Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA JUARA DAN PM ISYTIHAR CUTI UMUM HARI JUMAAT!

Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta
Tahniah untuk pasukan bola sepak negara.Walaupun Malaysia tewas 1-2 tetapi secara agregatnya kita menang 4-2 dan jaringan Safee Sali di Bung Karno tadi benar-benar membuktikan kita memang layak menjuarainya. Dengan itu kemenangan dan kejuaraan sulung ini,mereka membawa pulang 100,000 dolar US dan PM Najib kita telah mengumumkan sesuatu iaitu :
Hari Jumaat bersamaan 31 Disember 2010,telah diisytiharkan cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak negara menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010 ini.
TAHNIAH!

Monday, December 27, 2010

AFF SUZUKI CUP : Pasukan Negara Dalam Keadaan Bahaya di Jakarta!

Kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu bagi menjamin keselamatan pegawai dan pemain pasukan Malaysia tatkala mereka menjejakkan kaki di bumi Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Rabu ini. Ketidakkeruan penyokong dan penduduk Indonesia sejak akhir-akhir ini memang betul-betul menampakkan anti-Malaysia dan mungkin boleh bertindak di luar batasan kemanusian jika langkah berjaga-jaga tidak di ambil.

Dipaparkan di sini tindakan penyokong Indonesia yang berang,mudah mengamuk dan kadang-kadang tak masuk akal. Kejadian ini dikatakan berlaku semasa mereka semua sedang beratur dan menunggu untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir kedua yang semua sedia maklum sistem pengurusan di Indonesia sendiri pun dah memang teruk. memang mengngerikan :



Bayangkanlah jika ini berlaku ketika perlawanan akhir sedang berlaku dimana jika pasukan mereka tewas ditangan Malaysia dan provokasi melampau dari kedua-dua pihak.Fuhh...nyawa mungkin boleh melayang. Keselamatan dan langkah berjaga-jaga memang perlu dijalankan sekarang.Benda memang tak mustahil akan berlaku. Itu belum lagi keselamatan diluar padang,di hotel, perjalanan, latihan dan sebagainya.Hmmm...peringatan perlu dilakukan.Semoga semuanya berada dalam keadaan baik.Amin...

CABARAN YANG MUNGKIN DI LALUI PASUKAN MALAYSIA DI JAKARTA (KLIK SINI)!

Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki Cup : PERINGATAN! Bersedialah Dengan Cabaran Lebih Besar Di Jakarta!!!


Stadium Utama Gelora Bung Karno,terkenal dengan kegerunan pihak lawan bila menjejakkan kaki ke atas padangnya

Tahniah pasukan Malaysia dengan kemenangan moral dan bekalan yang agak baik 3-0 untuk di bawa ke Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta rabu ini bagi perlawanan akhir kedua. Secara peribadi aku,perlawanan tadi adalah permainan terbaik yang pernah Malaysia tunjukan.Dengan barisan tengah dan pertahanan yang begitu dinamik,dibantu dengan serangan yang sentiasa peka dengan hantaran dari tengah dan juga boleh membantu barisan pertahanan bila diperlukan. Mereka harus mengekalkan momentum permainan seperti ini di tempat lawan atau pun sekurang-kurangnya bertahan seperti perlawanan dengan Vietnam minggu lepas.

Walaubagaimanpun,aku percaya,barisan Malaysia akan mendapat tentangan yang hebat bukan sahaja diatas padang malah turut dibantu oleh sekelian manusia yang terlibat dengan perlawanan kedua ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Pasukan Malaysia harus menahan diri dari aspek mental dan psikologi kerana sudah tentu mereka akan melemahkan pasukan muda negara ini dengan perkara-perkara provokasi dan psychologi 'jahat' mereka. Dimsini aku senaraikan semula apakah cabaran yang bakal Malaysia hadapi apabila bertandang ke Jakarta kelak.(Kredit pada harian KOSMO)

Jersi baru kebangsaan di PES. Jersi kuning memang cantik tapi jersi biru memberi keselesaan luar biasa.

