Baru-baru ini, kita dikejutkan dengar tersebarnya video yang dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelancong tentang ikan duyung yang mendarat di atas batu. Boleh lihat DISINI. Pakar mengatakan video itu sahih dan tiada editing dilakukan. Ini betul-betul menjadi misteri dan masih belum terjawab. Terbaru pula, kecoh di England di mana orang ramai berjaya menangkap seekor naga a.k.a dragon sedang terbang di ruang angkasa England. Dari pengamatan pergerakan naga itu, ia seolah-olah 'benar' dan 'real'. Kesahihannya, hanya Allah sahaja yang tahu. KIta cuba nilaikan. Lihat video di bawah :
Tuesday, October 22, 2013
Friday, October 18, 2013
Ranking Malaysia Terbaru FIFA Oktober 2013
Ranking terbaru bulan Oktober 2013 telah keluar dan kalau ikutkan sedikit lambat dari biasa kerana mungkin isu update point yang agak kerap telah berlaku sepanjang bulan September dan awal Oktober lalu ekoran banyak perlawanan persahabatan berstatus A, kejohanan diiktiraf FIFA dan kempen kelayakan Piala Dunia, Piala Asia dan sebagainya.
Ranking Malaysia? Tak banyak perubahan tetapi sekurang-kurangnya tidak
turun. Malaysia naik satu anak tangga ke 160 dunia. Boleh refer dari
snapshot di bawah :
Kedudukan dalam ranking dunia - 160 |
Dalam ranking keseluruhan Asia pula, kita berada di tangga ke-31. Bagi aku kite perlukan banyak lagi perlawanan kompetatif dan peluang dalam mengharungi sesi kelayakan Piala Asia sepatutnya dih=gunakan perluang untuk menaikkan lagi ranking Malaysia ini. Aku yakin, bika ranking baru bulan November 2013 keluar nanti, kita mungkin jatuh semula jika kita tak buat sesuatu sepanjang kempen kelayakan Piala Asia ini kelak.
Kedudukan dalam ranking Asia - 31 |
Thursday, October 17, 2013
[Video] Mari Saksikan Perempuan 'Pisau Cukur' aka 'Kaki Kikis' Kena Prank!
Bukan main lagi perempuan ini mula2nya. Bila di ajak dating nak mintak no telefon, tidak dilayannya. Tengok macam baik lah sangat...heheh...tapi setelah di ulang permintaan kali kedua untuk ajak keluar dengan gaya mamat ni di kereta Lamborghini nye, tetiba bertukar perwatakan jadi baik dan setuju untuk dating,last2 kena ats muka sendiri,kahkahkah...saksikan...
Saturday, October 12, 2013
[Video] Kejadian Kena Kad Merah Paling Pantas Di Dunia?
Kejadian berlaku di Liga Divisyen 2 di Greek. Dikatakan pemain ini baru masuk menggantikan rakannya dan tak sampai beberapa saat baru bermain,die dikenakan kad merah atas kesalahan mengasari pihak lawan yang pandai berlakon. Logiknya, tak kasar mane pun, kasar lagi Indra Putra 'tak sengaja tertumbuk' Mat Yo mase suku akhir Piala Malaysia dulu, kahkahkah...tapi itulah ceritanya,kalau player pandai berlakon dan referee buta, macam-macam boleh jadi,kahkahkah...
Artikel asal :
Ivorian striker Serge Djiehoua entered the Greek Football League
match between Glyfada and Olympiacos Volou in the 83rd minute.
Olympiacos were already up 3-1 on Djiehoua's Glyfada, but on Djiehoua's
very first touch after the restart, the referee blew his whistle and
pulled out a red card.
Djiehoua was so stunned by his punishment for an innocuous bit of
contact between him and an opponent that all he could do was look around
with a big open mouthed grin in complete disbelief that his appearance
was over just as soon as it began. There was no changing the referee's mind though, so Djiehoua walked
of the pitch laughing hysterically before kissing his Ivory Coast
wristband and pointing to the sky. And that was Serge Djiehoua's day.
