Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Kepada Pemenang PRK, Janji Manis Pak Anwar dan Penyokong Bola Sepak Kelantan

Kisah Pertama

Pemenang Batang Ai,bunyinya agak melucahkan...kah kah kah dan Bukit Segantang

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang PRK di 2 bukit dan 1 batang semalam. Tahniah kepada calon BN yang menang dengan majoriti 1854 undi kepada calon PKR di DUN Batang Ai,tahniah kepada calon PAS yang menang dengan majoriti 2789 undi kepada calon BN di Parlimen Bukit Gantang dan tahniah kepada calon PKR yang yang menang dengan majoriti 2403 undi dengan calon BN di DUN Bukit Selambau. Tahniah sekali lagi. Apa kesimpulan yang dapat aku buat di sini adalah :
  • Penyokong pembangkang masih terus mempertahankan kubunya.
  • Kekeliruan rakyat masih nyata.
  • Jentera kerajaan masih menggunakan taktik dan strategi lama
  • Bukit Gantang : Nizar meraih undi simpati atau pun rakyat Perak memberi petanda DUN Perak wajar dibubarkan semula
  • Bukit Selambau : Masyarakat India memilih calon India yang lebih rendah profilenya dari calon BN yang merupakan seorang Datuk.
  • Batang Ai : Kubu kuat BN yang hampir jatuh ketangan pembangkang dan rakyat masih memberi peluang kepada kerajaan untuk mengotakan janjinya.
  • Dan antara sebab yang dikatakan kuat juga,janji Pak Anwar yang akan mendedahkan rahsia JIKA PR menang di ketiga-tiga PRK (kalau dedah sebelum PRK,tak best katanya)

Kisah Kedua

"Apakah lagi peraduan yang ingin aku buat?"bisiknya didalam hati

Masih ingat kah kita dengan janji Anwar kepada rakyat dan penduduk di PRK baru-baru ini. Dengan muka yang dan penuh tawaduknya dia telah berjanji kakan mendedahkan rahsia dan sentah apa-apa lagi kepada seluruh rakyat jika PR menang di ketiga-tiga PRK? Aduh,janji Pak Anwar seperti ini selalu didengari sampai ke tahap aku sendiri hampir menyayanginya.kah kah kah...Kesimpulan dari kisah kedua ini adalah :
  • Anwar sungguh bijak bermain kata-kata.
  • Adakah dia tidak yakin dengan PR sudah tentu dapat mengekalkan kerusi yang dipegang PR dahulu?
  • Atau pun dia dah tahu,Batang Ai susah nak rampas so timbullah janji barunya yang sure tak akan dedahkan sebab di Batang Ai,BN akan kekal dan syarat pendedahan rahsia itu mesti kena menang ketiga-tiga PRK?
  • So sekarang ini,Pak Anwar ada alasan kukuh tak akan mendedahkan rahsia yang ingin dibongkarkan kerana PR kalah di Batang Ai. Alahai,bak kata Dr.Badrul Amin (PAS) " ooooo mudoh sangattttttt.......!"
  • Rakyat terus dihimpit dengan peraduan Pak Anwar,gores di ketiga-tiga PRK,boleh menang kereta BMW 5 series.kah kah kah...apa punya turrr( bak kata Faridisme-dalam kenangan)

Kisah Ketiga

Katanya,kenderaan Polis diterbalikkan dan dibakar

Peminat bola sepak di Malaysia dikejutkan dengan rusuhan penyokong ala-ala penyokong bola di Argentina dan Colombia semalam di Stadium Sultan Mohamad ke -IV Kota Bharu semalam. Dari berita yang diketahui, dapat disimpulkan bahawa rusuhan berpunca daripada :
  • Kekalahan pasukan Kelantan 0-1 ditangan N.Sembilan pada saingan merebut Piala FA
  • Rusuhan terjadi juga berpunca dari Halim Napi (terkenal dengan gangsternya dan penah masuk berita pasal kedaifannya menjadi gembala lembu) bergaduh selepas perlawanan dengan pemain N.Sembilan iaitu Aidil Zafuan (laki Rita Rudaini) dan seterusnyaberkait dengan pemain lain.
  • Mungkin kerana Halim Napi jeles kat Aidil kot atau pun Halim Napi nak ajar budak tu supaya hormat orang tua? kah kah kah
  • Mungkin kerana tidak boleh menerima hakikat kekalahan pasukannya ditempat sendiri? (kalau kalah pilihanraya,ada KLCC dibakarnya)
  • Mungkin kerana pengadil yang berat sebelah mengadili perlawanan.
  • Emosi orang Kelantan memang gila babi,bukan sahaja bergaduh tak kira pemain dan penyokong,tapi ketahap membakar dan merosakkan kenderaan awam yang lain termasuk Presiden Bola Sepak Kelantan sendiri.
Itulah kisah semalam atau orang kata semalam dalam sejarah...

