Tuesday, November 3, 2009

Bila JAIS Merasakan Selangor Dah Bersih Dari Maksiat!

Bandingkan gambar ini,seorang yang penah diberi kepercayaan cuba menyedarkan sesetengah makhluk yang tak tau spesis apa.

Terasa terpanggil nak mengulas isu penahanan bekas Mufti Perlis yang bagi ceramah disebuah rumah banglo baru-baru ini. Terasa sangat Jabatan Agama tak kralah negeri mana pun sudah takde kerja lagi nak di buat. Kerajaan yang melaungkan agama Islam kononnya agama rasmi seolah-olah topeng sahaja.Kenapa aku cakap macam tu? Aku sedih dan rasa terharu dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Islamnya aku rasa hanya tinggal nama. Jangan cita pasal VVVIP,VVIP atai VIP yang sudah terang-terangan hanyut dengan dunia laknat Allah,ini kan lagi rakyat jelata yang entahlah,aku rase bila-bila masa sahaja Malaysia ini ditelan bumi atau di timpa malapetaka. Aku pointkan sahaja kesedihan yang aku nampak sekarang ini :

  • Kewujudan pusat-pusat maksiat semakin meningkat,tak kiralah SPA ke,club ke,atau apa sahaja.Yang penting ahlinya orang melayu yang dikatakan Islam. Clubbing adalah satu umrah bagi mereka. Bayangkan malam raya pun celebrate di club dan minum air kencing syaitan??? Itu belum lagi menyambut hari-hari yang terkenal oleh agama lain?
  • Artis-artis Malaysia aku golongkan sebagai dajal-dajal kecil yang aku rasa penyumbang kepada tanda kiamat dan malapetaka kepada negara ini kelak. Tak kiralah penganjur,penerbit atau pasa saja. Institusi keluarga runtuh dek kerana hiburan yang melampau.
Gambar ini pula makhluk yang entahlah tak tau nak cakap apa tapi mana yang menahannya?
  • “Wanita yang pakai seluar, pusat keluar, kenapa kita tak ambil tindakan,” kata Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang kehairanan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Kemanakah pihak berkuasa? Dah takde kuasa kah melawan semua ini? Pemimpin hanya duduk diam dan mersakan mereka terbaik? Menentang jelas-jelas hukuman ditetapkan Allah seperti kes model dihukum sebat walaupun x sampai 80 sebatan? Kalau betul nak jalankan hukuman sebat,jangan rakyat sahaja jadi eksperimennya. Banyak lagi yang jelas dan nyata meminum arak melakukan kan maksiat dan ditayangkan di laman-laman sosial? Bukankah itu bukti mendakwa mereka? Adakah kerana mereka VVVIP? VVIP atau VIP?
  • Penahanan orang agama seperti bekas Mufti Perlis tak masuk akal! Kenapa tak tahan parti-parti liar,parti-parti seks dan hidangannya jelas bertentangan? Adakah kerana mereka beralasan untuk berhibur tapi tidak menyesatkan orang berbeza dengan ceramah yang jauh lebih menyedarkan manusia kalau ia betul-betul dijalan yang benar dan niat kerana Allah?
Ini semua semakin lama semakin menyedarkan kita. Negara ini sebenarnya penuh dengan gejala kurang sihat. Bagaimana nak mendapatkan rakyat yang baik jika PEMIMPINnya sendiri terpesong dan hanyut dengan duniawi? Tak kiralah darah kuning,hijau atau biru. Yang penting darah kita sama merah dan kita akan kembaili kepadanya tak kiralah engkau golongan apa pun.

APA,KO INGAT KO GOLONGAN VIP KO MATI DIKAFANKAN DENGAN KAIN SONGKET DAN DITANAM DENGAN BERHALA-BERHALA BERGERAK? TUNGGU SAHAJA SOALAN DARI MUNGKAR DAN NANGKIR,SAMADA KO MAMPU MENJAWABNYA ATAU TIDAK DENGAN KEMEWAHAN DAN KEHIDUPAN YANG KO BANGGAKAN.

p/s: Kerdilnya diri ini bila Rasullullah beribadah dan menghambakan dirinya kepada Allah seolah-olah dia akan mati esoknya walhal Allah telah menjanjikan tempat sebaik-baiknya di syurga nanti.