Friday, October 11, 2013
[Gambar & Video] Ribut Dan Banjir Di Arafah 10 Oktober 2013
Suasana ribut di perkhemanah Malaysia |
Hujan dan ribut yang melanda kawasan sekitar Arafah, petang semalam
hingga mengakibatkan beberapa khemah untuk jemaah haji Malaysia runtuh,
tidak menjejaskan persiapan Tabung Haji dalam menguruskan jemaah bagi
menunaikan ibadat wukuf bermula Isnin minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, kebanyakan khemah yang runtuh itu adalah yang belum siap
dipasang dan belum diikat sepenuhnya.
“Hujan dan banjir menjelang musim haji sudah jadi macam kes tahunan kerana di Arab Saudi apabila hampir musim haji, jemaah masjid di Masjidil Haram dan Nabawi akan mengadakan solat hajat memohon hujan.
“Berdasarkan pengalaman yang lalu apabila hampir musim haji,
berlakunya hujan dan insya-Allah, hujan ini tidak menjadi satu fenomena
besar kerana khemah ini belum siap dipasang sepenuhnya,” katanya ketika
mengadakan lawatan ke pusat operasi Tabung Haji dan bertemu dengan
jemaah haji Malaysia yang menetap di Abraj Al-Janadiriyah, di sini,
semalam.
Beliau berkata, pengurusan Tabung Haji sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan persiapan untuk khemah itu akan diuruskan pihak muassasah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan perkara berkenaan.
Banjir berlaku sekitar Arafah |
Katanya, semua khemah yang
mengalami kerosakan sudah dibaiki, semalam dan cuaca juga dilaporkan
kembali panas, sekali gus akan mengeringkan khemah dan permaidani yang
basah.
Kawasan Arafah mengalami hujan lebat kira-kira jam 3.30 petang
(waktu tempatan) kelmarin dan kira-kira 30 peratus khemah jemaah
Malaysia terjejas akibat angin kencang.
Dalam pada itu, Jamil Khir turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Arab Saudi menghalang jemaah haji daripada memasuki Tanah Suci ekoran cuaca buruk dan banjir yang berlaku di Arafah. Katanya, semua jemaah haji Malaysia sudah memasuki Makkah dan tiada seorangpun jemaah yang datang menerusi Tabung Haji menghadapi sebarang masalah.
“Ada berita yang saya dengar, terdapat jemaah daripada syarikat atau ejen swasta yang tidak diiktiraf dan tidak berdaftar dengan Tabung Haji kini menghadapi masalah visa haji dan mereka tersangkut di lapangan terbang di ibu negara,” katanya.
Sumber : Harian Metro
[Video] Detik-detik Keruntuhan Kompleks C-MART,Jitra,Kedah
Runtuhnya sebuah bangunan,dah macam kat negara India dah kita ni,pah runtuh,runtuh...kahkahkah |
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian sebuah bangunan yang menempatkan pusat membeli belah runtuh secara tiba-tiba dan hasil daripada siasatan mengatakan bangunan ini belum lagi mempunyai CF iaitu sijil kelayakan menduduki.Ini lah masalah di Malaysia, bila kejadian dah berlaku baru sedar takde CF lah, itu lah ini lah...
Nak mohon CF pulak macam-macam hal,sampai dah jadi budaya hulur menghulur agak2nya. Bila kejadian atau tragedi dah berlaku,mase tulah masing2 tunjuk terer konon2nya die tahu semua. Siasat macam nak rak tapi kenapa mase mula2 buat bangunan taknak buat kije macam nak rak juga? Sendiri mau ingat. Layankan detik-detik ngeri ini,bayangkan kalau ade manusia dalamnya...Paling koman pun,ade yang cedera parah...
Thursday, October 10, 2013
[Gambar 18SG] Di Kisar Lori Pembancuh Simen
Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar
mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki
lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya.Baru Batu 3 di
sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya. Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam
tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh
berkenaan berputar.
Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.
Wednesday, October 9, 2013
[Gambar] Predator Wujud Di Malaysia?
Watak predator dalam filem Predator |
Aksi Predator dengan motosikalnya di KL |
“Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”.
Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.
Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.
“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/PREDATORRM85_000//Article?HarianMetro#sthash.TFey18qj.dpuf
Suit ini dikatakan berharga RM85,000 dan apa yang aku tahu,helmet nya memang ada dijual dan dah glamer lame dah di luar negara cuma jarang di pakai di Malaysia dan doktor ini orang pertama yang memakainya secara lengkap di public sehingga di gelarkan Predator Malaysia,hahaha...smart2...cuma kalau takde motor besar tak cun lah,takkan naik skoter atau EX5 jer,kahkahkah...
