Thursday, July 31, 2008

Akhirnya Permatang Pauh Dipilihnya

"Suami saya baik orangnya...."

3.00 petang, 31 Julai 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) bertanding dalam pilihanraya kecil. Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Wan Azizah menang besar dengan majoriti 13,388 dalam PRU12.

Dalam pilihanraya 2004, Wan Azizah menang tipis dengan majoriti 590 undi. Sebelum ini, Anwar sebut nak bertanding di Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Kuala Kangsar.

Rupa-rupanya sekali lagi Anwar berdalih dengan mengatakan akan bertanding di Permatang Pauh. Nampaknya Anwar takut untuk bertanding di tempat yang berisiko untuk kalah. Jalan mudah yang diambil ialah meminta isterinya mengosongkan jawatan dan bertanding di tempat asalnya iaitu Permatang Pauh. Mengumumkan untuk bertanding adalah senjata akhir Anwar untuk ke Parlimen.

"Kawe saye(sayang) demo...biar gi lah puok2 ni...yang penting minyok turun...kuil,gereja,tokong mu besor molek deh?"

Sementara itu, PAS juga menolak pakatan dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor. “PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat” Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Pertemuan khas hampir lima jam 50 barisan pemimpin tertinggi PAS di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur memutuskan bahawa PAS akan tetap bekerjasama dengan kafir harbi seperti Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan Teresa Kok. Biarpun Karpal secara terbuka mengecam PAS dan mempertikaikan keahlian PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi PAS nampaknya masih mahu kekal di bawah ketiak Karpal dan Kit Siang. PAS sanggup melihat DAP bermaharajalela di Perak dan Selangor. Sanggup membiarkan Nizar dikotak katik oleh 6 orang Exco DAP. Sampai hati PAS lihat perpaduan Melayu tidak menjadi kenyataan.

"Selamatkan PAS dari lakhanat ini"

Tamparan terbesar buat Pakatan Rakyat semalam ialah penafian, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Malah laporan sodomi dua halaman yang disebarkan juga dinafikan oleh Pusrawi.

Dr. Kamaruddin menjelaskan, dari segi amalan kedoktoran, pemeriksaan mana-mana kes berkaitan liwat perlu dijalankan oleh doktor pakar kerana ia tidak boleh ditentukan melalui kesan luaran saja. Ini bermakna laporan oleh Dr Muhammad Osman kurang kredibiiltinya disebabkan beliau hanyalah doktor biasa sahaja bukan doktor pakar.

“Kalau tiada kesan pendarahan, koyak atau nanah dan sebagainya pada dubur, bukan semestinya tidak berlaku liwat. Pun begitu, jika terjadi sebaliknya (pendarahan), ia juga tidak bermakna berlaku liwat kerana mungkin disebabkan kanser atau pendarahan dalaman. Kes liwat perlu menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) agar ditentusahkan” kata Dr Kamaruddin.

Malah kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah dalam kes liwat ini merisaukan lagi Pakatan Rakyat.

“Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.” kata Saiful Bukhari.


Kesimpulannya, bila Pusrawi nafikan laporan dan dedahkan siapa Dr Muhammad Osman yang sebenar, ditambah pula kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah ianya memberikan goncangan yang hebat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Jalan keluar kepada semua goncayang itu ialah dengan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh. Mempercepatkan prosesnya untuk menjadi PM bagi mengelak PAS berubah hati dan masuk sebagai kompenen ke-15 dalam BN. Yang paling rugi ialah PAS.

Sudah tentu, askar askar PAS akan dipergunakan oleh Anwar di Permatang Pauh nanti untuk membela dan memancing undi bagi Anwar. Menang di Permatang Pauh tidak memberi apa apa makna kepada Pakatan Rakyat melainkan hanya menukarkan Ketua Pembangkang daripada isteri kepada suami sahaja.

Tatkala polis sudah selesai melengkapkan siasatan kes liwat untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, Anwar sudah pun umukan hendak bertanding. Anwar tidak sabar lagi tunggu kes Kulim Bandar Bharu, jalan mudah ialah minta isteri lepas jawatan di Permatang Pauh. Anwar jadikan Permatang Pauh sebagai senjata akhir?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)




Azizah Kosongkan Permatang Pauh, Anwar Tanding

31-07-2008 04:15:29 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa pihak "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu tidak penting.

"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," katanya.

Sumber dari : mSTAR Online
HarakahDaily

PELARIS Restoran


PELARIS,perkataan biasa digunakan klau kita tengok kedai-kedai makan ni laku semacam,ramai orang dan tak putus-putus orang nak masuk makan walhal kadang-kadang duk pikir-pikir,tak lah sedap mana masakannya..hehe..tapi benda ni tak mustahil kan,mana taknya,sanggup beratur panjang tunggu turn nak makan.

