Tamatlah sudah perjuangan pasukan Johor Darul Takzim dalam kancah bolasepak Malaysia usim 2013 ini. Dengan pembaharuan dan transformasi yang mendadak dibawakan oleh Presiden PBNJ iaitu Tengku Mahkota Johor sendiri (TMJ),pencapaian tahun ini boleh dibanggakan. Terlalu banyak perubahan yang dibawakan TMJ ini. Aku mula dengar berita transformasi pasukan Johor ini dari ayah aku tentang pengambil alihan TMJ dalam PBNJ yang aku sifatkan ia adalah satu yang diluar jangkaan. Janji TMJ pada mantan PBNJ dahulu betul-betul mengujakan. Nak dijadikan cerita,ketika itu ayah aku berada di tempat kejadian ketika TMJ menyuarakan hasratnya ingin memegang tampok pemerintahan PBNJ.
Ia dimulakan dengan janji dari pihak penajaan yang mencecah jutaan ringgit jika TMJ memegang PBNJ dan sekaligus meletakkan pasukan bola sepak ini menjadi sesuatu yang di tunggu-tunggu. Perubahan pertama adalah dengan sistem pemerintahan dan pengurusan dalam PBNJ sendiri. Ini diikuti dengan pertukaran nama Johor FC kepada Johor Darul Takzim (rebranding semula). Pemilihan dan pembelian pemain yang aku rasa mula mencetuskan fenomena dan kemarahan pasukan lain walhal ia dijalankan secara profesional dan seterusnya wajah stadium larkin yang mula berubah.
Stadium yang dahulunya usang semakin ceria |
Pencapaian tahun ini termasuk pemain yang berstatus bintang yang dimulai dengan Daniel Guiza dan Del Nero betul-betul mencetuskan fenomena. Dunia mula mengenal apakah itu bola sepak di Malaysia walaupun hakikatnya pasukan kebangsaan kita suam-suam kuku. Kesimpulan pencapaian yang dibawa pada tahun ini adalah :
- Liga Malaysia : Tempat Ketiga dibelakang LionsIIX dan Selangor
- Piala FA : Perlawanan akhir tetapi ditewas di tangan Kelantan 0-1
- Piala Malaysia : Suku Akhir ( Pasukan 8 terbaik)
Adakah bintang import dan ketua jurulatih baru ini akan membuahkan hasil? Kita tunggu... |
Cta-cita pengurusan TMJ cukup tinggi. Bukan hanya sekadar liga domestik sahaja malah TMJ mahu pasukan ini menyinar dalam Piala AFC dan sekaligus meningkatkan taraf pasukan kelab Malaysia yang mampu layak ke peringkat lebih tinggi iaitu pada Liga Juara-juara Asia (Asia Champions League). Ini sekaligus dapat membuka mata pasukan dari seluruh dunia mengenal pasukan Malaysia dan pemain import berkualiti akan berminat bermain disini dan meningkatkan kuasa tajaan dari syarikat-syaraikat berstatus lebih besar.
Pablo Aimar memilih ke JDT setelah Al-Ahly gagal memancingnya |
Selepas tamat Piala Malysia 2013, rombakan besar-besaran telah dilakukan oleh TMJ. Stadium dikatakan akan dinaiktaraf kapasiti penontonnya kepada maksimum 15,000 menjadi jumlah keseluruhan tempat duduk kepada 55,000. Pemilihan ketua jurulatih yang lebih berkaliber dan pemain-pemain terbaik di seluruh pelusuk negara mula dipancing. Aku ringkaskan senarai skuad JDT musim 2014 yang dijangkakan akan berlaku berdasarkan sumber-sumber terbaik dan rumours yang mungkin ada kesahihannya :
Ketua jurulatih = Cesar Ferrando Giminez (Valencia)
Penolong Jurulatih = Azmi Mohamed
Pemain yang dijangka kekal dari musim 2013
Muhammad Al-Hafiz Hamzah
Mohd Izuan Jarudin (naik pangkat dr Johor)
Mohd Izuan Jarudin (naik pangkat dr Johor)
Nurul Azwan Roya
Norshahrul Idlan Talaha
Jasazrin Jamaluddin
Mohd Akram Mahinan
Mohd Hadin Azman
Aidil Zafuan Abd Radzak
Safiq Rahim
Pemain baru yang dijangka masuk untuk musim 2014
Pablo Aimar (Argentina)
Braulio Rodriguez (Sepanyol)
Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Mahali Jasuli (Selangor)
Mohd Asaruddin Putra Omar (Selangor)
Norazlan Razali (Selangor)
Hariss Harun (LionsXII)
Fadhli Shas (Harimau Muda A)
Irfan Farzail (Harimau Muda A)
Azizi Matt Rose (Kelantan)
Azizi Matt Rose (Kelantan)
S. Subramaniam (Kelantan)
Nazrin Nawi (N.Sembilan)
Daudsu Jamaluddin (Kelantan)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Mohd Farhan Mohamad (Kelantan)
Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Mohd Farhan Mohamad (Kelantan)
Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda)
Pemain yang dijangka gugur atau berpindah ke pasukan lain
Safee Sali
Mohd Farid Ramli
Ahmad Tharmimi Saiban
Tuah Iskandar (ke Perak)
Irfan Abd Ghani
Muslim Ahmad (ke PDRM)
K.Thanaraj
Nazri Ahmad (ke Selangor)
Nazri Ahmad (ke Selangor)
Apa-apapun,jadikan kebangkita JDT ini sebagai saingan sehat anatar bola sepak di Malaysia ini. Profesional kan diri kita,semarakkan lagi liga kita musim hadapan.
No comments:
Post a Comment