Sumber : Harian Metro
Tuesday, October 8, 2013
Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) Akan Berwajah Baru Dan Senarai Pemain Musim 2014
Tamatlah sudah perjuangan pasukan Johor Darul Takzim dalam kancah bolasepak Malaysia usim 2013 ini. Dengan pembaharuan dan transformasi yang mendadak dibawakan oleh Presiden PBNJ iaitu Tengku Mahkota Johor sendiri (TMJ),pencapaian tahun ini boleh dibanggakan. Terlalu banyak perubahan yang dibawakan TMJ ini. Aku mula dengar berita transformasi pasukan Johor ini dari ayah aku tentang pengambil alihan TMJ dalam PBNJ yang aku sifatkan ia adalah satu yang diluar jangkaan. Janji TMJ pada mantan PBNJ dahulu betul-betul mengujakan. Nak dijadikan cerita,ketika itu ayah aku berada di tempat kejadian ketika TMJ menyuarakan hasratnya ingin memegang tampok pemerintahan PBNJ.
Ia dimulakan dengan janji dari pihak penajaan yang mencecah jutaan ringgit jika TMJ memegang PBNJ dan sekaligus meletakkan pasukan bola sepak ini menjadi sesuatu yang di tunggu-tunggu. Perubahan pertama adalah dengan sistem pemerintahan dan pengurusan dalam PBNJ sendiri. Ini diikuti dengan pertukaran nama Johor FC kepada Johor Darul Takzim (rebranding semula). Pemilihan dan pembelian pemain yang aku rasa mula mencetuskan fenomena dan kemarahan pasukan lain walhal ia dijalankan secara profesional dan seterusnya wajah stadium larkin yang mula berubah.
Stadium yang dahulunya usang semakin ceria |
Pencapaian tahun ini termasuk pemain yang berstatus bintang yang dimulai dengan Daniel Guiza dan Del Nero betul-betul mencetuskan fenomena. Dunia mula mengenal apakah itu bola sepak di Malaysia walaupun hakikatnya pasukan kebangsaan kita suam-suam kuku. Kesimpulan pencapaian yang dibawa pada tahun ini adalah :
- Liga Malaysia : Tempat Ketiga dibelakang LionsIIX dan Selangor
- Piala FA : Perlawanan akhir tetapi ditewas di tangan Kelantan 0-1
- Piala Malaysia : Suku Akhir ( Pasukan 8 terbaik)
Adakah bintang import dan ketua jurulatih baru ini akan membuahkan hasil? Kita tunggu... |
Cta-cita pengurusan TMJ cukup tinggi. Bukan hanya sekadar liga domestik sahaja malah TMJ mahu pasukan ini menyinar dalam Piala AFC dan sekaligus meningkatkan taraf pasukan kelab Malaysia yang mampu layak ke peringkat lebih tinggi iaitu pada Liga Juara-juara Asia (Asia Champions League). Ini sekaligus dapat membuka mata pasukan dari seluruh dunia mengenal pasukan Malaysia dan pemain import berkualiti akan berminat bermain disini dan meningkatkan kuasa tajaan dari syarikat-syaraikat berstatus lebih besar.
