“PUSAT PENGAJIAN TINGGI” yang aku maksudkan disini adalah pusat-pusat melahirkan lagi lebih ramai tanda-tanda kiamat kelak. Semakin hari semakin banyak rancangan-rancangan seperti ini yang lebih dimonopoli oleh orang kita sendiri. Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Gangstarz, My Starz LG, Bintang RTM, Malaysian Idol dan macam-macam lagi. Rancangan realiti dan tidak realiti ini hanya ingin lebih meramaikan lagi industri hiburan. ‘Pusat Pengajian Tinggi’ ini lebih untuk melahirkan ‘graduan’ yang berjaya dan handal dalam nyanyian. Vokal,tempo,pitching,vibrator,tone dan macam-macam lagi ‘teori-teori’ khayalan oleh ‘Profesor-profesor’ dan ‘Doktor-doktor falsafah’ yang pakar dalam hal melahirkan tanda-tanda kiamat ini. Nak tergelak pun ada bila pakar-pakar ini memarahi pelajarnya melebihi memarahi jika meninggalkan solat. Mungkin?
Ia terlalu banyak sekarang. Itu baru sahaja ‘Pusat-pusat Pengajian Tinggi’ dalam bidang seni suara,bagaimana pulak dari segi lakonan? Zaman sekarang kita sering disogokkan dengan hiburan yang kadang-kadang rasanya sudah melampaui batasan peradaban agama dan budaya kita sendiri. Aku rasa kecewa juga dengan trend semasa sekarang seolah-olah, menggalakkan masyarakat muda kita supaya mengejar kemewahan dan kekayaan dengan cara mudah dari sumber hiburan yang boleh diragui halal haramnya. Silap-silap, mak bapak turut sama merestui anak-anaknya supaya menceburi bidang ini supaya cepat kaya raya dan glamer didunia dan tidak di akhirat.
Kita disogokkan dengan hiburan sejak dari kecil lagi. Tak percaya? Rancangan seperti Tom Tombak misalnya dan Macam-macam Aznil dulunya, sebuah rancangan yang lebih menggalakkan anak-anak yang masih kecil dan belum cukup umur ini supaya menyanyi, berlakon dan kadang-kadang seperti biadap dengan orang yang lebih tua. Bila dari kecil sudah mula diajar dunia seperti ini,aku percaya mereka akan terus hanyut dengan dunia ini juga satu hari nanti jika tidak dibimbing dengan betul. Sedih bila melihat anak-anak kecil sudah pandai bergaya menyanyi depan TV. Mak bapak menangis-nangis gembira anaknya ‘berjaya’. Aku tidak jumut tapi risau ia semakin melampaui batas. Sebagai contoh, jemaah alim ulama negara telah mengharamkan Konsert SureHeboh tapi ia terus dijalankan. Mungkin kerana namanya sudah menjadi JomHeboh? Aku menonton semua rancangan seperti ini secara kasar, bagaimana nak mengulas atau memberi pandangan jika kita tidak melihat sendiri? Betul tak?
Graduan menganggur semakin ramai, yang dah ada kerja diberhentikan dek kerana ekonomi, yang ada anak bersepah di rumah pun akhirnya mencari jalan dan alternatif mudah menuju kelembah hiburan yang telah jelas dan sahih lebih kearah kemaksiatan. Bila sudah glamer, semua lupa, air kencing setan pun seperti Teh O ais, berzina seperti bercucuk tanam di kawasan tanah-tanah yang luas terbentang, rambut dah hilang warna asalnya sehinggakan kucing dan anjing termenung sendirian melihatnya. Sumber kewangan hidup bila diperolehi dengan cara yang tidak halal, lambat laun kesannya menjelma jua, tidak didunia ia pasti di akhirat bila kiamat kelak. Renungkan antara secebis kisah di “Pusat Pengajian Tinggi’ dibawah ini yang sempat aku lihat:
'IPT' yang mendapat taraf Apex-semua boleh buatTerjadi di rancangan Diari Akademi Fantasia 7 baru-baru ini dimana antara peserta ini namanya Qhaud. Mamat ini lebih dikatakan islamik dari peserta yang lain kononnya tapi….hampeh…tergamaknya dia merelakan / menyuruh seorang wanita yang bukan muhrimnya untuk tolong memotong kukunya? Lu bikin wa panasssss jee….Jangan gunakan agama disebalik sikap yang tidak betul tu. Aku lebih rela orang tu biasa-biasa sahaja tanpa menunjuk-nunjuk kealimannya. Peluk-peluk antara ‘pelajar’ dan ‘pakar-pakarnya’ (cikgu) sudah menjadi bebas antara lelaki dan perempuan. Gejala sosial melayu semakin jelas dan terus ditelanjangkan.