Malaysia boleh bersiap sedia bermula selepas perlawanan malam tadi bagi menghadapi cabaran yang tidak dijaga di Jakarta Rabu ini seperti :

  • Tiada kawalan keselamatan untuk penyokong Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno kerana petugasnya memakai pakaian seragam hanya sekadar pemerhati.
  • Jakarta juga terkenal dengan kesesakan lalulintas atau lebih dikenali sebagai macet.Tapi pasti tiada usaha memberi laluan kepada bas pasukan Malaysia.Mereka akan mengharungi macet untuk pergi dan pulang dari latihan.
  • Jika Malayisa memberi 15,000 tiket khas untuk penyokong Indonesia di kedutaannya di Bukit Jalil,berapa puluh keping agaknya PSSI akan berikan kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta?
  • Bas pasukan Malaysia akan dibawa ke suatu tempat sesak dengan penyokong Indonesia untuk dicerca, diherdik atau dicaci.
  • Gelangang latihan yang diberikan macam batas tanam ubi dan jaga-jaga dengan air minuman dan ais,pastikan ia di masak!
  • Jika di Malaysia isu laser menjadi perdebatan,di Indonesia suasana bingit denagn vuvuzelas mini dibunyikan sehingga pemain tidak dapat mendengar sesama sendiri.
  • Negaraku bukan sahaja tenggelam dengan kebingitan dan kebisingan lebih 90,000 penyokong fanatik Indonesia malah lagu Negaraku tidak dihormati dan akan dicaci dan dihina dengan lantang! (seperti perlawanan pertama di Jakarta yang berkesudahan kita kalah 5-1)
  • Tiada kawalan keselamatan di hotel rasmi dan jangan terkejut jika pemain Indonesia sendiri terpaksa menggunakan laluan kakitangan hotel untuk ke tempat makanbagi mengelak gangguan.Hati-hati dengan penyokong sama ada mereka berniat baik atau jahat.
  • Dari hotel rasmi ke Stadium Utama jaraknya cukup dekat,tetapi ia akan mengambil masa hampir setengah jam untuk memasuki stadium. Bas akan ditendang, dipukul dan suasananya menakutkan pemain-pemain muda ini.
Itulah serba sedikit cabaran dan peringatan terbuka dari AmzCampro untuk semua pemain muda negara dan pegawai-pegawainya apabila berkunjung semula ke Jakarta Rabu ini. Jika semua cabaran ini dapat diatasi,mutu permaianan terus di jaga disamping doa yang tidak putus-putus,tidak mustahil Malaysia mengecapi kejuaraan ini di tempat lawan yang mungkin betul-betul akan memberi kesan menyakitkan selama-lamanya bagi penyokong fanatik Indonesia.

Friday, December 24, 2010

KEPADA PENJUAL TIKET HARAM AFF SUZUKI CUP FINAL DI STADIUM BUKIT JALIL KEPADA PENYOKONG INDONESIA : ANDA ADALAH PETUALANG NEGARA!!!


Berharga RM50 dan RM30,menjadi rebutan 2 negara


Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai tajuk diatas,kita kena tahu dulu,apakah maksud PETUALANG? Disni maksudnya :

Kamus Dewan (2005) mencatatkan maksud 'petualang' ialah (1) orang yang bertualang, orang gelandangan, pengembara; (2) orang melakukan sesuatu dengan nekad (curang dll) untuk kepentingannya sendiri; (3) orang yang suka melakukan perkara-perkara yang sukar atau berbahaya untuk pengalaman.

