Monday, November 11, 2013

Layakkan kedua-dua pasukan Johor Darul Takzim 2014 Ke Piala AFC 2015

Aku bangga apa perancangan yang telah dibuat oleh Presiden PBNJ iaitu TMJ kita dengan mentranformasikan kedua-dua team dibawah kelolaan PBNJ iaitu dengan menukarkan nama Johor yang berada di Liga Perdana menjadi Johor Darul Takzim II manakala Johor Darul Takzim kekal di Liga Super. Ini memudahkan orang ramai mengenali dua team ini dan ianya sekaligus menunjukkan kedua-dua pasukan ini saling memerlukan kelak.


JOHOR DARUL TAKZIM - Liga Super

Pasukan ini akan bertindak sebagai pasukan utama yang membariskan hampir kesemuanya pemain bintang dalam Malaysia sambil diperkuat dengan 3 tonggak import profesional iaitu Pablo Aimar, Brulio dan Haris Harun. Di pimpin oleh jurulatih dari Sepanyol iaitu Jaminez dan krew2 kejurulatihan yang profesional akan memastikan pasukan ini mencapai target utama iaitu layak ke Piala AFC 2015 dengan menjuarai sama ada Liga Super atau Piala FA. (klik sini)

JOHOR DARUL TAKZIM II - Liga Perdana

Nama asalnya pada 2013 adalah Johor. Ditukar kepada Johor Darul Takzim II. Akan dibimbing oleh Azmi Mohamed. Bertindak selaku team pelapis yang akan melahirkan pemain pelapis dari Johor sendiri. Walaubagaimanapun, kualiti tetap dijaga dengan di adun bersama-sama pemain profesional yang lain seperti pemain import dari Singapura iaiti Shahril Ishak dan Baihaki. Bekas penyerang kebangsaan Zaquan dan beberapa lahi pemain senior negara.

Kesimpulan mengenai kedua-dua team ini telah diperjelaskan oleh TMJ iaitu :
  
JOHOR DARUL TA'ZIM bertindak sebagai pasukan yang akan bersaing sehingga tahap tertinggi dan konsisten sebagaimana yang dirancang oleh PBNJ manakala JOHOR DARUL TA'ZIM akan bertindak sebagai pasukan untuk anak muda Johor bersaing dan menimba ilmu dan pengalaman dalam kancah bola sepak tempatan sebelum bersaing di peringkat lebih tinggi. Untuk pengtahuan, sebahagian besar pasukan JOHOR DARUL TA'ZIM akan diwakili anak muda Johor dibimbing oleh beberapa pemain berpengalaman seperti Baihaki Kaizan dan Shahril Ishak yang turut bermain dalam pasukan.



Dengan maklumat ringkas tersebut, akucadangkan kepada tuan Presiden TMJ kita, ape kate kita cuba layakkan kedua-dua pasukan ini ke Piala AFC 2015 nanti. Caranya mudah. Kita cuba fokuskan pada kelayakkan ke Piala AFC iaitu mana-mana pasukan yang akan layak secara automatik ke Piala AFC perlu menjuarai sama ada piala liga utama negara masing-masing atau Piala FA. Maka terjadilah strategi ini :


JOHOR DARUL TAKZIM perlu menjuarai Liga Super 2014. Beri laluan kepada Johor Darul Takzim II. Maksudnya kalau nak lagi best, kedua-dua team ini layak ke final. Baru masyuk...hahaha...

JOHOR DARUL TAKZIM II perlu menjuarai Piala FA 2014 (Ini kerana pasukan ini berada di Liga Perdana maka satu-satunya cara untuk melayakkan mereka adalah dengan menjuarai Piala FA 2014)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...