p/s : Memikirkan membesarkan anak-anak dizaman ini cukup memberi perasaan takut dan keinsafan di hati aku. Bagaimanakah kita akan lalui dalam membesarkan anak-anak dengan dunia yang penuh pancaroba ini? Hanya doa, didikan agama dan rohani yang sempurna serta berserah kepada-Nya sahaja menjadi perisai kita.
7 comments:
Artikel yg bagus...
Menyengat! Tahniah.
trima kasih...!
Betul tu bro....Aku sokong sesangat!!!
Silap hari bulan nanti akan ada aplikasi dalam talian Kemasukan ke IPTH(Institut Pengajian Tinggi Hiburan).....
Mcm UPU gak...
Dia ade 8 pilihan...
Boleh pilih nak ge U mana...
AF ke..
LG ke...
Gang Star ke...
One In Milion ke..
Tidak memerlukan pinjaman MARA, PTPTN ataupun Biasiswa dari JPA.Sebab semuanya sudah ditanggung dan ditaja oleh Hotlink dan celcom atau penaja2 yg bersekutu dgnnya...
kahkahkah...
Masalah sosial dah makin kritikal kesan dek FOKUS UTAMA diberi pada hiburan...
Syg nye...X de satu bijik mata PUN PEMIMPIN MELAYU pun yang lantang bersuara dlm masalah ni...
Apa punya TURRRR le( Bak kata Faridisme; Dlm kenangan)..
Kahkahkah....
haritu aku tertengok la satu drama dekat tv3ni.Macam sial je sebab drama ni macam mengalakan gay je.pelik la aku kenapa nak buat drama2 macam ni.budus btul.makin hari makin teruk.dah la dengan kadang filem sekarang yang sekarang ni pikirkan keuntungan je.adengan dalam filem tu ada yang sampai 18sx.Bila pengarah dan pelakon dia pergi ditemuramah cakap ni sebagai pedoman.ambiklah yang baik dan jauhilah yang buruk.Masalahnya dalam filem tu pelakon dia pun kadang2 pakai pakaian menjolok mata.beraksi sumbang.Anak2 muda ni yang tgk ni takkan terpengaruh ka.Senang saja nak cakap ambikla yang baik tapi benda yang burukla senang dijadikan ikutan sebab benda tu seronok campur godaan syatan lagi.Orang yang buat filem macamni sebenarnya ikhlas nak bagi pedoman kat anak2 muda or just nak buat untung?Akhlak mereka pun kadang x sebaik mana nak nasihat orang.piirahhhhh..
oit...aku tak puas ati! knp IPT yg disebut di artikel atas takde PTPTN? pesal kitorg nih kena bayar PTPTN? knp ada faedah 3% dan ada 1%? ape nih woi!!!
itu aku setuju,kita yg belajar 3-5 tahun ni,kena pinjaman,tu pun blum tyentu dpt kije...dah tu,dpt plak surat amaran jgn keluar negara,black list....hahahaha...xpelah,dieorang bahagia didunia,azab menanti nanti....huhu
Post a Comment