Tuesday, August 25, 2009

RM44.3billion untuk Jambatan Malaysia-Indonesia


Aku tidak tahu kebenaran kisah ini. Jika ia betul-betul terjadi,ia adalah projek 2 negara antara yang terbesar dan ekstrim dalam kejuruteraan. Apa-apa pun aku rasa jika ia betul-betul mahu dijadikan realiti,aku rasa ia belum masanya lagi ia rasanya betul boleh menjamin apa-apa kelebihan samada oleh Malaysia atau Indonesia sendiri. Berikut adalah kisahnya :

Straits of Malacca Partners Sdn Bhd (SOMP) telah menghantar cadangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia yang bernilai US$12.5 billion (RM44.3 billion).

Jambatan tersebut adalah 4 kali lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang melintasi Selat Melaka antara Melaka dan Dumai,Sumatera, Indonesia.

Pengerusi SOMP, Tan Sri Ibrahim Zain telah menghantar proposalnya kepada kedua kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Adakah cadangan ini diluluskan dan setakat mana pembinaannya dapat meningkatkan ekonomi Malaysia dan Indonesia tidak dinyatakan.

Monday, August 3, 2009

Mari Kita Renungkan Sejenak Musibah Melanda...Banyakkan Selawat Syifa,Insyaallah!


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Thursday, July 9, 2009

Hubungan Diplomatik dengan Singapura,FIC & Ekuinas dan PPSMI

Tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib dan kuncu-kuncunya yang hampir mencecah 100hari sabtu ini. Sepanjang 100hari kepimpinan Najib dan kuncu-kuncunya,apa yang aku nampak adalah perubahan yang dikatakan sebilangan orang sebagai perubahan yang seolah-olah memakan diri sendiri dan terlalu mengikut kehendak hati. Pakatan Rakyat a.k.a Pakatan Pembangkang sepatutnya memeluk cium kerajaan pimpinan Najib ini kerana semua hasrat yang dikehendakinya boleh dikatakan tertunai. Ini pandangan aku yang jahil dan hanya berpandukan apa yang aku baca dan lihat di kaca televisyen. Tidak semestinya siaran -siaran yang bias kepada kerajaan semata-mata tetapi juga yang berhaluan bertentangan. Aku akan memberi pandangan dan mengulas setiap usul,kes atau kemahuan yang pada asalnya tuntutan PR :

  1. Isu FIC=DEB Seolah-olah dimansuhkan
  • Asalnya 49% tetapi syer dinaikkan ke 70% untuk pegangan saham dari luar kecuali syarikat tempatan yang dilindungi.
  • Tubuhnya ekuinas untuk jaminan Bumiputera kononnya.
  • Betapa sukanya negara luar melabur disini dan akan menjadi bos besar di negara ini.
  • Ambil contoh Singapura yang akan menggunakan peluang ini bagi meneruskan pembesaran tanah jajahannya ( tak perlu korek pasir lagi).
  • Hmmm,hampir seolah-olah DEB dijadikan 'kambing hitam' sahaja. Bukankah ini permintaan pakatan pembangkang sebelum ini? Nah! sekarang ia sudah hampir ditunaikan.
  • "Kalau kita sudah tahu bahawa dasar dan pendekatan itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat, takkan kita mahu teruskan walhal kita tahu rakyat memerlukan perubahan dari segi pendekatan supaya sasaran itu dapat dicapai," katanya. Ayat-ayat Shafie Afdal yang berubah pendapat dan pendirian.

2. Diplomatik dengan Singapura
  • Janganlah terlalu manja dan terlalu baik dengan mereka.
  • Lawatan Lee Kuan Yew baru-baru ini ke Malaysia agak memberikan tanda tanya.
  • Apa kejadahnya nak buat jambatan baru lagi? Bila tukar PM nak satu jambatan,kalau 10 PM bertukar ada 10 jambatanlah kat Selat Tebrau tu agaknya.
  • Orang-orang Johor dan Sultan Johor sendiri sangat berhati-hati dengan mereka. Aku ingat lagi ketika Sultan Johor ada merasmikan satu majlis di Johor Bahru yang dihadiri PM ketika itu Pak Lah. Sound direct jer Tuanku mengatakan ketidakpuashatinya kepada Pak Lah yang tidak bersetuju pembatalan Jambatan Bengkok yang lebih menguntungkan Singapura.
  • Nah! sekarang ia hampir menunaikan kemahuan Pakatan Rakyat iaitu terlalu berbaik-baik dengan PAP iaitu abang kepada DAP di Malaysia. Ini lah kesukaaan PKR kepada DAP. So,ia seolah-olah menunaikan harapan Pakatan Rakyat lagi.

