Saturday, December 31, 2011

[Video] Apabila Rosmah Mansor Jadi Bahan Lawak Boboi MLM 2011?

Aku tak tengok sangat MLM 2011 ni sebab aku takde Astro pung atau dengan lebih tepat, takde chanel berkenaan. Tapi aku mengikutinya dari YouTube. Lawak otai2 ni memang superb dan tak bleh disangkal lagi. Cuma aku memang nak tergelak besar tang kumpulan Boboi iaitu Afdlin yang meniru macam seolah-oleh 1st lady Malaysia kita yang paling glamer antara kalangan 1st lady kita dari zaman penjajah lagi.






Bagi aku macam die dah si Boboi ni duk perli2. Jangan ade yang tersinggung pulak sudah. Ustazah Baiyah pun cool jer bile gaya nya di tiru, jangan pulak si minah ni melenting pulak orang duk tiru stail die...kahkahkahkah...Korang layanlah, mesti korang setuju pada siapa yang Afdlin tujukan :

Tuesday, December 27, 2011

[Video] Crash Test : KIA Optima K5

COMMERCIAL ADS PERFORMANCE







FRONT IMPACT TEST




SIDE POLE IMPACT TEST


SIDE IMPACT TEST

[Gambar&Spesifikasi] Kia Optima K5 : Mengghairahkan!

PETALING JAYA: NAZA Kia Malaysia melancarkan model terbaru Optima K5 dan pusat pameran Kia red Cube di sini, sebentar tadi. Optima K5 dijual pada harga RM143,000 termasuk insurans.

Pelancaran model terbaru itu disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Bisnes Antarabangsa KIA Motor Corporation, Thomas Oh.







KIA OPTIMA K5 2.0 SPECIFICATION

Engine:
4 Cylinder DOHC 16 Valve CVVT
2000 cc
165 PS at 6000 RPM
198Nm at 4000 RPM

6 speed transmission AT with paddle shifter

Steering Hydraulic powered

Front independent McPherson strut suspension
Rear Independent multi link
Rear shock absorber gas filled

225/45 R18 alloy rims

70 litres of fuel tanks

Dimension (mm) : 4845mm length, 1830 mm width, 1455 mm height

Radio + CD + MP3 + Ipod Cable

Extra features specification of Kia Optima K5 :

Full auto air cond front and rear
LED turn signal light
Electric folding mirrors
Front Fog Lamp
Auto Cruise control
steering audio control
keyless entry
18″ alloy sport rims
6 airbags
ABS
Panoramic sunroof
active headrest
back warning system with rear view camera
pure leather seats
start stop button
front seat warmer
ESP
LED day time running light
Xenon headlamp





p/s : Rupanya lebih cantik, menarik, garang, dan mengghairahkan. Bagi aku Optima K5 ini jauh lebih menarik dari Accord, Camry dan kereta seangkatan dengannya. Hmmm, hanya mampu melihat dan mengimpikannya...RM143K terlalu jauh bagi AmzCampro tapi sekurang-kurangnya ade impian,heheh...

Monday, December 26, 2011

[Gambar] Apabila Pakaian Terlucut Di Pijak


Aktres China, Sun Feifei akhirnya faham apa yang gadis-gadis TOWIE sudah tahu berbulan lalu ... untuk dikenali di persada antarabangsa, apa yang perlu dia lakukan hanya tunjukkan sedikit payu dara.

Tapi yang menyedihkan untuk bintang TV ini, ia disebabkan satu kejadian yang memalukan di karpet merah.

Sun kelihatan sangat jelita dengan gaun panjang berwarna putih ketika bergaya di hadapan jurugambar dalam perjalanan masuk ke dewan untuk acara Anugerah Esquire di Beijing.

Ketika dia berpusing untuk masuk ke bangunan, hos malam itu, Fang Ling dengan ‘tidak sengaja’ terpijak tali gaun aktres itu lantas menarik gaun itu ke bawah.

Sun bernasib baik kerana dia mengenakan coli tanpa tali dan seorang pembantu dengan cepat membalut tubuh Sun dengan selimut berwarna kelabu.

Sebelum anda merasa kasihan dengan Sun, apa kata anda lihat dahulu gambarnya.
Laman web berbahasa Inggeris tempatan, Shanhaiist.com mempersoalkan ketulenan insiden itu.