PELARIS plak ada macam-macam,letak pada masakan lah (benda-benda tak eloklah biasanya),pakai bomoh-bomoh,bela itu ini dan macam-macam lagi. Kat atas ni ada lah sedikit gambar nak percaya ke tak tu terpulanglah. Gambar orang kata 'pelaris' yang digunakan menjelma ketika gambar ini diambil. Huhu...ngerinyelah kalau betul-betul ada benda ni tengah makan...hehehe

Sumber : isuhangat.blogspot

Wednesday, July 30, 2008

Keputusan Yang Agak Membanggakan

Aku betul-betul tertekan dan kecewa sebab tergamaknya 'mereka' ni tak buat live untuk perlawanan antara Malaysia dan Chelsea ni. Tak kira lah chanel mana pun,astro ke,arial tinggi bergalah-galah ke,puas aku cari tak jumpa-jumpa gak,macam tak percaya takda lansung siaran secara lansung perlawanan ni.Heran tul aku! Nak tengok kat stadium dah tentu tak mampu dek kerana jauh atau tak berkemampuan pada sesetengah peminat.

Akhir sekali aku hanya mampu melihat keputusan selepas perlawanan iaitu Malaysia tewas 0-2 dengan jaringan oleh Nicolas Anelka min ke-26 dan Ashley Cole min ke-53. Mujur tak kena belasah teruk atau dalam kata mudah orang-orang Malaysia ni ' alah...dieorang main suke2 jer tu...bolehlah..mujur tak kena 10-0...'

Cerita selanjutnya boleh layari web VitalFootball.co.uk...Hampeh tul takde live!

Tuesday, July 29, 2008

Malaysia VS Chelsea








Salam siaran dari kami di bilik berita amzcampro. Malam ini,29/7/2008 antara detik sejarah gak lah untuk bola sepak Malaysia sebab sekali lagi kita berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan atau dalam kata-kata sinis dan kejam,ia lebih dikenali sebagai perlawanan amal dan pertunjukkan.Tak kiralah apa mereka nak cakap tapi perlawanan ini agak menarik untuk di saksikan.

Mengikut kepada sejarah perlawanan,kali terakhir Chelsea ke sini adalah pada pertandingan EPL Piala Asia 4 penjuru dimana kita kalah 1-4.Tapi dapat jugak 1 gol oleh tandukan cantik Hairudin Omar.So kita arap malam ni,adalah sedikit kebangkitan dan semangat melawan dari pasukan yang dikatakan Harimau Malaya ni.

Yang pasti,korang tengok betul-betul antara gambar-gambar ketika mereka mengadakan latihan di Stadium Shah Alam tu, korang perasan tak,papan iklan kita dah macam kat EPL sebab guna digital! Kagum aku...heheheh

Sumber dari : skycrewz.net


Monday, July 28, 2008

Biar betul?

Mudah.com.my ni kira laman web ala-ala e-bay lah tapi dia ni kira mudah sikit lah nak buat iklan untuk jual barang. Banyak lagi web macam ni tapi aku memang terkejut sebab terbaca ada orang nak jual satu kereta ni,korang mesti terkejut. Try tengok lah,klik link kat bawah ni...hahaha...MUSTAHIL!

http://www.mudah.com.my/vi/1139782.htm?ca=7_s

DAP & PAS dan Pakatan Rakyat

Aku nak tergelak bila dengar berita kat TV3 semalam. Mamat mana yag ditemuramah tu kira pakar-pakar politik lah. Dia cakap DAP ibarat macam kena darah tinggi dah sekarang. Mana taknya,base pada cerita-cerita,blog-blog yang ada, muqabalah antara UMNO dan PAS yang di kecoh-kecohkan ni buat DAP tak senang duduk terutama Karpal. Tu yang pakar politik ni kabor DAP kena darah tinggi sekarang.

Pakatan Rakyat plak ibarat rumah sewa yang ada 3 orang sewa kat dalam.Sekarang ni sorang duk berbincang-bincang dengan tuan rumah lain yang rumah nya lebih baik untuk disewa atau beli terus..heheheh...pakar politik ni kata,kalau dah sorang nak keluar, letih gak lah 2 orang lagi nak bayar sewa sebab kena bahagi dua jer. PAS tak rugi apa-apa sebab dia dapat pegang 3 negeri sekarang.

Kita tunggu dan lihat je lah yer?

Laporan Perubatan Pulok!



Hmm,entahlah nak kata betul ke tak aku tak pasti. Berikut adalah paparan laporan atau salinan yang telah di scan agaknya menyatakan mamat Saiful ni tidak ada tanda-tanda dia dikerjakan dari arah belakang. Sumber yang diperolehi adalah dari Malaysiakini. Menurut cerita malaysiakini,laporan dua muka surat itu telah tersebar luas dan doktor yang memeriksanya adalah dari Hospital Pusrawi,Mohd Osman Abdul Hamid. Menurut cerita gak,Saiful ni telah ke hospital tersebut dahulu sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan,laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan tiada kesan liwat ke atas mamat Saiful ni berniat jahat bagi memberi gambaran tiada perbuatan liwat berlaku. Fuhh! plak katanya,doktor boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perubatan 1971 kerana mendedahkan rahsia pesakit (tu pun kalau betul-betul sakitlah). Secara bergurau senda Datuk Dr Latif buat lawak "jika laporan pesakit didedahkan,itu adalah diluar tabie"..

