Stadium Utama Gelora Bung Karno,terkenal dengan kegerunan pihak lawan bila menjejakkan kaki ke atas padangnya
Tahniah pasukan Malaysia dengan kemenangan moral dan bekalan yang agak baik 3-0 untuk di bawa ke Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta rabu ini bagi perlawanan akhir kedua. Secara peribadi aku,perlawanan tadi adalah permainan terbaik yang pernah Malaysia tunjukan.Dengan barisan tengah dan pertahanan yang begitu dinamik,dibantu dengan serangan yang sentiasa peka dengan hantaran dari tengah dan juga boleh membantu barisan pertahanan bila diperlukan. Mereka harus mengekalkan momentum permainan seperti ini di tempat lawan atau pun sekurang-kurangnya bertahan seperti perlawanan dengan Vietnam minggu lepas.
Walaubagaimanpun,aku percaya,barisan Malaysia akan mendapat tentangan yang hebat bukan sahaja diatas padang malah turut dibantu oleh sekelian manusia yang terlibat dengan perlawanan kedua ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Pasukan Malaysia harus menahan diri dari aspek mental dan psikologi kerana sudah tentu mereka akan melemahkan pasukan muda negara ini dengan perkara-perkara provokasi dan psychologi 'jahat' mereka. Dimsini aku senaraikan semula apakah cabaran yang bakal Malaysia hadapi apabila bertandang ke Jakarta kelak.(Kredit pada harian KOSMO)
Jersi baru kebangsaan di PES. Jersi kuning memang cantik tapi jersi biru memberi keselesaan luar biasa.
Malaysia boleh bersiap sedia bermula selepas perlawanan malam tadi bagi menghadapi cabaran yang tidak dijaga di Jakarta Rabu ini seperti :
- Tiada kawalan keselamatan untuk penyokong Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno kerana petugasnya memakai pakaian seragam hanya sekadar pemerhati.
- Jakarta juga terkenal dengan kesesakan lalulintas atau lebih dikenali sebagai macet.Tapi pasti tiada usaha memberi laluan kepada bas pasukan Malaysia.Mereka akan mengharungi macet untuk pergi dan pulang dari latihan.
- Jika Malayisa memberi 15,000 tiket khas untuk penyokong Indonesia di kedutaannya di Bukit Jalil,berapa puluh keping agaknya PSSI akan berikan kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta?
- Bas pasukan Malaysia akan dibawa ke suatu tempat sesak dengan penyokong Indonesia untuk dicerca, diherdik atau dicaci.
- Gelangang latihan yang diberikan macam batas tanam ubi dan jaga-jaga dengan air minuman dan ais,pastikan ia di masak!
- Jika di Malaysia isu laser menjadi perdebatan,di Indonesia suasana bingit denagn vuvuzelas mini dibunyikan sehingga pemain tidak dapat mendengar sesama sendiri.
- Negaraku bukan sahaja tenggelam dengan kebingitan dan kebisingan lebih 90,000 penyokong fanatik Indonesia malah lagu Negaraku tidak dihormati dan akan dicaci dan dihina dengan lantang! (seperti perlawanan pertama di Jakarta yang berkesudahan kita kalah 5-1)
- Tiada kawalan keselamatan di hotel rasmi dan jangan terkejut jika pemain Indonesia sendiri terpaksa menggunakan laluan kakitangan hotel untuk ke tempat makanbagi mengelak gangguan.Hati-hati dengan penyokong sama ada mereka berniat baik atau jahat.
- Dari hotel rasmi ke Stadium Utama jaraknya cukup dekat,tetapi ia akan mengambil masa hampir setengah jam untuk memasuki stadium. Bas akan ditendang, dipukul dan suasananya menakutkan pemain-pemain muda ini.
1 comment:
klu mcm tu kte main di stadium bung mokhtar lg baik...hihi
Post a Comment