3. PPSMI
  • Naik muak,jelak dengan isu ini yang tiada kesudahannya. Bagi aku,aku sangat bersetuju dengan PPSMI ini cuma diubahkan sedikit pendekatannya dari yang asal.
  • Sasterawan-sasterawan negara terus di suap dengan agenda politik melampau PR. Ceramah politik,perarakan di jalan raya dan macam-macam lagi.
  • Dan semalam diumumkan pemansuhan PPSMI bermula 2012 kerana nak habiskan sisa-sisa ujikaji orang-orang yang berkuasa bermusim ini. Silap-silap tukar menteri,buat balik PPSMI. Benda boleh berubah mengikut nafsu siapa yang berkuasa.
  • Hasil keputusan ini adalah hasil daripada analisis yang dikatakan berjaya dan tiba-tiba sahaja tidak berjaya. Apakah lagi fakta yang boleh diubah?
  • Apa yang penting sekarang adalah,Nah! PR telah dapat apa yang dimahukannya!

Kita tunggu dan lihat sahaja apa lagi selepas ini. Jika ini baik kepada rakyat,baiklah dan dapatlah sokongan dari rakyat dan jika tidak,ia akan terus didesak dan diharapkan diubah oleh rakyat. Apa-apa pun boleh dikatakan semua permintaan PR sudah hampir ditunaikan so diharapkan PR sedar semua ini dan ucapkanlah terima kasih....hahahaha..."Bukannya kena bayar kalau angkat tangan?!" hahahaha...politik...politik...

Monday, June 22, 2009

Peringatan : Kepada Pemilik Kad Mesra Petronas atau Kad-Kad Sewaktu Dengannya


Aku tak pasti samada semua orang tahu kegiatan penipuan atau kecurian yang tidak disangkakan ini terutama sekali yang aku dapat tahu adalah berkaitan dengan kad-kad pungutan point yang boleh ditebus dengan hadiah-hadiah yang agak menarik daripada syarikat-syarikat yang terlibat. Selain Kad Mesra,Kad Smiles dari Mobil,Real Reward dan bermacam-macam lagilah kad yang membolehkan kita mengumpul point semasa berbelanja.

Tetapi aku fokuskan kepada Kad Mesra Petronas sebab cerita ini lebih kepada kad ini atau kad-kad lain juga tidak mustahil berlaku penipuan begini. Ikuti sinopsis yang dikatakan berlakunya penipuan kad ini :

  1. Kita sedia maklum,sebelum tuang minyak,kita akan memberikan kad berserta duit kepada penjaga kaunter di dalam stesen.
  2. Dengan hanya beronggakan ruang yang hanya boleh memuatkan tangan untuk menghulurkan duit berserta kad mesra,kita mungkin tidak dapat melihat,apakah aktiviti haram yang dilakukan penjaga kaunter berkenaan?
  3. Ya! ketika ini lah kita mungkin tidak perasan bahawa penjaga kaunter ini akan menukarkan kad anda dengan kad beliau sendiri untuk memungut point hasil dari tuangan minyak anda.
  4. Kad dipulangkan semula ketangan anda dengan baki wang (jika ada) tetapi anda sudah ditipu kerana kad anda tidak di sweap tetapi kad dia sendiri yang digunakan.
  5. Kesannya anda kerugian point yang agak tinggi (jika tuang minyak banyak) ataupun anda kerugian dalam memenangi peraduan yang di tawarkan oleh syarikat akibat si malaun ini.

So beringat lah.Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Sekurang-kurangnya kita melihat samada dia sweap kad kita atau pun dia sweap kad dia. Untung-untung dia boleh tukar dengan berapa banyak hadiah disebabkan dia menipu begitu sepanjang dia berkerja. Jangan lupa juga bagi kad-kad pungutan point yang lain. Sekadar beringat.Sekian

Monday, June 15, 2009

Nizar Oh! Nizar : Ko Buat Lagi Perangai Budak Sekolah?


Hari ini Parlimen di buka semula selepas hampir 2 bulan berehat dengan ahli-ahli parlimen kebanyakan yang telah berubah mengikut kepada kepimpinan kerajaan yang baru. Ku harapkan perjuangan Mat Nizar dan rakan-rakan karibnya itu semakin matang dalam mengharungi kancah politik yang dikatakan kotor dan semakin mencabar dengan kedua-dua pihak baik kerajaan atau pembangkang yang ada agendanya sendiri.

"Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan "BUBAR DUN" Perak."