9 comments:

Hanggokan said...

kahkahkah! lucu sungguh kisah-kisahmu. weh, ko cilok format penulihsan aku? kahkahkah!

Amz CamPro said...

hahaha...ko salah satu mentor format penulisan aku selain en prit tp pok leh terlalu puitis...hahaha

Anonymous said...

SALAM ZIARAH BRO
NK BG PEMBETULAN SIKIT BRO HEHEHE. SY FHM MAKSUD BRO "EMOSI ORG KELANTAN GILA BABI" HANYA DI TUJUKAN KPD SEGELINTIR YG TAKSUB DLM SUKAN BOLASEPAK..
KITA KENA BERLAKU ADIL PD ORG2 KELANTAN YG TIDAK TERIKUT2 SEPERTI MEREKA BRO..APA PUN SY MOHON MAAF BRO KLU CARA SY MENEGUR AGAK KASAR TD

Amz CamPro said...

hahaha...aku faham bro...itu untuk kes ini sahaja dan kes2 berkaitan emosi..aku pun kmpung ade di kelantan pulai chondong..heheheh...aku teringat zaman johor lwn klantan smpai tangguh game krn asap pemmedih mata,aduh..mereka sunggun ganas..heheh...thanx bro atas teguran

Anonymous said...

siot je kau ni amz campro kata aku dalam kenangan.

kau ingt aku dh mati ke?

apa punya turrrrrrrr.
kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.

-yg tidak dlm kenangan-

zizi3131 said...

Jangan mengina orang kelantan

Anonymous said...

sekali hina PAS
sekali hina Anwar
sekali hina orang kelantan.
adakah kerja ahli BPN full time hina org?

cina baca quran marah. rasuah dlm parti kesayangan kamu tak ambil endah.

ali rustam terlibat politik wang. kenapa tak desak dia letak jawatan?
tak berani? takut kalah di melaka?

ayooooo!! baca quran ka? ayoooo dei!!!! otak letak mana dei?

bela apa nama? negara? bangsa? agama? hehe.

kirim salam dengan panglima kamu yang ensem lagi jambu.

assalamualaikum.

Anonymous said...

yang kau nk baling kasut kt anwar ni apahal brader?

dia dh 6 tahun masuk dlm. sekarang dia nak lawan balik. kt terengganu menang. permatang pauh menang. 2 bukit menang.

hehehe. jgn emosi brader. kita bukan hidup zaman dato' Onn.

gentleman lah sikit. betul ke dia ejen amerika?

siapa yg bayar juta2 kpd pelobi yahudi nk jumpa bush? xbaca suratkhabar barat ke? baca kosmo je ke? hehe.

orang dh pergi ke angkasa. kau masih nk main baling kasut depan mesjid.

Amz CamPro said...

SAPE TAJA EK? DUIT SNDIRI IKHLAS KOT...TAK MENGHINA ORG KELANTAN CUMA KECEWA SIKAP SEBILANGAN ORG KELANTAN YG TAK RETI MENGAWAL EMOSI...AT LEAST TAKDELAH SUPOT DAP TRANG2AN MENGHINA AGAMA KITA,KO JGN PIKIRLAH SEMUA ORANG KAFIR SAMA,AKU TAK CKP MCA NGN MIC LEBIH BAIK TP TAK SMPAI TAHAP KATA ORG CINA LAGI BAGIUH GUNA ALQURAN NGAJAR KO MENGAJI...AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...