Thursday, October 30, 2008

Macam mana nak hilang stress?

Ikuti tips-tips dibawah ni kalau korang nak hilang stress...hahaha...baca betul-betul,nak ikut boleh,taknak ikut pun boleh...hahaha




Yakuza's Boss (Japanese Mafia) Tombstone

Samseng kat Jepun dapat pengiktirafan macam ni,kat Malaysia korang jangan buat,silap-silap tanam kat kubur tak bernama...hahaha

Thursday, October 23, 2008

Kisah Kelisa Yang Mantap!

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

Wednesday, October 22, 2008

Sendiri Mau Ingat!


Aku tidak pasti dimanakah signboard ini dirakamkan tapi dari sumber mengatakan,ia dirakamkan di Acheh,Indonesia. Walaupun signboard ini seolah-olah tak mendapat lesen dari mana-mana majlis perbandaran atau majlis agama disana,tapi ia menimbulkan ketakutan menjadi langkah terbaik mengelakkan maksiat berleluasa. Kalau berani cubalah bawak awek kat sana ..hahaha



Wednesday, October 15, 2008

Alhamdulillah...Turun lagi 15 sen!



Alhamdulillah…Pengumuman terbaru semalam dan berkuatkuasa hari ini,harga petrol dipasaran diturunkan 15sen menjadi RM2.30 dan diesel diturunkan 20sen kepada RM2.20. Aku masih lagi bersyukur dan berharap sekurang-kurangnya rebat minyak RM625 setahun masih lagi dikekalkan walaupun harga minyak tidak turun seperti sebelum ini iaitu RM1.92.

Kat sini aku tunjukkan kan sikit sedikit kira-kira yang hanya bergantung kepada penggunaan aku seharian selama ini termasuk rebat RM625 yang kadan-kadang ada manusia yang terlupa.

Dari pengiraan rebat RM625 setahun :

Sebulan = RM52.08

Seminggu = RM12.02

Sehari = RM 1.71

Biasanya aku guna 26 liter dalam 8 hari dikawasan bandar,hasilnya :
RM13.68 (rebat dalam 8 hari)

MAKA : 1 liter = RM0.53 (hasil dari rebat tahunan & penggunaan seharian)

Dapatlah disimpulkan disini bahawa harga yang terpapar di pam-pam stesen petrol seluruh Malaysia iaitu RM2.30 tu adalah BUKAN harga sebenar kerana pengiraan rebat tidak dimasukkan lagi.

Maknanya,harga dipam yang sebenar-benarnya adalah :

RM2.30 – RM 0.53 = RM 1.77

Syukurlah setakat ini,semua pengiraan berdasarkan penggunaan aku seharian tapi ia berbeza-beza untuk pengguna yang lain tapi walau berapa pun bajet seharian minyak yang kita guna,jangan lupa sertakan sekali rebat RM625 ok!

Sunday, October 12, 2008

Aduhlah...Bagi Datuk ke Shah Rukh Khan???


Sebelum ini kita dah tau,anugerah pingat dalam Malaysia ni macam bagi ang pow masa raya jer (tu pun susah nak dpt dah zaman skrg..hahaha) kot iya pun dah bersepah sangat pingat nak bagi,takkanlah sampai mamat Bollywood tu plak boleh dapat? banyak lagi orang yang layak boleh dapat dari duk bagi ke mamat bangang tu! bodoh pun ada gak...aku tertarik dengan petikan ayat dari GAP berkaitan hal ini :


"SRK pernah menjawap satu satu wawancara beliau bahawa beliau pengamal sekular yang jelas walaupun beragama islam. malah isterinya masih hindu dan SRK juga menyediakan anak2nya untuk memilih apa sahaja agama yang minat demi menyuburkan fahaman sekularisme .

apa sumbangan SRK kepada umno sampai dianugerahkan gelaran dato ?

SRK pernah jadi calon kumpulan aspirasi universiti malaya ka ?
SRK yang lead demonstrasi UITM pasal kuota 10% ke ?
dato nenek SRK pernah membunuh jww birch ke ?
atau SRK pernah bersama2 dato onn menubuhkan umno ?
atau SRK pernah membawa pasukan bolasepak negeri melaka menjuarai kejohanan champions league mengalahkan barcelona tahun lepas ?

bagaimana satu contoh terbaik MUNAFIK PALING SESAT DUNIA boleh dianugerahkan gelaran dato oleh sebuah negeri umno ? dah takde idea lagi ali rustam ?"


Itu adalah petikan dari kata-kata dari blog GAP.So,apa lah masalahnya orang kita ni? mengiktiraf orang yang entah apa jasanya kat negara kita seperti John Tordt orang kuat Ferrari, Michelle Yeoh yang memang terkenal satu dunia tapi bukan duk sini pun. Argh! walaupun asal keturunan Malaysia,tapi bukan naik dari negara ini,bukan sampai tahap boleh diiktiraf bagi Datuk! Melayu terus bodoh dan diperbodohkan...S.Shamsudin bile nak dapat Datuk? Sekian...


p/s : Merujuk kepada Berita Harian (12/10/2008) m/s 17, manusia yang mencadangkan nama mamat sesat ni adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin.Apa gamoknya dalam kepala hotak die pikir...

