Friday, May 22, 2009

Kes Perak : Keputusan Mahkamah Hari Ini?


Kenapa tajuk aku macam tu? sebab keputusan mahkamah akan ditentukan hari ini merangkumi rayuan dan semua 'fakta-fakta' karut duniawi untuk mengejar status kuasa dan bakal mengaut kekayaan yang kalau tidak akan dijaga akan dituntut di akhirat kelak. Tak kisahlah siapa yang menang siapa yang kalah. Politik tetap politik. Ia bukannya sesuatu fakta yang sahih atau memang dah tetap seperti 1km bersamaan dengan 1000meter. Suhu didih air mutlak bersamaan 100 deg.celcius, rakaat solat maghrib 3 rakaat,solat jumaat hanya pada hari jumaat dan macam-macam fakta yang sahih lagi.

Politik,fakta boleh ditukar jika ia berkepentingan. Buat apa belajar tinggi-tinggi belajar undang-undang kalau mamat yang dah sahih merogol dan membunuh hanya dihukum penjara atau lebih malang dilepaskan? Itu semua dijawap dan di hitung di alam yang lain.mahkamah DISANA akan lebih adil dan saksama. Berbalik kesah di Perak yang aku rasa dah macam kat Thailand tiada kesudahannya. Aku percaya,ia semakin lama semakin menimbulkan ketidakpuasan hati. Nak memenuhi impian dan hati seorang isteri pun cukup memerlukan ketabahan hati yang tinggi,inikan pula nak memenuhi hati,perasaan,nafsu,kepala hotak,jantung,pankreas manusia-manuisa pelbagai kaum,bangsa dan agama?


Mahkamah pertama kita akan lalui sebelum kiamat

Ingat,ada satu lagi MAHKAMAH TINGGI yang akan kita semua lalui,PEGUAM PEMBELA kita hanya amalan soleh di dunia ini. TIADA lagi MAHKAMAH RAYUAN! Salah tetap salah,betul tetap betul...

Wednesday, May 13, 2009

Peringatan Dari Yang Satu - Am'z & Amie



Dari Mana Semua
Masih Lagi Lupa
Kehadiranmu Kedunia
Bukanlah Untuk Suka-suka

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Tak Mungkin Dapat Kau Elakkan
Walau Sembunyi Dikayangan
Cubalah Jalanmu Sendiri
Andai Kau Fikir Kau Yang Berkuasa

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Kehidupan Kau Persiakan
Terimalah Akan Balasan
Tak Kira Siapakah Engkau
Janji Neraka Tetap Neraka

Tuesday, May 12, 2009

Mahkamah Tinggi : Bila Keputusan Berpihak Kepada 'Mereka', Mahkamah Disanjung! Mahkamah Juga Bersetuju Menangguhkan Keputusan Semalam!

Mahkamah Tinggi Hanya Keputusan Duniawi

Inilah politik,inilah manusia, inilah dunia. Bila sesuatu keputusan atau hal berpihak kepada kita,kita puji melambung dan merasakan sesuatu institusi itu betul dalam membuat keputusan tepat tetapi bila keputusan tidak menyebelahi kita,fitnah,sumpah seranah,maki hamun terus di hamburkan kepada institusi ini. Inilah institusi kehakiman atau mahkamah yang perlu menerima segala-galanya. Bila benda yang betul pun boleh jadi salah dan yang salah pun boleh jadi betul. Yang sah merogol boleh selamat jika mereka mempunyai peguam yang bagus melepaskannya kembali bermaharajalela. Siapa nak lawan?

Secara kasarnya keputusan mahkamah banyak dihentam dikala sesuatu kerajaan itu berkuasa dan bagi pihak pembangkang,keputusan ini memang dirasakan tidak menyebelahi mereka dan ada korupsi berlaku. Diringkaskan :
  • banyak kes,mahkamah di katakan penipu bila tidak menyebelahi mereka
  • bila sudah menyebelahi,mereka percayakan pula institusi ini?
  • yang kelakarnya,sedang dok tak percaya dengan sistem kehakiman negara,ke situ juga yang dirujuk?
Kes di Perak, Mat Nizar kembali merasakan ia berkuasa. Speaker yang sebelum ini diheret keluar ketika Zambry dikatakan berkuasa,akan kembali semula kekerusinya di dewan. Jika speaker Sivakumar (bukannya altec lansing) ini tidak mengusulkan undi tidak percaya didewan kelak,mereka sebenarnya tersepit. Jika ia mengusulkan, silap-silap apa yang dicanangkan oleh puak-puak Zambry yang mengatakan mereka ada majoriti di dewan memang sahih dan jatuh semula keatas batu jemala Nizar dan Sivakumar. Dewan mesti diserahkan semula kepada speaker Ganesan dan puak-puak Zambry. Adakah Nizar boleh terima? Adakah langkah selamat mereka membubarkan sahaja DUN atau mengadakan semula pilihanraya negeri Perak? Terserah juga kepada titah dan persetujuan Sultan Perak.

