokasi-lokasi di mana robot tradisional yang biasa tidak mampu melakukannya," kata Matthew Walter, seorang saintis dan pakar robot di Institut Teknologi Massachusetts, kepada Associated Press.
Projek Harvard yang didana oleh Pentagon ini, dipertontonkan dalam jurnal Proceeding of National Academy of Sciences. Robot, yang memakan masa dua bulan untuk membangukannya, berukuran panjang 12.7 cm. Keempat-empat kakinya dapat dikawal secara terpisah dengan memampatkan udara ke dalam anggota badannya, baik secara manual atau melalui komputer. Ia sekaligus memberikan robot mampu melakukan pelbagai gerakan termasuk merangkak dan merayap. Saksikan :
KUALA LUMPUR 10 Okt – Fenomena “Moon Halo” atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira pukul 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa malahan sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.
Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata, fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.
"Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekeliling bulan itu merupakan cahaya bulan yang terserak.
"Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.
Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi. – Bernama
Adakah ini rupanya telescope yang berkuasa tinggi itu?
SEBUAH kenderaan pada Jumaat lalu membawa antena yang akan ditempatkan di gurun Atacama, Chile.
Kalau tengok pada projek ini, ia memberi impak yang tinggi pada industri astronomi dunia tapi perasan tak kita, telescope ini sama macam cite filem Syukur 21 yang pernah dipopularkan oleh Raihan dulu? Ia kebetulan atau dieorang tiru idea kita? haha...Baca artikel dari KOSMO di bawah :
Telescope dalam filem Syukur 21
SANTIAGO, Chile - Projek astronomi yang terbesar di dunia kini sedang berjalan di gurun Atacama di Chile yang terletak 1,500 kilometer dari sini.Apabila ia siap dibina, ia mengandungi 66 antena ketepatan tinggi yang akan berfungsi sebagai sebuah teleskop.
Projek itu melibatkan kerjasama dari Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur selain Chile.Ia akan digunakan sepenuhnya pada 2013.Apabila siap sepenuhnya, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum ini tidak dapat dilihat bagi tempoh setiap tiga minit. - Agensi
Tetapisetelah aku membelek dan mencari sumber yang paling teapt, aku temui 3 gambar sebenar teleskop berkuasa tinggi itu dan imej antara yang pertama berjaya di rakam oleh teleskop yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013. Saksikan :
Isu satelit jatuh dari langit ni agak hangat diperkatakan. Bukan apa, agak jarang sebenarnya kejadian ini berlakutetapi pihak NASA mengatakan, ia kerap berlaku kerana di atmosfera kita ni ibarat sampah sarap yang tunggu gugur ke bumi jer. Cuma kes yang selalu berlaku adalah sampah-sampah yang jatuh dari atas ini akan hancur dan berterabur dalam partikel yang kecil. Tapi ada pengesahan tentang isu ini mengatakan satelit ini terhempas di Lautan Pasifik, timur Afrika.
Aku ada ulas isu ini juga pada posting lepas (KLIK SINI) tapi gambar ketika satelit masuk melepasi atmosfera bumi. Berikut ini artikel dari Utusan tentang lokasi ia terhempas :
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari mengesahkan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah jatuh di dua laluan utama yang dikenalpasti.
Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Mhd. Fairos Assillam berkata, dua laluan tersebut ialah di Lautan Pasifik dan timur Afrika.
"Satelit yang pecah kepada 26 bahagian itu dipercayai telah terbakar dan bertaburan di dua kawasan tersebut semalam, tetapi waktu sebenar belum dapat dipastikan.
"Kita cuma boleh mengesahkan waktu satelit tersebut memasuki atmosfera bumi iaitu di antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengah hari (waktu Malaysia) semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, setakat hari ini belum ada mana-mana laporan serpihan satelit itu dijumpai atau mengorbankan orang awam dan mengalami kerosakan harta benda.
Pada 21 September, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi dan diramalkan jatuh pada hari Jumaat lalu.
Tambah Mhd. Fairos, Malaysia antara negara yang terselamat daripada terkena serpihan itu kerana negara berada di laluan selamat.
Mengulas tentang orang ramai diingatkan tidak mengambil dan menyentuh objek pelik berhubung serpihan satelit, beliau memberitahu, serpihan tersebut dikhuatiri sangat panas disebabkan terbakar.
