BELFAST, Ireland Utara - Berpuluh-puluh ribu pengikut mazhab
Protestan dijangka berhimpun di sekeliling beberapa unggun api gergasi
di sini pada tengah malam ini (waktu tempatan). Unggun api tersebut yang dibina daripada kayu dan tayar memiliki ketinggian melebihi 30 meter.
Keadaan unggun api yang belum dinyalakan |
Mereka akan membakar lambang Ireland sambil menyanyikan lagu
anti-Katholik dalam perayaan tersebut yang disambut pada setiap tahun. Satu perarakan besar-besaran juga akan diadakan di sini hari ini yang
dilihat bakal menguji kekukuhan proses damai di Ireland Utara.
Perarakan tersebut sebelum ini dibantah oleh pengikut mazhab Kristian Roman Katholik. Penyokong setia Protestan meraikan 12 Julai sebagai hari pemimpin
Protestan, William III of Orange mengalahkan pemerintah Katholik, Raja
James pada 1690. - Agensi
No comments:
Post a Comment