Tuesday, October 7, 2008

Isu Patung-Patung Raksasa

Aku kadang-kadang malas dah nak dengar atau bertekak atau sebagainyalah berkaitan isu gambar raksasa Anwar yang baru dinaikkan di kawasan DUN Batu Caves baru-baru ini. Dengan ketinggian 12meter dan kos lebih kurang RM5000 ini,tersergam megah lambaian Rakyat Anwar berbaju biru. Aku rasa ini adalah gambar tersergam penuh yang julung-julung kali dinaikkan di Malaysia ni.


Negara kita tidak pernah sunyi dengan kontroversi patung-patung,gambar-gambar atau apa saja yang berkaitan dengan ala-ala kerberhalaan dan hal-hal berkaitan dengan isu ini yang memang bertentangan dengan Islam dan ia memang tidak boleh ditegakkan atau dihalalkan walau dengan apa cara sekali pun. Benda dah haram bila dihalalkan maka rosaklah agama dan pincanglah negara.


Disini,dipaparkan atau di imbau kembali antara kontroversi lain yang pernah menjadi perdebatan hangat para ulama berkaitan isu ini yang boleh dikatakan tidak langsung diambil berat malah masih lagi seolah-olah terus diagung-agungkan di negara ini. Biar apa pun alasan atau niat,ia tetap HARAM!

Tugu negara,ia memang antara kontroversi yang paling lama kita dengar dan saban tahun sambutan di sini ibarat upacara yang sangat-sangat bertentangan dengan Islam


Isu gambar kepala di Sunway Pyramid penah mendapat tentang sengit dari para ulama dan aktivis Islam. Asalnya ia berupa kepala Firaun atau kepala Maharaja Mesir tetapi telah diubah kepada kepala singa. Pointnya sekarang,ia tetap dihalalkan!



Begitu juga dengan patung Helang Raksasa di Pulau Langkawi ini. Ia juga mendapat tentangan tetapi masih bebas terbang di kepulauan itu.


Ini pula ialah patung yang menyerupai Tunku Abdul Rahman di Bintang Walk. Tak silap aku ia juga mendapat tentangan kuat tetapi ia masih lagi ada disitu dengan megah melihat masyarakat Melayu terus hanyut.


So,itu adalah antara kes-kes yang menjadi kontroversi termasuk isu patung PENYU di kawasan bulatan di Terengganu yang sekarang ini telah dibuang oleh kerajaan PAS Terengganu. Tapi yang lain bila? Bukan kita tidak boleh memperingati sesuatu peristiwa tetapi ada cara lain yang lebih baik dan tidak bertentangan. Fikir-fikirkanlah...

p/s : Arap-arap dari gambar jangan plak diukir jadi patung...!

2 comments:

Did said...

sesungguhnya patung itu tidaklah sama langsung dengan pepatung. pepatung dalam bahasa inggeris adalah dragonfly ye anak-anak!

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. woit warga mahukan patung cap najib razak lah. baru boleh menerangi serata alam. kahkahkah. patung hishamuddin rais carburator dung tiada ke? kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...