Kita ambil maksud No. 2.Kenapa? memang kita tahu benda ini nampak remeh tapi sebenarnya memberi kesan yang agak mendalam secara tersiratnya. Kecoh dikatakan,ada sebilangan rakyat kita ini membeli tiket perlawanan akhir ini secara pukal dan kemudian menjulanya semula kepada penyokong-penyokong Indonesia yang sedia kita tahu fanatiknya dan kuatnya semangat kenegaraannya.Kamu memang bijak mencari wang lebih kerana kamu tahu,mereka sanggup mebelinya walaupun harganya lebih mahal dari yang asal tetapi sedarkah kamu bahawa kamu akan memberi kesan kurang baik kelak apabila perlawanan akhir berlansung.

Jangan salahkan FAM,jangan salahkan orang lain tapi salahkan diri kita sendiri jika perlawanan itu kelak akan di banjiri lautan merah di stadium milik kita sendiri. 2,000,000 penduduk Indonesia di Malaysia tidak teragak-agak untuk memenuhkan stadium itu jika kita tidak mengambil peluang menyokong pasukan negara sendiri dan lebih mengecewakan,ada petualang yang menujal tiket mereka kepada penyokong lawan.Entahlah,tak tau nak cakap macam mana nanti,Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.Diharapkan ini semuanya khabar angin sahaja dan Stadium nasional Bukit Jalil tetap dipenuhi dengan lautan kuning dan biru,warna rasmi jersi negara!

Wednesday, December 22, 2010

AFF SUZUKI CUP : Apabila Skuad Bola Sepak Indonesia Dijanjikan Habuan RM900,000 Jika Juara!

Aku agak tersentak dengan berita yang aku dapat tahu bahawa skuad bola sepak Indonesia dijanjikan RM900,000 jika menjuari Piala Suzuki AFF ini kelak. Kalau betul seperti yang di katakan, skuad negara kita akan menerima 'tekanan' lain dari Indonesia kerana mereka akan ermain bermati-matian bukan sahaja kerana ingin menjaga maruah negaranya malah ingin mendapat habuan yang setimpal...!




Dua hari lepas timbul isu dimana ada masyarakat dan rakyat yang perihatin menubuhkan tabung bagi mengumpul hadiah berupa wang tunai kepada skuad negara jika menjuarai piala ini yang tak silap aku lebih kurang RM4000 seorang di tambah dengan RM5000 dari kementerian. Maka,lebih kurang RM9000 seorang akan dapat. Itu pun dah macam-macam spekulasi dibuat sehinggakan kadang-kadang tak masuk akal dibuatnya.Mana taknya,mereka mengatakan pemain-pemain ini tidak boleh di'manjakan' dengan wang ringgit tetapi mereka harus memikul maruah dengan seikhlas hati.

Mana mungkin! Mereka berhak mendapat habuan jika mereka menjuarainya.Zaman ini habuan atau hadiah sebegini sebenarnya mampu menaikkan semangat pada mereka.Kita bukan lagi zaman bola sepak ketika era Arwah Mokhtar Dahari dan rakan-rakan yang bermain tidak mengejar habuan.Jika benar begitu,sukan bukan sesuatu yang boleh menjamin kehidupan seseorang tetapi tidak dinegara luar. Mereka kaya dengan sukan.Disamping mengharumkan nama negara.Aku harap mereka mampu buktikan sesuatu untuk edisi kali ini. Biar rakyat menentukan apakah habuan yang akan mereka terima nanti.

Sunday, December 19, 2010

AFF SUZUKI CUP : Akhirnya Malaysia Layak ke Final Dengan Falsafah Bola Sepak Itali! Tahniah...

Peduli apa orang nak kata,yang penting keputusan separuh akhir membawa Malaysia ke perlawanan akhir. Memang betul permainan Malaysia semalam indah khabar dari rupa tetapi Vietnam seharusnya menggunakan kesempatan yang ada di tempat sendiri. Kecekapan penjaga gol negara Khairul Fahmi memainkan watak penting dalam perlawanan semalam disampin kekentalan pertahanan negara menahan asakan lawan.