Sumber : Berita Semasa dan G.A.P

Tuesday, October 7, 2008

Isu Patung-Patung Raksasa

Aku kadang-kadang malas dah nak dengar atau bertekak atau sebagainyalah berkaitan isu gambar raksasa Anwar yang baru dinaikkan di kawasan DUN Batu Caves baru-baru ini. Dengan ketinggian 12meter dan kos lebih kurang RM5000 ini,tersergam megah lambaian Rakyat Anwar berbaju biru. Aku rasa ini adalah gambar tersergam penuh yang julung-julung kali dinaikkan di Malaysia ni.


Negara kita tidak pernah sunyi dengan kontroversi patung-patung,gambar-gambar atau apa saja yang berkaitan dengan ala-ala kerberhalaan dan hal-hal berkaitan dengan isu ini yang memang bertentangan dengan Islam dan ia memang tidak boleh ditegakkan atau dihalalkan walau dengan apa cara sekali pun. Benda dah haram bila dihalalkan maka rosaklah agama dan pincanglah negara.


Disini,dipaparkan atau di imbau kembali antara kontroversi lain yang pernah menjadi perdebatan hangat para ulama berkaitan isu ini yang boleh dikatakan tidak langsung diambil berat malah masih lagi seolah-olah terus diagung-agungkan di negara ini. Biar apa pun alasan atau niat,ia tetap HARAM!

Tugu negara,ia memang antara kontroversi yang paling lama kita dengar dan saban tahun sambutan di sini ibarat upacara yang sangat-sangat bertentangan dengan Islam


Isu gambar kepala di Sunway Pyramid penah mendapat tentang sengit dari para ulama dan aktivis Islam. Asalnya ia berupa kepala Firaun atau kepala Maharaja Mesir tetapi telah diubah kepada kepala singa. Pointnya sekarang,ia tetap dihalalkan!



Begitu juga dengan patung Helang Raksasa di Pulau Langkawi ini. Ia juga mendapat tentangan tetapi masih bebas terbang di kepulauan itu.


Ini pula ialah patung yang menyerupai Tunku Abdul Rahman di Bintang Walk. Tak silap aku ia juga mendapat tentangan kuat tetapi ia masih lagi ada disitu dengan megah melihat masyarakat Melayu terus hanyut.


So,itu adalah antara kes-kes yang menjadi kontroversi termasuk isu patung PENYU di kawasan bulatan di Terengganu yang sekarang ini telah dibuang oleh kerajaan PAS Terengganu. Tapi yang lain bila? Bukan kita tidak boleh memperingati sesuatu peristiwa tetapi ada cara lain yang lebih baik dan tidak bertentangan. Fikir-fikirkanlah...

p/s : Arap-arap dari gambar jangan plak diukir jadi patung...!

Mufti Perlis: Penyokong Anwar Jangan Taksub

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak terlalu taksub hingga dilihat seolah-olah memuja pemimpin itu.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan penyokong Anwar membina replika setinggi 12.2 meter itu seolah-olah mereka terlalu mengagung-agungkannya.

"saya tak salahkan Anwar, bukan dia yang pasang gambar itu. Penyokong beliau itu jangan bertindak berlebih-lebihan kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau tindakan memasang replika tersebut perlu dihentikan segera kerana bimbang perkara itu akan menjadi satu amalan dalam masyarakat.

Dr. Mohd Asri berkata jika perkara tersebut dibiarkan masyarakat akan beranggapan ia sebagai sesuatu yang biasa.

"Kita tak mahu perkara ini jadi satu amalan dalam masyarakat. Sekarang gambar Anwar, lepas ini mungkin gambar pemimpin lain pula yang akan diagung-agungkan," katanya.

Beliau berkata, para penyokong seseorang pemimpin itu boleh memuji mengenai kepimpinan dan juga idealisme pemimpin mereka.

"Kita patut puji sumbangan pemimpin kita, bukan dengan cara memuja mereka," katanya.

Tegasnya umat Islam seharusnya menentang sebarang bentuk pembinaan patung dan mengelakkan sebarang unsur pemujaan.

"Mereka mungkin menidakkannya, tapi ia sebenarnya adalah unsur pemujaan melampau kerana jelas sekali tujuan mereka adalah untuk menyanjungi Anwar.

"Jadi replika itu perlu diturunkan segera dan ia merupakan satu pembaziran," katanya.

Ditanya bagaimana dengan tindakan meletakkan gambar pemimpin pada sepanduk atau poster, beliau berkata ia bergantung tujuannya.

"Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.

"Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?" katanya.


Sumber : Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...