Petikan diatas diambil dari Mstar Online. Mat Nizar dan 7 orang kerdilnya diarahkan keluar dewan dan digantung 2 hari dari menghadiri sidang dewan. Baca balik petikan aku masukkan tadi. Memang lawak. Aku cuba bayangkan bagaimana suasana dewan yang duk menanti perjuangan 'suci' Mat Nizar ini yang kembali semula ke Parlimen setelah dikatakan diasak atau diguling-gulingkan di Perak sebelum ini,kembali semula menyahut suara rakyat. Ingatkan semakin matang tapi apa yang mamat tu telah buat? Mari kita lihat sinopsis di bawah :

  • Sampai diperkarangan Parlimen dengan konco-konco dan antaranya 7 orang kerdilnya.
  • Aku tak pasti dia dah mula pakai lilitan BUBAR DUN di songkoknya atau belum sebelum masuk dewan tapi yang pasti kaum kerabatnya dah pakai.
  • Mula mengangkat sumpah dan menandatangani akuan bersumpah Ahli Parlimen B.Gantang.
  • Tak sampai 5minit,laungkan keramat mamat ni keudara "BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI!"
  • Mereka juga mengingkari arahan larangan memakai lilitan BUBAR DUN di songkok ketika didewan oleh Yang Dipertua.
  • Akibat keras hati,kepala,jantung,dan tuttt...mereka dihalau keluar dan digantung selama 2 hari.
Aduhai,belum apa-apa dah kena halau.Sampai bila nak mengetengahkan masalah rakyat kat Bukit Gantang En Nizar oii? Udah-udahlah tu. Bawak banyak bersabar dan bersyukur. Cuba jalankan kerja dengan bawak banyak bersabar,tak boleh ke? Pelan-pelan naik balik,bawak bersabar,takel balik rakyat dengan sifat lebih baik. Ini tak,macam orang kena sawan giler babi. Main redah jer. Meluat jugaklah orang tengok. Aku memang dah meluat dah tapi nak buat macam mana,hal negara kena amik tahu jugak.Hmm...lantak ko lah Nizar.

Wednesday, June 3, 2009

Analisis Struktur, Makan Duit Haram dan Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Beginilah rupa bumbung Stadium Setahun Jagung Yang Gugur 60%

Sedih,pilu,bengong dan sebak melihatkan apa yang terjadi di stadium Gong Badak yang dikatakan berharga RM300juta ini. Baru setahun jagung usianya tapi keadaannya yang telah gugur seolah-olah ia lebih teruk dari reban ayam atok aku di Gelang Patah dan Pulai Chondong. Dahlah penah di panaskan dengan isu software untuk kegunaan stadium sempena SUKMA yang berharga RM10juta itu dibongkarkan sehingga SUKMA habis,benda yang berharga berjuta itu tidak digunakan dan hilang entah kemana. Ko makan duit haram lagi kan?

Ini pulak,kegagalan struktur pembinaan bumbung stadium. Difahamkan kontraktor yang di anjingkan ini berasal dari Korea Selatan dan telah diberi kepercayaan membangunkannya. Overseas punya company pun macam tak sekolah,macam mana pulak kalau company local? Aku percaya,ini semuanya berpunca dari manusia-manusia yang memang suka makan duit-duit haram,jilat lahar-lahar neraka jahanam. RM300juta,mustahil tidak mencukupi untuk menghasilkan satu struktur bangunan yang kukuh. Ini bukan bangunan 100tingkat,baru bumbung. Manusia celaka ini lah gamaknya yang telah menyedut sebahagian dari RM300juta ini untuk kegunaan hati perut sendiri. Jurutera belajar tinggi-tinggi pun boleh mati dek kerana manusia yang suka makan duit haram.

Elok-elok kena pakai 10kampit,dah kena pakai 3kampit simen jer,yang lain pasir pantai. Elok-elok pakai besi konkrit 10tan,dah kena pakai besi konkrit 3tan tak pun beli kat kedai besi buruk. Elok-elok consultant kata begini,ko nak buat begitu. Aku percaya,company ini cukup persekolahannya cuma manusia yang mengawal bajet kewangan ini yang tak sekolah. Bukak balik buku analisis struktur,statik, mekanik pepejal dan sebagainya.Stadi balik. Bagi yang hidupnya makan duit haram,bawak-bawak bertaubat dan banyak baca buku agama. Bayangkanlah,atas kesilapan dan kepentingan peribadi,nyawa manusia yang dikatakan hampir 1000orang yang akan menggunakan stadium ini hari ini sempena Kejohanan Staf Institusi Pengajian Awam ke-34 akan melayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...