Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar
mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki
lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya.Baru Batu 3 di
sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya. Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam
tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh
berkenaan berputar.
Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.
No comments:
Post a Comment