Berita terbaru,mahkamah pula setuju menangguhkan keputasan semalam sehingga keputusan rayuan dikeluarkan. Nampak tak? Keputusan mahkamah ini boleh berubah jika ada kepentingan. Kita tunggu dan lihat pula keputusan rayuan ini. Nampak gayanya,Nizar kena keluar balik dari pejabatnya yang baru masuk hari inilah.kahkahkah...memang hindustan betullah politik Perak.

Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur : Mat Nizar MB Perak Yang Masih SAH!

2 orang Hamba Allah yang tiada hala tuju

May 11, 09 3:45pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Sumber : MalaysiaKini

Thursday, May 7, 2009

Bila Dua Speaker Berebut Kuasa!

Ini adalah speaker yang sama kaum dan bangsa yang berebut kuasa

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi diangkut keluar dari Dewan oleh polis.

Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari tempat duduknya kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis.

Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan.

Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar.

Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.

Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan.

Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku.

Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.

Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui.

Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang.

Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.

Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.


Amz CamPro Berkata :

Sampai ke sudahlah berebut kuasa dan harta benda. Yang lain tersenyum gembira. Apa susah,beli soket boleh cucuk 3 plug sekalu,3 speaker boleh pakai...kahkahkah

Tuesday, May 5, 2009

Dah Sampai Masanya Hukuman Muslim Minum Arak DISEBAT!

Pakai tudung kalau masuk mahkamah kan?

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan kes model sambilan dari Singapura yang didakwa meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan tahun lalu, disebut semula pada 20 Julai ini.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Pendakwa Raya Syariah, Saiful Idham Sahimi menyediakan hujah balas selepas meneliti hujah bagi meringankan hukuman yang dikemukakan peguam responden, Mohd Zuki Che Muhamad Ghani .

Terdahulu, Saiful Adham meminta mahkamah memberi masa kepadanya untuk meneliti rayuan yang dikemukakan responden kerana beliau baru menerima salinan rayuan itu, semalam.

Abdul Rahman berkata, tempoh yang diberikan agak panjang itu juga untuk membolehkan pendakwa raya menyediakan hujah balas berhubung kes itu.

Pada 12 Januari lalu, responden, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, didakwa bersama seorang wanita kerana meminum minuman keras di sebuah pub di Jalan Gambut ketika ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), kira-kira jam 1.20 pagi.

Wanita terbabit, Noorazah Baharuddin, 22, dari Selangor mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, Januari lalu.

Hukuman rotan terhadap umat Islam yang meminum minuman keras mendapat perhatian berikutan kes itu adalah yang kedua selepas Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dipinda pada 1987.

Amz CamPro berkata :

Aku memang dah tak sabar-sabar nak tunggu undang-undang supaya siapa yang meminum arak di tangkap dan ada bukti kukuh didakwa dan dijatuhi hukuman SEBAT. Nak tunggu Hudud dijalankan tak taulah bila tapi sekurang-kurangnya,undang-undang berkaitan kemaksiatan ini terus di KERAS kan dan di hukumkan dengan lebih BERAT lagi.

Seperti kisah diatas,seorang muslimah yang berasal dari Singapura katanya didapati bersalah meminum minuman keras di pub di Kuantan. Aku rasa jangan dibagi muka hal begini. Bila bukti dah ada sepatutnya mandotori sahaja hukumannya seperti jenayah dadah (39B) dan Akta senjata api. Guna ISA pun bagus jugak.

Macam mana nak dapat bukti? Aku tengok sekarang manusia bertopengkan agama seperti ini terang-terangan minum arak dan mengambil gambar. Cukup bangga mereka menogok air kencing itu. Tidakkah itu sebagai bukti kalau kita gunakan untuk mendakwa? Kita boleh buat kalau nak buat. Buat hukuman sebat pun dah cukup. Denda mereka mampu bayar tapi bila dah sebat,bebirat gak punggung sorang-sorang.SEkurang-kurang dapat mengingatkan mereka.

Ingatlah,minum arak atau memakan makanan dari sumber haram akan menjadi darah daging dan hanya satu tempat untuk menyucikannya iaitu NERAKA JAHANAM kalau tak sempat bertaubat.

Monday, May 4, 2009

MTV@VC BARU AKAN DATANG : MPire : Peringatan Dari Yang Satu (Amz & Amie Version)

TUNGGUKAN KEMUNCULAN MTV @ VC BARU DARI AMZ & AMIE VERSION YANG DIIRINGI LAGU OLEH BAND MPIRE BERJUDUL PERINGATAN DARI YANG SATU.

Hayati Dulu Lirik Lagu Ini
Peringatan Dari Yang Satu - Mpire


Dari Mana Semua
Masih Lagi Lupa
Kehadiranmu Kedunia
Bukanlah Untuk Suka-suka

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Tak Mungkin Dapat Kau Elakkan
Walau Sembunyi Dikayangan
Cubalah Jalanmu Sendiri
Andai Kau Fikir Kau Yang Berkuasa

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Kehidupan Kau Persiakan
Terimalah Akan Balasan
Tak Kira Siapakah Engkau
Jadi Terbakar Tetap NERAKA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...