Kejadian jambatan runtuh di Kalimantan TImur Sabtu lalu betul-betul mengejutkan dunia. Mana taknya, kejadian jambatan runtuh itu bukan calang-calang jambatan, jambatan itu anatar yang terbesar di Indonesia. Jumlah kematian semakin meningkat dan dijangkakan akan mencecah 50 orang kerana masih ramai lagi yang hilang. Di sini aku berikan laporan BERNAMA mengenai jambatan runtuh ini yang baru dilaporkan jam 6.00ptg tadi. Di sini juga aku berikan satu video dimana kejadian itu berjaya dirakamkan oleh kamera amatur :
JAKARTA: Jumlah kematian dalam tragedi jambatan runtuh di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur Sabtu lalu meningkat menjadi 11 orang dengan penemuan beberapa lagi mayat oleh pasukan mencari dan menyelamat sehingga tengah hari ini.
Ibu pejabat Polis Indonesia di sini yang mengeluarkan angka kematian itu, menyatakan bahawa 34 orang lagi yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu masih belum ditemui.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution memberitahu sidang akhbar di sini bahawa daripada 11 yang mati, empat mayat belum dapat dikenal pasti. Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah 34 orang, katanya.
Jambatan Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur runtuh pada kira-kira jam 4.30 petang Sabtu waktu tempatan ketika kenderaan sedang sesak menggunakannya, mengakibatkan ada kenderaan terjunam ke dalam Sungai Mahakam dan sejumlah pengguna kenderaan turut tenggelam bersama.
Jambatan itu yang merentangi Sungai Mahakam, merupakan satu daripada jambatan gantung terpanjang di Indonesia. Bahagian yang tergantung tanpa penyangga adalah sepanjang kira-kira 270 meter. Jambatan itu berukuran 710 meter panjang.
Dibina pada 1995 dan siap pada 2001, jambatan yang direka mirip kepada Jambatan Golden Gate di San Fransisco, Amerika Syarikat itu merupakan antara penghubung penting bagi laluan darat Tenggarong dengan Samarinda dan Balikpapan, Kalimantan Timur.
Pelbagai pihak di Indonesia berasa hairan dengan kejadian itu memandangkan jambatan itu baru berusia 10 tahun. - Bernama

No comments:
Post a Comment