Malaysia akan bertemu samada Indonesia atau Filipina malam ini dan jika Indonesia gagal menggunakan kesempatan bermain dilaman sendiri sebanyak 2 kali dek kerana Filipina yang tiada stadium sesuai,Filipina akan bertemu Malaysia dan kita akan memperolehi kelebihan kerana dapat bermain 2 kali di tempat sendiri sekali gus JUARA buat kali pertama sejak 1996. Kita tunggu dan lihat dan jangan lupa penuhkan stadium bukit jalil nanti :

MALAYSIA VS INDONESIA/FILIPINA
Stadium Nasional Bukit Jalil
Ahad,26 Disember 2010
8:30 malam
(1st leg final)

Tuesday, December 7, 2010

UPDATE! AFF Suzuki Cup : Malaysia Layak ke Separuh Akhir Bertemu Vietnam



Alhamdulillah...Malaysia layak ke separuh akhir dengan kemenangan 5-1 ke atas Laos dan kemenangan Indonesia ke atas Thailand 2-1...Nampaknya tuah jersey BIRU mesti di teruskan...hehehe...

Separuh akhir secara timbal balik dan Malaysia akan menjadi tuan rumah dulu seperti berikut :

MALAYSIA vs VIETNAM
Stadium Nasional Bukit Jalil
15 Disember 2010
8:30 malam
Jersi mesti BIRU!

Sunday, December 5, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 : Adakah Tuah Jersey Malaysia Sebenarnya Penyumbang Kegarangan?

Jersey baru skuad kebangsaan Malaysia (crdt lowyet.net)

Skuad Malaysia memulakan kempen piala AFF Suzuki di Indonesia dengan kekalahan yang agak mengecewakan di tangan tuan rumah Indonesia 1-5. Itu belum lagi sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat di negara terbabit yang jelas-jelas masih melaungkan semangat 'Ganyang Malaysia' dan 'Malingsia' ketika Negaraku di nyanyikan. Itu bukan isu kerana isu sekarang adalah :

Betulkah jersey yang di pakai Malaysia ini sebenarnya menunjukkan tuah kepada permainan dan sekaligus memberikan keputusan yang lebih memberansangkan?

Aku belum mampu mengeluarkan kajian dengan lebih terperinci dengan memberikan statistik keputusan bola sepak Malaysia apabila mengenakan jersey no 1 iaitu yang berwarna kuning hitam dengan jersey no 2 iaitu berwarna biru. Walaubagaimanapun, aku masih mampu mengingat dan mampu untuk memberikan kesimpulan bahawa kebanyakkan keputusan memberansangkan pasukan bola sepak kita adalah dengan mengenakan jersey berwarna BIRU! paling terdekat,kejohanan Sukan SEA yang menjulangkan pingat emas adalah dengan berjersey BIRU! Adakah ini suratan atau kebetulan?

Bila pasukan negara mengenakan jersey berwarna KUNING seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Adakah kerana berat atau gahnya warna kuning itu sehingga tidak mampu di realisasikan dengan baik di padang perlawanan? Satu kajian harus dilakukan. Ini perlu kerana adakah dari segi psikologi pemain atau semangat pemain itu lebih kuat dengan jersey berwarna BIRU? Kita lihat sahaja keputusan Malaysia ketika melawan Indonesia kelmarin,Permainan Malaysia seolah-olah tidak bermaya dengan jersey baru KUNING itu walhal ia sepatutnya memberikan lebih semangat kepada mereka.

Tetapi dengan keputusan Malaysia mampu mengikat Thailand dengan keputusan seri dan kalau kena dengan gaya mereka mampu menang perlawanan itu, Malaysia menggunakan jersey berwarna BIRU! Tampak permainan Malaysia lebih yakin dan teratur.Hmmm...sungguh kebetulan bukan? Kesimpulannya,Malaysia masih berpeluang ke pusingan separuh akhir jika menang dengan Laos dan Indonesia terus dengan sikap profesionalnya mengalahkan Thailand walaupun telah layak dan lebih penting, Malaysia harus turun dengan jersey berwarna BIRU! heheh...kita tunggu dan lihat...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...