Ia menulis, “Tangan Sun yang terbuka dan raut wajahnya yang terperanjat - seperti dibuat-buat juga wajah Fang yang terpe�ranjat juga seperti dibuat-buat, menjadikan kami rasa insiden itu seperti dirancang untuk se�ngaja mendapatkan publisiti.”

Lagipun, ini adalah cara terbaru aktres China cuba mendapatkan perhatian kepada dada mereka daripada skil lakonan mereka.

Minggu lalu, Liu Yuxin dengan berani mendedahkan dadanya.

Hos televisyen Liu Wan juga sering memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.

Walaupun begitu, kejadian terpijak gaun aktres di karpet merah sebenarnya adalah perkara biasa.

George Clooney, Harrison Ford dan Brad Pitt pernah juga tersalah langkah.
Mungkin Fang benar-benar tidak sengaja.

Sumber: Harian Metro

Sunday, December 25, 2011

[Video] Comparison Crash Test Estima Vs Exora : Anda Nilaikan

Aku suka tengok crash test kereta-kereta pasaran negara mahupun luar negara ni. Bukan ape, dari sini kita dapat melihat kualiti dan teguhnya kereta itu jika sesuatu kemalangan berlaku. Antara yang menarik, waja satu ketika dulu diiktiraf kereta 3 bintang dari 5 bintang. Satu pencapaian agak baik untuk kerata buatan 100% Malaysia.






Salah satu crash test yang juga menarik untuk aku ulas adalah tentang kereta buatan China. Pernah digelarkan kereta neraka oleh pengkritik dunia pemotoran dan aitomotif kerana mutu kekuatan kereta mereka terlalu menakutkan. Tak kiralah kereta bertaraf 4WD, MPV mahupun sedan biasa, cukup gagal dalam ujian ini. Tetapi menakjubkan, dalam tempoh 6 bulan, mereka telah meningkatkan kualiti produk mereka dan hasilnya, jauh beza dan setaraf dengan kereta buatan Eropah mahunpun Asia yang lebih lama bertapak di arena ini.

Proton sebenarnya satu syarikat yang sepaptutnya mampu menjulang nama negara dengan lebih berkesan dan megah dipersada arena automotif ini sepantas syarikat dari China ini tetapi entah dimana silapnya, hanya mereka sahaja yang tahu. Walaubagaimanapun, kereta proton ini tidak mengecewakan kita. Saksikan perbandingan crash test antara Estima dan Exora di bawah dan anda nilaikan sendiri :


Friday, December 23, 2011

Kenapa Eizlan Yusof Boleh Dapat Datuk?

Lagi artis kita dapat Datuk dari seorang sultan yang sangat pemurah di negara ini. Bila dengar nama AC Mizal dan Eizlan Yusof, memang agak terkejut jugak denga kelayakan mereka untuk memegang gelaran Datuk yang semakin bersepah sekarang ini. AC Mizal mungkin orang dah tahu, die ade syarikat yang gempak (jual g****g) dan timbul plak lepas tu kontroversi yang syarikat itu dikatakan menipu ramai orang. Entah betul atau tidak aku tak pasti.






Tapi bile Eizlan dapat, aku musykil jugak. Ape sumbangan die pada negara yang hebat sangat selain menjadi artis? Kaji punya kaji, die ni rupanya terlibat dalam bisnes yang boleh tahan jugak prospek nak kaya. Memegang jawatan Pengerusi Eksekutif di Syarikat Blackstone yang dibangunkan bersama seorang lagi share holder. Syarikat ini membekal dan menguruskan hal berkaitan tenaga arang batu.

Laman web syarikat Datuk Eizlan Yusof (klik sini)

Semoga dengan pangkat baru ni, syarikat Datuk E kite ni akan lebih cepat maju dan membangun. Dan mungkin akan bersara terus dari dunia seni dan terlibat secara tidak langsung dengan syarikat GLC terkaya negara, YTL mahupun TNB sendiri,hahaha...

p/s : Lame tak dengar cite Sidi Oraza, katenye bisnes die makin maju dan dah jadi tokei baja besar bertitle Tuan Haji.Bile nak bagi die datuk plak?

Monday, December 19, 2011

[Video] Protes Di Mesir : Wanita Di Belasah Lunyai

For all who love egypt ...we respect u all...this video shows one of the heros of egypt....it explain what happened later in egypt from the military towards egyptian people that only need freedom.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...