Monday, November 28, 2011

[Video] Jambatan Runtuh Di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur

Kejadian jambatan runtuh di Kalimantan TImur Sabtu lalu betul-betul mengejutkan dunia. Mana taknya, kejadian jambatan runtuh itu bukan calang-calang jambatan, jambatan itu anatar yang terbesar di Indonesia. Jumlah kematian semakin meningkat dan dijangkakan akan mencecah 50 orang kerana masih ramai lagi yang hilang. Di sini aku berikan laporan BERNAMA mengenai jambatan runtuh ini yang baru dilaporkan jam 6.00ptg tadi. Di sini juga aku berikan satu video dimana kejadian itu berjaya dirakamkan oleh kamera amatur :




JAKARTA: Jumlah kematian dalam tragedi jambatan runtuh di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur Sabtu lalu meningkat menjadi 11 orang dengan penemuan beberapa lagi mayat oleh pasukan mencari dan menyelamat sehingga tengah hari ini.

Ibu pejabat Polis Indonesia di sini yang mengeluarkan angka kematian itu, menyatakan bahawa 34 orang lagi yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution memberitahu sidang akhbar di sini bahawa daripada 11 yang mati, empat mayat belum dapat dikenal pasti. Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah 34 orang, katanya.






Jambatan Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur runtuh pada kira-kira jam 4.30 petang Sabtu waktu tempatan ketika kenderaan sedang sesak menggunakannya, mengakibatkan ada kenderaan terjunam ke dalam Sungai Mahakam dan sejumlah pengguna kenderaan turut tenggelam bersama.

Jambatan itu yang merentangi Sungai Mahakam, merupakan satu daripada jambatan gantung terpanjang di Indonesia. Bahagian yang tergantung tanpa penyangga adalah sepanjang kira-kira 270 meter. Jambatan itu berukuran 710 meter panjang.

Dibina pada 1995 dan siap pada 2001, jambatan yang direka mirip kepada Jambatan Golden Gate di San Fransisco, Amerika Syarikat itu merupakan antara penghubung penting bagi laluan darat Tenggarong dengan Samarinda dan Balikpapan, Kalimantan Timur.

Pelbagai pihak di Indonesia berasa hairan dengan kejadian itu memandangkan jambatan itu baru berusia 10 tahun. - Bernama

[Video] Octupus aka Sotong Kurita Berjalan Di Darat






Sunday, November 27, 2011

[Video] Gol-Gol Malaysia vs Bahrain : Olympic Qualifying 27/11/2011

Skuad Harimau Muda gagal menang di tempat sendiri walaupun berjaya mendahului perlawanan dengan dua gol pada sesi kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C.

Bahrain yang bermain dengan 10 orang berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendahului Malaysia dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.






Gol pertama Malaysia berjaya dijaringkan oleh pemain muda berusia 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa pertama manakala gol kedua dijaringkan Mahali Jasuli. - Utusan

Kedudukan Kumpulan:

(P M S K J K Mata)

Jepun 3 3 0 0 6 1 9

Syria 3 2 0 1 6 3 6

Bahrain 3 1 0 2 3 7 3

MALAYSIA 3 0 0 3 2 7 0





Friday, November 25, 2011

Apabila Blogger MiloSuam Salah Fakta

Laman blog MiloSuam

Aku nak gelak pun ada baca blog milosuam ni. Aku rasa ramai yang tahu blog ini, blog ini lebih pro kepada pembangkang dan cuba jadi pembangkang yang mempunyai fakta untuk membangkang. Bagus sebenarnya blog ni, ade yang mungkin betul dan ade yang mungkin membodohkan penulis itu sendiri. Isu terbaru posting MILOSUAM ini adalah isu renew lesen mengikut tarikh lahir baru-baru ini. Tarikhnya hari ini jugaklah 25/11/2011.






Dia menerima komen orang dari e-mail die pasal pengadu ini komen yang die renew kena bayar extra RM15 disebabkan tempoh lesen yangnak dikenakan dengan tarikh pengadu itu terberanak kat muka bumi ini. Aku tak paham jugak mula2 bahasa pengadu dalam e-mail ni tapi akhirnya aku dapat buak konklusi yang pengadu dalam e-mail ni dan penulisnya sama2 BENGAP! Korang bleh baca blog die kat sini (klik sini)

E-mail pengadu kepada MiloSuam

Aku pun tak faham..apa yang korang kecoh sangat hak ini. Siasat dan pikir dulu sebelum tulis. Yang lagi bagus, belajar elok2 matematik dan cara nak mengira dengan betul, baru ko bleh hentam. Ini main sembur jer. Chet! Bikin malu jer...Meh sini aku tolong kire...

Aku amik contoh pengadu lah senang cerite. Ko renew pada 24 November 2011 dan tarikh plak pada oktober so kalau ikut pengiraan aku di bawah ni :

24 November 2011 - 24 November 2012 (setahun) = RM 30
24 November 2012 - ... Oktober 2013 (11 bulan = melebihi tempoh 6 bulan) = RM15

So tak ke untung tu, ko byar RM 15 jek untuk tempoh 11 bulan?

Ape la ke benak sangat si pengadu ni. Aku rase ko kena blaja matematik sekolah rendah baliklah gamaknya. Kalau salah aku mintak maf jugaklah yerk? heheh...

Thursday, November 24, 2011

[Video] Bila GoalKeeper Tak Puas Hati

This was one of two goals Elon University's Jordan Smith scored on UNC Greensboro in his side's 3-2 Southern Conference Championship win a couple weeks ago. After a nice hop over a sliding defender and making his way around goalkeeper Peyton Ford, Smith casually put the ball into the empty net.

Frustrated by this series of events, Ford decided to take out his anger on his own net with a weak jump kick. Of course, the net fought back and grabbed a hold of his boot, sending him to the ground face first. This is why you should never attack an inanimate object. They have no remorse.







[Video] Helikopter Terhempas Caught On Camera

Kejadian ini berlaku di Auckland, New Zealand ketika proses menaikkan dan memasang pokok krismas sempena krismas akan datang.Kejadian ini hampir meragut nyawa juruterbang dan pekerja sekitarnya. Aku pun agak pelik, macam mane kawasan yang agak sempit itu bleh ade prosedur pekerjaan menggunakan helikopter? Kejadian kalau lihat berpunca dari kipas yang tersangkut pada bahagian-bahagian tempat kerja. Saksikan :







Tuesday, November 22, 2011

[Video] CCTV Kena Sambar Petir 2 Kali Masih Hidup?

Aku tak pasti benda ini betul atau tidak. Mula-mula aku tengok aku nampak benda ni memang real dan aku percaya tapi lepas aku baca komen2 orang, tengok gaya dieorang yakin yang video ini bukan asli dan dipalsukan. Cuba korang tengok sendiri dan nilaikan sendiri. Agak ngeri jugaklah kalau tengok dan imagine ia betul2 berlaku :







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...