Pablo Aimar memilih ke JDT setelah Al-Ahly gagal memancingnya |
Selepas tamat Piala Malysia 2013, rombakan besar-besaran telah dilakukan oleh TMJ. Stadium dikatakan akan dinaiktaraf kapasiti penontonnya kepada maksimum 15,000 menjadi jumlah keseluruhan tempat duduk kepada 55,000. Pemilihan ketua jurulatih yang lebih berkaliber dan pemain-pemain terbaik di seluruh pelusuk negara mula dipancing. Aku ringkaskan senarai skuad JDT musim 2014 yang dijangkakan akan berlaku berdasarkan sumber-sumber terbaik dan rumours yang mungkin ada kesahihannya :
Ketua jurulatih = Cesar Ferrando Giminez (Valencia)
Penolong Jurulatih = Azmi Mohamed
Pemain yang dijangka kekal dari musim 2013
Muhammad Al-Hafiz Hamzah
Mohd Izuan Jarudin (naik pangkat dr Johor)
Mohd Izuan Jarudin (naik pangkat dr Johor)
Nurul Azwan Roya
Norshahrul Idlan Talaha
Jasazrin Jamaluddin
Mohd Akram Mahinan
Mohd Hadin Azman
Aidil Zafuan Abd Radzak
Safiq Rahim
Pemain baru yang dijangka masuk untuk musim 2014
Pablo Aimar (Argentina)
Braulio Rodriguez (Sepanyol)
Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Mahali Jasuli (Selangor)
Mohd Asaruddin Putra Omar (Selangor)
Norazlan Razali (Selangor)
Hariss Harun (LionsXII)
Fadhli Shas (Harimau Muda A)
Irfan Farzail (Harimau Muda A)
Azizi Matt Rose (Kelantan)
Azizi Matt Rose (Kelantan)
S. Subramaniam (Kelantan)
Nazrin Nawi (N.Sembilan)
Daudsu Jamaluddin (Kelantan)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Mohd Farhan Mohamad (Kelantan)
Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Mohd Farhan Mohamad (Kelantan)
Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda)
Pemain yang dijangka gugur atau berpindah ke pasukan lain
Safee Sali
Mohd Farid Ramli
Ahmad Tharmimi Saiban
Tuah Iskandar (ke Perak)
Irfan Abd Ghani
Muslim Ahmad (ke PDRM)
K.Thanaraj
Nazri Ahmad (ke Selangor)
Nazri Ahmad (ke Selangor)
Apa-apapun,jadikan kebangkita JDT ini sebagai saingan sehat anatar bola sepak di Malaysia ini. Profesional kan diri kita,semarakkan lagi liga kita musim hadapan.
Bagaimana Pensyarah Kejuruteraan Ingin Mendapat Status IR. (Jurutera Profesional)
Di sini aku nak share serba sedikit hasil dari perkongsian ilmu aku bersama Chairman IEM Cawangan Pahang iaitu Tuan Haji Ir. Ahmad Kamal Kunji baru-baru ini. Itu pun kebetulan selepas jemputan dari pihak IEM sendiri untuk memberi bantuan dari aspek perlaksanaan program inovasi untuk UMP. Di pendekkan cerita, selepas sesi pertemuan tersebut, tuan chairman telah berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan bagaimana hendak menjadi jurutera profesional (IR) spesifik untuk kes dari kalangan pensyarah kejuruteraan.
Bukan ape, kita biasa dengar,orang yang nak amik IR ni kebanyakkannya berkhidmat sebagai jurutera dan betul dalam bidang masing-masing. So mereka seolah-oleh lebih mudah untuk ke arah jurutera profesional kerana lebih banyak terlibat pada site dan mempraktikkan ilmu kejuruteraan dalam pekerjaan hakikinya. Tapi bagaimana pula tenaga akademik, pensyarah atau tenaga pengajar yang mempunyai kelayakkan kejuruteraan tapi tak mempraktikkannya secara hakiki?
Di sini saya nak share serba sedikit ilmu dan makluman yang boleh melegakan mereka-mereka yang berminat nak buat IR. Semua syaratnya adalah seperti berikut :
- Syarat pertama mesti ade Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang masing-masing. Yang penting dari universiti yang diiktiraf oleh EAC (Engineering Acreditation Council) dan BEM (Boards of Engineers (BEM). Kat sini aku rase,semua orang takde masalah (untuk pensyarah atau tenaga pengajar kejuruteraan lah kan?)
- Minimum 5 tahun pengalaman mengajar/site supervisor/merekabentuk. Pengalaman mesti dalam bidang kejuruteraan masing-masing.
- Pengalaman mengajar pelajar ijazah sarjana muda sekurang-kurangnya (ajar diploma tak layak lagi,huhuhu). Mengajar pula untuk 2 tahun terakhir pengajian. Maksudnya, mengajar untuk 2 tahun pertama pengajian tak di kira. Pengalaman mengajar pula, minimum 1 tahun dan ditambah dengan....
