Baru-baru ini, kita dikejutkan dengar tersebarnya video yang dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelancong tentang ikan duyung yang mendarat di atas batu. Boleh lihat DISINI. Pakar mengatakan video itu sahih dan tiada editing dilakukan. Ini betul-betul menjadi misteri dan masih belum terjawab. Terbaru pula, kecoh di England di mana orang ramai berjaya menangkap seekor naga a.k.a dragon sedang terbang di ruang angkasa England. Dari pengamatan pergerakan naga itu, ia seolah-olah 'benar' dan 'real'. Kesahihannya, hanya Allah sahaja yang tahu. KIta cuba nilaikan. Lihat video di bawah :
Tuesday, October 22, 2013
Friday, October 18, 2013
Ranking Malaysia Terbaru FIFA Oktober 2013
Ranking terbaru bulan Oktober 2013 telah keluar dan kalau ikutkan sedikit lambat dari biasa kerana mungkin isu update point yang agak kerap telah berlaku sepanjang bulan September dan awal Oktober lalu ekoran banyak perlawanan persahabatan berstatus A, kejohanan diiktiraf FIFA dan kempen kelayakan Piala Dunia, Piala Asia dan sebagainya.
Ranking Malaysia? Tak banyak perubahan tetapi sekurang-kurangnya tidak
turun. Malaysia naik satu anak tangga ke 160 dunia. Boleh refer dari
snapshot di bawah :
![]() |
| Kedudukan dalam ranking dunia - 160 |
Dalam ranking keseluruhan Asia pula, kita berada di tangga ke-31. Bagi aku kite perlukan banyak lagi perlawanan kompetatif dan peluang dalam mengharungi sesi kelayakan Piala Asia sepatutnya dih=gunakan perluang untuk menaikkan lagi ranking Malaysia ini. Aku yakin, bika ranking baru bulan November 2013 keluar nanti, kita mungkin jatuh semula jika kita tak buat sesuatu sepanjang kempen kelayakan Piala Asia ini kelak.
![]() | ||
| Kedudukan dalam ranking Asia - 31 |
Thursday, October 17, 2013
[Video] Mari Saksikan Perempuan 'Pisau Cukur' aka 'Kaki Kikis' Kena Prank!
Bukan main lagi perempuan ini mula2nya. Bila di ajak dating nak mintak no telefon, tidak dilayannya. Tengok macam baik lah sangat...heheh...tapi setelah di ulang permintaan kali kedua untuk ajak keluar dengan gaya mamat ni di kereta Lamborghini nye, tetiba bertukar perwatakan jadi baik dan setuju untuk dating,last2 kena ats muka sendiri,kahkahkah...saksikan...
Saturday, October 12, 2013
[Video] Kejadian Kena Kad Merah Paling Pantas Di Dunia?
Kejadian berlaku di Liga Divisyen 2 di Greek. Dikatakan pemain ini baru masuk menggantikan rakannya dan tak sampai beberapa saat baru bermain,die dikenakan kad merah atas kesalahan mengasari pihak lawan yang pandai berlakon. Logiknya, tak kasar mane pun, kasar lagi Indra Putra 'tak sengaja tertumbuk' Mat Yo mase suku akhir Piala Malaysia dulu, kahkahkah...tapi itulah ceritanya,kalau player pandai berlakon dan referee buta, macam-macam boleh jadi,kahkahkah...
Artikel asal :
Ivorian striker Serge Djiehoua entered the Greek Football League
match between Glyfada and Olympiacos Volou in the 83rd minute.
Olympiacos were already up 3-1 on Djiehoua's Glyfada, but on Djiehoua's
very first touch after the restart, the referee blew his whistle and
pulled out a red card.
Djiehoua was so stunned by his punishment for an innocuous bit of
contact between him and an opponent that all he could do was look around
with a big open mouthed grin in complete disbelief that his appearance
was over just as soon as it began. There was no changing the referee's mind though, so Djiehoua walked
of the pitch laughing hysterically before kissing his Ivory Coast
wristband and pointing to the sky. And that was Serge Djiehoua's day.