Apa-apa pun,terpulanglah kat kita nak percaya ke tak. Sumber ini datang dari Malaysiakini dan Agendadaily (www.agendadaily.com).


NROCINU Band dari KUiTTHO=UTHM



Aku cukup berbangga dengan band Nrocinu ni walaupun aku tak kenal rapat bandmate dieorang cuma Roll jerlah aku kenal,tu pun setelah Azli Nawawi member aku menceritakan halnya yang begitu hebat menggoreng mee..Mana plak mee,gitar lah weeeiii....hahaha...Ketika itu si Azli ni memang taksub ke Metallica dan aku penah lah sekali dua berjamming dengan Azli nih tp fail..heheheh...tapi Roll a.k.a Mambo ni lain,memang cool mamat ni aku tengok tapi cool berisi...Geng-gengnya yang aku kenal Kebar,Loq lah antara yang kerap berdiskusi dengan Roll. Sekarang ni dah buat album dah dek kerana kejayaan menjuarai RockUnite tahun lepas.Fuhh! memang gempak..Susah nak carik lead guitar sambil nyanyi dengan suara mantap ala-ala Metallica...Tapi yang lebih penting,beliau grad dengan lulusan Kejuruteraan dan telah menjadi tukang masak! menda plak tukang masak,dah tentulah engineer siot...hmm,aku sendiri tak rase title engineer tuh...So tahniah lah aku ucapkan kepada mereka NROCINU...Plak tu ada lagu KUiTTHO kat album die nih..Mesti Beli!

Thursday, July 24, 2008

American Soldiers Celebrating Destroying A Mosque

Berikut adalah paparan dimana askar Amerika a.k.a Yahudi laknatullah sedang merayakan pengeboman memusnahkan sebuah masjid di Iraq! Memang kurang ajar!


Fast Food Yang Gila!










Haha..agak2nya lah,ada tak jual kat Malaysia ni,baru boleh jimat belanja dan ubah gaya hidup!





Susulan Harga Nasi Bungkus RM25.70

Aku tak pasti sangat hal ni sebab baca dalam surat khabar jer.Kes ni jd kelmarin (22/7/2008) dimana ada mamat ni beli nasik bungkus 2 bungkus dengan harga RM25.70. Lauk yang dipilih adalah ikan dan sotong berserta teh tarik. Kejadian ini berlaku di Pekan Nenas,pekan yang xlah besar mana nak compare ngan bandar2 besar lain.huhuhu...
Tak silap aku Pekan Nenas memang terkenal dengan sumber laut yang segar bugar.uih,balik pada cite asal,aku tengok dalam paper tu mamat ni siap tunjuk lagi nasi bungkus dia.Hmm,dari firasat aku lah,klau dah ikan dengan sotong nak penuh polistren,tak heran lah leh cecah RM25.70 dua bungkus! Hampeh tul...tu pandangan aku lah...tapi tokei kedai pun satu,mahal gak lah RM25.70 tu,klau dalam area RM20 pun nampak logik...heheheh...Jangan makan sotong besar2 point nye sekarang.hahaha

Wednesday, July 23, 2008

Azab dari Allah S.W.T


Subhanallah
Itu yang boleh aku katakan kat sini.Aku tak tau sama ada betul atau tidak cerita dan gambar yang aku dapat ni,tapi kalau betul pun memang itu semua kuasa daripada Allah yang mengetahuinya.Cerita nye mengatakan bahawa manusia yang paling kejam kat dunia ni,Ariel Sharon (bekas PM Israel dan Yahudi) yang memang terkenal dengan kezalimannya terhadap umat Islam khususnya Palestin.
Cerita ini dipetik dari Majalah Qiblati,vol.01/no.09/Mei-Juni 2006 terbitan Jeddah,KSA mengatakan yang malaun ni terlatar lama dah kat Hospital Hadasa Israel. Dia umpama mayat hidup sebab tubuhnya membusuk walhal dia masih hidup.Doktor tengah bertungkus-lumus buat pembedahan untuk membetulkan urat saraf,organ-organ dan ntah ape2 lagi lah yang dah rosak dan membusuk dalam badan dia.
Ape2 pun korang renungkanlah.Ini lah azab yang ditanggungnya setelah ape yang telah dilakukan dimuka bumi ini.Nauzubillah.

Nur Kasih-New Version

Nur Kasih ni lagu popular dari kumpulan In-Team.Dek kerana aku ngan adik aku rajin,kiteorang telah mencipta satu VC sendiri..heheheh..layankan jerk yer? bleh bg komen yang membina dan meruntuhkan..heheheh

Selamat Datang


Assalamualaikum wbt
Memandangkan ini adalah blog pertama aku dan benda pertama yang aku 'post' so xdelah cite yang banyak untuk diperkatakan.Kita tunggu dan lihat pasni ok. Hmm,gambar disebelah tidak bermotifkan apa-apa pun cume menyatakn ini adalah Amz CamPro blog dan yang tertera disebelah adalah sebijik enjin Campro 1st edition..heheheh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...