Wednesday, November 12, 2008

Video Sajak Kematian : Manusia Melayu Islam Semakin Jahil

Video panas yang menjadi kekecohan seorang ibu kepada murid tahun satu Intan Sabrina yang mengatakan anaknya berubah selepas di"paksa" menonton video ini. Berubah jadi apa tidak pula dinyatakan tetapi saya rasa berubah menjadi anak yang tidak mahu meninggalkan solat.

Peliklah video keagamaan begini ditentang hebat sampai report polis bagai tetapi apabila anak-anak kita yang berumur satu tahun pun di"paksa" melihat cerita atau iklan untuk cerita tahyul dan hantu seperti di TV3 setiap malam Jumaat seperti Kekasihku seru dan Puaka Niyang Rapik tidak pula mendapat bantahan.

Pada saya video tersebut amat bagus sekali dan memberi gambaran mengenai siksa kubur yang mengingatkan kita kepada kematian. Untuk anak-anak pula yang cepat belajar dari visual akan memberi satu kesan yang akan mereka ingat sampai mereka dewasa. Entahlah...itu pendapat peribadi saya yang jahil ni shj..

Lebih dikesali Menteri Pelajaran kita yang mengulas isu ini semalam di Buletin Utama TV3 berkata-kata seolah-olah dia bukan muslim. Mengapa? Siapa yang dengar semalam,terasa sebak dihati kita kerana seorang pemimpin berkata-kata tidak menggunakan akal fikiran dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa Islam beribadat.

Sering ustaz2 atau ustazah2 kita menekankan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah mengatakan anak kecil yang telah mencecah usia 10 tahun boleh disebat bagi mendidik mereka menunaikan solat. Video itu sebagai medium pengajaran dan bukannya kita hanya melihat tetapi akan sentiasa dipantau dan dinasihati dari pihak guru-gurunya supaya jangan meninggalkan solat dan melakukan sesuatu yang mungkar dan itulah azab-azab yang akan berlaku jika kita melakukanya.

Benda ini semua BENAR dan tiada siapa boleh menafikan. Azab kubur cukup pedih dan tidak boleh dibayangkan dengan akal fikiran. Itulah hakikatnya.

4 comments:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. woit. video ni siapa buat? kelulusan dari mana? pak isham hussein dah lulus ke belom? dah ada fatwa mufti ke? yoga dah kira haram. video ni bila mau 'declare'? 'declare' lah cepat. anak-anak sekolah nak tengok. kahkahkah

Hanggokan said...

hehehe...video klip tuh dah diharamkan,patot la bdk2 skola skarang lebih suke buat video klip sendri dalam kelas! ada 3gp baru? cepat je tersebar...wahahaha!!

raisadora said...

entah la apa nk jadi... nk komen byk pun sedar kelemahan diri... tp harap2 tahap kesedaran insan tu x terus hilang dimamah kecanggihan teknologi masa kini...xda apa yg sempurna... apa agaknya perasaan mereka ketika buat video sendiri... bila yg patut ditegah, jd salah tp bila yg terang2 salah dikatakannya betul hanya kerana kuasa kelulusan ditangan mereka... anak muda sibuk dgn video pastu leka x menentu... patut celik mata kita bila sedar kita x selamanya didunia... hmmm

fadzil hafiz said...

yang ni gua mmg setuju ngan lu!!gua sokong penayangan sajak kematian dpd cite tahyul pontianak...

*asal isu agama saja pasti dipolitikkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...