Alhamdulillah…Pengumuman terbaru semalam dan berkuatkuasa hari ini,harga petrol dipasaran diturunkan 15sen menjadi RM2.30 dan diesel diturunkan 20sen kepada RM2.20. Aku masih lagi bersyukur dan berharap sekurang-kurangnya rebat minyak RM625 setahun masih lagi dikekalkan walaupun harga minyak tidak turun seperti sebelum ini iaitu RM1.92.
Kat sini aku tunjukkan kan sikit sedikit kira-kira yang hanya bergantung kepada penggunaan aku seharian selama ini termasuk rebat RM625 yang kadan-kadang ada manusia yang terlupa.
Dari pengiraan rebat RM625 setahun :
Sebulan = RM52.08
Seminggu = RM12.02
Sehari = RM 1.71
Biasanya aku guna 26 liter dalam 8 hari dikawasan bandar,hasilnya :
RM13.68 (rebat dalam 8 hari)
RM13.68 (rebat dalam 8 hari)
MAKA : 1 liter = RM0.53 (hasil dari rebat tahunan & penggunaan seharian)
Dapatlah disimpulkan disini bahawa harga yang terpapar di pam-pam stesen petrol seluruh Malaysia iaitu RM2.30 tu adalah BUKAN harga sebenar kerana pengiraan rebat tidak dimasukkan lagi.
Maknanya,harga dipam yang sebenar-benarnya adalah :
RM2.30 – RM 0.53 = RM 1.77
Syukurlah setakat ini,semua pengiraan berdasarkan penggunaan aku seharian tapi ia berbeza-beza untuk pengguna yang lain tapi walau berapa pun bajet seharian minyak yang kita guna,jangan lupa sertakan sekali rebat RM625 ok!
4 comments:
kahkahkah. dulu anwar kata boleh turunkan sabery tak percaya. dollah kata anwar khianat kpd ekonomi negara. kahkahkah. sekarang macammana boleh turun? ini pelik bin ajaib. dolah main silap mata? kahkahkah. cakap org cerdik tak mahu dengar. cakap profesor kangkung nordin kardi nak pakai. harga barang bila mau turun? kahkahkah. bebal.
pe lah...dulu nak trun harga minyak duk cecah 147 setong...skrg sudah bawah 80 so bleh turun ar..aparah...
horrey! horrey! harga minyak dah turun. pak lah juga turun. hujan juga makin kerap turun. tp kita bila mau turun? turun lepak meeting di jalan kopi...
anwar ada mention bahawa sampai satu tahap harga minyak akan turun. jadi jgn naikkan tinggi nnt inflasi. kahkahkah. aparah.. sabery sabery. kahkahkah. siapa khianat siapa. kahkahkah shabery chik rahim tamby chik atau poodahchik!!
Post a Comment