Selain itu, katanya, menurut Standard Operating Procedur, serpihan satelit itu mungkin mempunyai radiasi yang tidak dikenalpasti memandangkan sudah lebih 15 tahun di angkasa lepas.
Aku ada terjumpa satu video yang dikatakan ketika satelit itu jatuh. Tetapi tak pasti ia betul atau tidak. Kita saksikan :
KUALA LUMPUR 24 Sept. — Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan tersebut dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.
Rakaman gambar ketika satelit jatuh menembusi atmosfera
Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.
Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat. — Bernama
PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.
Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.
Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.
Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.
Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.
Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.
"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.
"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP
Bila aku baca isu dan aku dengan komen bos besar TNB ni semalam, aku terus terlintas, menipu betul dia ni masa ketika kita masih marahkan lagi kenaikkan harga tarif elektrik yang kononnya dikatakan tidak membebankan sebilangan besar rakyat tetapi hakikatnya tidak. Aku tahu, majoritinya akan sokong dengan aku dimana bil elektrik masing-masing majoritinya naik 2X ganda dari biasa, betul tak? So, kat mana kata tidak membebankan pengguna tu? Harga barangan juga turut meningkat tanpa disedari efek dari kenaikan tarif industri.
Kat situ kita sebenarnya sudah tertipu secara total dari pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai pembekal sumber elektrik dan tenaga negara. Senang jer aku, aku boleh cakap, mereka menipu sebenarnya dan yang terbaru ini, tak mustahil lah kita juga turut rasa bebannya. Ikuti petikan akhbar Harian Metro dibawah :
TENAGA Nasional Bhd (TNB) yang berdepan dengan isu kekurangan bekalan gas, perlu menanggung kos tambahan yang dianggarkan RM3 bilion bagi penjanaan tenaga tahun ini, selain usaha untuk meningkatkan pembiayaan bagi operasi sebagai langkah untuk mengekalkan kelangsungannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, sekiranya tiada penyelesaian segera ditemui bagi menangani krisis gas berkenaan, ia akan adalah tindakan pertama kali bagi syarikat untuk ke pasaran bagi mendapatkan wang untuk operasi.
Beliau berkata, sebelum ini, semua dana diperoleh adalah untuk perbelanjaan modal dan proses pengurangan gas oleh Petronas menyebabkan TNB perlu membeli bahan api yang disuling dengan kosnya lima kali lebih daripada gas bagi meneruskan penjanaan elektrik.
“Loji janakuasa dalam negara tidak dibina untuk menggunakan bahan disuling. Bagi menjana 1,000 MGW menggunakan bahan api alternatif, kami memerlukan belanja tambahan RM10 juta sehari dan sudah tiba masa negara menyemak semula dasar peruntukan gas,” katanya pada majlis rumah terbuka TNB di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, kekurangan gas lebih ketara tahun ini dan bagi seluruh 2011, kos tambahan bagi minimum penjanaan tenaga adalah kira-kira RM2.6 bilion.
Beliau berkata, bekalan gas akan mencukupi pada Julai tahun depan apabila terminal pengegasan semula Petronas bagi Gas Asli Cecair di Melaka siap. -Bernama
Amacam? Agak2 tak mustahilkan tarif kita mungkin berubah lagi? ataupun die cover dengan benda lain yang secara tidak langsung memberi kesan pada kita. Sejak dari dulu sampai sekarang, isu ini tidak pernah selesai, balik2 kos modal cari bahan mentah yang memang dah mahal. Tak faham jugak aku, keuntungan tetapp nak carik last2 kita jadi mangsa. Aku pernah ulas isu ini tentang sumber tenaga yang kita boleh gunakan yang tidak habis macam gas asli dan arang batu ni. (KLIK SINI).
Kita harap mereka yang kat atas sana memikir dengan bijak dan sedar akan tindakan merka ini sebenarnya meletakkan kerajaan sedia ada di ambang kejatuhan.
Kita sekarang diambang kepupusan sumber semula jadi negara. Mane taknye, minyak akan habis dalm 20 tahun lagi, mineral lain pun aku yakin akan turut sama habis,kalau ade pun kena beli dari negara luar yang dah tentu tinggi dan mahal. Aku fokuskan isu ini pada penjanaan tenaga elektrik negara. Kite semua sedia maklum tentang kenaikan harga tarif elektrik ini semuanya berpunca daripada kenaikan bahan mentah negara dan pelbagai lagi punca seperti sektor ekonomi dunia secara keseluruhannya.