- 3 tahun pengalaman yang melibatkan full time post graduate study iaitu tempoh kite sambung belajar master atau PhD turut di kira. Menjalankan kajian untuk level ijazah tertinggi seperti master dan PhD dan kajian sepanjang menjadi seorang pensyarah. Setiap perkara tersebut, ade masa dan tempohnya, maksudnya ia di kira sebagai pengalaman dalam 3 tahun tersebut.
Oleh itu,kepada mereka-mereka terutamasekali tenaga pengajar akademik kejuruteraan,anda berpeluang untuk meneruskan cita-cita mendapatkan IR. dan laluannya terbuka luas dan boleh di fleksibelkan mengikut keadaan masing-masing. Apa-apa pun,ia masih tertakluk kepada boards. Tapi jangan lupa profesional interview dan kehadiran dalam modul-modul ditetapkan masih perlu di patuhi. Untuk maklumat lanjut,kita boleh menjemput pihak IEM menerusi branch masing-masing untuk menjemput pihak-pihak yang lebih arif dalam IEM untuk memberikan talk dan sesi soal jawab berkenaan hal ini dengan lebih lanjut.
Friday, October 4, 2013
[Gambar] Maut Terpegang Kabel Hidup
Sandakan: Seorang pengutip besi buruk mati apabila terkena renjatan
elektrik ketika cuba mengambil kabel yang disangka terbuang di Kawasan
Perindustrian Ringan SEDCO, Batu 3 1/2, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an dan belum
dikenal pasti identiti mati selepas kabel dipegangnya itu mengandungi
arus elektrik dipercayai digunakan individu yang melakukan sambungan
haram.
Mayat mangsa ditemui pekerja kilang di kawasan itu dalam keadaan tangannya masih memegang kabel elektrik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Wednesday, October 2, 2013
Punca Keracunan Makanan Di Kampung Huma,Tanjung Dawai,Kedah
Virus Salmonella dalam makanan |
Kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati dimana akibat daripada keracunan makanan, 4 orang terbunuh termasuk terbaru yang meninggal dunia semalam selepas menikmati juadah kenduri kahwin di Tanjung Dawai,Kedah Ahad lalu. Kita biasa dengar kes keracunan makanan cuma jarang dengar sehinggat membawa maut. Semoga keluarga2 mangsa redha dan kuatkan semangat atas apa yang berlaku. Punca masih disiasat secara teliti tapi atas siasatan awal, virus Salmonella dikatakan punca kepada keracunan ini. Berikut adalah artikel berkenaan :
Menurut laporan, hasil daripada kajian yang dilakukan, punca keracunan makanan adalah disebabkan oleh “Bakteria salmonella” yang dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah Difahamkan masakan juadah di kenduri kahwin itu disediakan secara gotong-royong.
Bakteria Salmonella |
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat yang kenyataan
beliau disiarkan media berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam
yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai
Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Simptom apabila terkena virus ini |
Jelasnya lagi, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan
mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok
digunakan untuk memasak
"Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik, katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam"
Selain itu, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh
menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup
tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan
"Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella, katanya"
Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan
mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam
selepas makan Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam
badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat
menerima rawatan.Sementara itu, orang ramai yang menikmati juadah makanan di majlis
kenduri terbabit diminta supaya membuat pemeriksaan segera bagi
memastikan tahap kesihatan mereka.
Sumber : www.mysumber.com
Tuesday, October 1, 2013
[Video] Antara Free Kick Terpelik Di Dunia
Banyak sebenarnya free kick yang pelik kat dunia ni. Yang terbaik pun banyak,yang lawak pun ade. Dan yang terbaru adelah free kick seperti video dibawah. Ulasannya seperti berikut :
With the score even at 1-1 in the 41st minute, Utrecht's Jens
Toornstra lined up a free kick against Roda. He curled his shot towards
the far post, but Roda keeper Filip Kurto was so convinced that it would
go wide that he stopped himself from reaching out for the ball on his
jump.
The ball curved more than he thought it would, though, ricocheting
off the post then hitting Kurto in the back of the head and going in
for a goal. A confused looking Kurto was credited with an own goal and Utrecht
took a 2-1 lead into halftime. The match would end 3-3 with Toornstra
getting the equalizer for himself in the 86th minute.
Subscribe to:
Posts (Atom)