Monday, November 10, 2008

Bila Majlis Fatwa Di Tentang

Saya mungkin tersilap tetapi seingat saya tidak pernah dalam sejarah negara ini mana-mana pihak, samada masyarakat Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam berani secara terbuka menentang apa-apa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tempatan. Dalam posting saya sebelum ini saya telah menegaskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan ini adalah untuk makluman, rujukan dan tindakan umat Islam, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain.

Kalau ada orang Islam yang tidak dapat menerima atau menolak satu-satu fatwa sekalipun, biasanya ia akan hanya berdiam diri kerana isu agama adalah sensitif, yang jahil sekalipun tidak mahu dilihat menolak apalagi menentang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.

Tetapi semalam satu sejarah telah tercipta dalam negara ini. Semalam menurut laporan akhbar, dan liputan oleh Malaysiakini, satu perhimpunan telah diadakan untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid”.


Gambar dari Malaysiakini
Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu jelas bertentangan dengan Islam.

Jadi apakah mesej yang mahu dibawa oleh himpunan semalam? Menurut Malaysiakini himpunan yang disertai kira-kira sedozen peserta itu terdiri dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.

Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:

“Lawan semua fatwa menindas perempuan”

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga apa pun isu dalam negara ini dipolitkkan sehinggalah keputusan Majlis Fatwa yang hanya melibatkan orang Islam pun mahu dipolitikkan dan dijadikan bahan cabar-mencabar?

Bagi saya kumpulan ini jelas telah masuk ke lembah larangan, mereka tidak sedar yang mereka membakar api kemarahan umat Islam dan cuba mencetuskan ketidakpuasana hati serta mengadu-domba dalam hal-hal yang tidak pernah dipertikaikans ecara terbuka sebelum ini.

Saya berharap pimpinan kita samada dari mana parti sekalipun akan menasihatkan kumpulan ini agar jangan menjolok sarang tebuan. Negara kita kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar yang perlu kita tangani bersama, umpamanya krisis ekonomi dunia yang sedang memberi kesan kepada negara, jangan cetuskan masalah baru! Jangan sampai majoriti masyarakat Islam pula nanti bangkit mencabar tindakan kumpulan kecil yang tidak bertanggungjwab ini.

HAPUSKAN GOLONGAN PENGKID LAKNATULLAH INI!

Sumber : MalaysiaKini & Roslan SMS

3 comments:

Hanggokan said...

pergh! aku pon geram tgk orang macam nih. eii...rase nak pukul je! eii!! eeeiii!!! knp la mereka nih bengap? apekah salah sistem pendidikan negara kita sehingga menghasilkan mereka semua ini? mari kita tanya pendidik negara..

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. pada tahun 1974, fakulti kejuruteraan universiti malaya adalah yang terbaik didunia. tahun 2008, universiti malaya sudah hilang dalam peta universiti di dunia. kahkahkah. siapa peduli?

Amz CamPro said...

hanya yg ambil bidang kejuruteraan shj tahu cabaran dlm bidang ini..teknologi berkmbang dgn cepat.tidak semestinya tiada dlm ranking ia tidak terbaik...Universiti berteraskan kejuruteraan dan teknol0gi telah mngambil tmpat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...