Sumber tenaga elektrik negara kite sedia maklum datang dari 3 sumber utama iaitu:
Arang batu
Hidroelektrik
Minyak & Gas
Dua dari sumber mineral ini akan habis satu hari nanti dan yang tinggal hanya penjanaan dari hidrolektrik. Tindakan kite menggunakan hidroelektrik sebenarnya lebih bijak dari penggunaan arang batu, gas dan sebagainya kerana penggunaan ini tidak habis dan sentiasa ada. Langkah kerajaan ingin melaksanakan penjanaan tenaga elektrik dari nuklear sebenarnya satu langkah yang kurang bijak. Walaupun ia antara kos operasi yang paling murah tetapi kesan jangka panjangnya kepada masyarakat perlu diambil kira.
Tenaga dari atom nuklear memang mudah diperolehi. Reaksi atom apabila diekstrakkan memang cukup memberi pulangan yang besar tetapi bagaimana jika kesilapan dan bencana berlaku? Ia akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan boleh merugikan negara dalam jangka masa yang sangat lama. pakar-pakar mengakui perkara ini, kawalan ke atas atom dan radiasi mudah dilaksanakan tetapi jika ia tersebar ke luar, ia menjadi bencana yang tidak lagi boleh dikawal.
Kenapa tidak menggunakan tenaga dan sumber dari Allah yang sentiasa diberikan olehnya yang mungkin susah untuk diperolehi negara lain seperti penggunaan tenaga SOLAR dan ANGIN? Betul,kosnya lebih mahal tetapi tidakkah kita sedar, dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya jauh lebih menjimatkan? Sumber angin dan matahari tidak perlu dibeli seperti arang batu. Ia juga tidak akan habis melainkan kiamat berlaku. Kenapa kita tidak mengambil risiko ke atas perkara yang lebih menguntungkan?
Cuba saksikan video dibawah ini, satu teknik janaan CGI dihasilkan sebuah syarikat dalam menghasilkan satu WINDTURBINE yang bertaraf raksasa dan mungkin boleh difikirkan perlaksanaannya. Menarik sebenarnya. Negara lain menggunakan kincir angin yang biasa jenis propeller dan dengan kemajuan teknologi, jenis silinder ini sudah digunakan di merata tempat cume tidak dikomersialkan secara mega atau raksasa seperti di bawah ini :
Demo CGI dijangkakan akan menjanakan 2.0GW dari Magnetic Leviatated wind Turbine. Tahukah anda, dengan penghasilan ini sebenarnya hampir menyamai tenaga yang dihasilkan oleh empangan terbesar negara dan Asia ini iaitu 2.4G. Empangan bakun mempunyai 8 turbin utama dimana setiap turbin mampu menjanakan 300MW tenaga elektrik tetapi dengan satu projek mega windturbin seperti diatas, kita menghasilkan 2.0GW!
Tidak perlu lagi upacara pecah tanah, tidak perlu ekosistem semulajadi negara seperti hutan, bukit bukau, sungai dan pribumi orang asli dan pelbagai kesan akibat daripada pembinaan ini di gadaikan dan di risikokan. Konsepnya masih sama cume tenaga yang dijanakan itu datangnya dari sumber ALIRAN AIR dan satu lagi datangnya dari ALIRAN ANGIN. Turbin akan menjanakan tenaga ini. Tidak perlu minyak,tidak perlu gas, tidak perlu arang batu.
Kos hanya melibatkan kajian secara menyeluruh, melibatkan pembinaan, melibatkan tenaga kerja dan pakar negara dan melibatkan kos penyelenggaraan. Kos melibatkan pembelian sumber mineral telah di tolak mentah-mentah dan ini sebenarnya memberikan keuntungan jangka masa panjang. Arang batu juga menggunakan turbin dimana penjanaan tenaga terjadi hasil dari stim dalam pembakaran arang batu dan ia akan memberikan kesan pencemaran yang tinggi sama seperi insenerator.
Pokoknya di sini, sumber asasnya itu dapat dijimatkan disamping menjaga alam sekitar dan mampu memberikan kehidupan lebih selesa untuk anak,cucu dan cicit kita kelak.