Friday, October 11, 2013
[Gambar & Video] Ribut Dan Banjir Di Arafah 10 Oktober 2013
![]() |
| Suasana ribut di perkhemanah Malaysia |
Hujan dan ribut yang melanda kawasan sekitar Arafah, petang semalam
hingga mengakibatkan beberapa khemah untuk jemaah haji Malaysia runtuh,
tidak menjejaskan persiapan Tabung Haji dalam menguruskan jemaah bagi
menunaikan ibadat wukuf bermula Isnin minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, kebanyakan khemah yang runtuh itu adalah yang belum siap
dipasang dan belum diikat sepenuhnya.
“Hujan dan banjir menjelang musim haji sudah jadi macam kes tahunan kerana di Arab Saudi apabila hampir musim haji, jemaah masjid di Masjidil Haram dan Nabawi akan mengadakan solat hajat memohon hujan.
“Berdasarkan pengalaman yang lalu apabila hampir musim haji,
berlakunya hujan dan insya-Allah, hujan ini tidak menjadi satu fenomena
besar kerana khemah ini belum siap dipasang sepenuhnya,” katanya ketika
mengadakan lawatan ke pusat operasi Tabung Haji dan bertemu dengan
jemaah haji Malaysia yang menetap di Abraj Al-Janadiriyah, di sini,
semalam.
Beliau berkata, pengurusan Tabung Haji sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan persiapan untuk khemah itu akan diuruskan pihak muassasah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan perkara berkenaan.
![]() |
| Banjir berlaku sekitar Arafah |
Katanya, semua khemah yang
mengalami kerosakan sudah dibaiki, semalam dan cuaca juga dilaporkan
kembali panas, sekali gus akan mengeringkan khemah dan permaidani yang
basah.
Kawasan Arafah mengalami hujan lebat kira-kira jam 3.30 petang
(waktu tempatan) kelmarin dan kira-kira 30 peratus khemah jemaah
Malaysia terjejas akibat angin kencang.
Dalam pada itu, Jamil Khir turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Arab Saudi menghalang jemaah haji daripada memasuki Tanah Suci ekoran cuaca buruk dan banjir yang berlaku di Arafah. Katanya, semua jemaah haji Malaysia sudah memasuki Makkah dan tiada seorangpun jemaah yang datang menerusi Tabung Haji menghadapi sebarang masalah.
“Ada berita yang saya dengar, terdapat jemaah daripada syarikat atau ejen swasta yang tidak diiktiraf dan tidak berdaftar dengan Tabung Haji kini menghadapi masalah visa haji dan mereka tersangkut di lapangan terbang di ibu negara,” katanya.
Sumber : Harian Metro
[Video] Detik-detik Keruntuhan Kompleks C-MART,Jitra,Kedah
![]() |
| Runtuhnya sebuah bangunan,dah macam kat negara India dah kita ni,pah runtuh,runtuh...kahkahkah |
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian sebuah bangunan yang menempatkan pusat membeli belah runtuh secara tiba-tiba dan hasil daripada siasatan mengatakan bangunan ini belum lagi mempunyai CF iaitu sijil kelayakan menduduki.Ini lah masalah di Malaysia, bila kejadian dah berlaku baru sedar takde CF lah, itu lah ini lah...
Nak mohon CF pulak macam-macam hal,sampai dah jadi budaya hulur menghulur agak2nya. Bila kejadian atau tragedi dah berlaku,mase tulah masing2 tunjuk terer konon2nya die tahu semua. Siasat macam nak rak tapi kenapa mase mula2 buat bangunan taknak buat kije macam nak rak juga? Sendiri mau ingat. Layankan detik-detik ngeri ini,bayangkan kalau ade manusia dalamnya...Paling koman pun,ade yang cedera parah...
Thursday, October 10, 2013
[Gambar 18SG] Di Kisar Lori Pembancuh Simen
Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar
mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki
lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya.Baru Batu 3 di
sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya. Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam
tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh
berkenaan berputar.
Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






