Thursday, July 11, 2013

Senarai Pasukan Yang Layak Dan Tarikh Penting Piala Malaysia 2013

Berikut ditunjukkan 16 pasukan yang layak bertanding ke Piala Malaysia 2013. Senarai ini menunjukkan kedudukan pasukan di dalam empat balang yang akan diundi kelak.16 pasukan yang bertanding akan diasingkan dalam empat balang berbeza mengikut senarai terakhir kedudukan Liga Super manakala juara Liga Perdana, Sarawak dan Sime Darby yang muncul naib juara akan diletakkan balang ketiga bersama-sama pasukan yang berada di tangga ke-9 serta 10 liga, Terengganu dan T-Team.

Juara Liga Super, Lions XII diikuti Selangor, Johor Darul Takzim dan Kelantan berada dalam balang pertama sementara Pahang, ATM, Perak dan PKNS FC menjadi empat pasukan yang ditempatkan pada balang kedua. Balang keempat terdiri daripada dua pasukan Liga Perdana, Johor dan Kedah, manakala dua slot lagi akan ditentukan melalui pemenang perlawanan Felda United dan Negeri Sembilan.:

Berikut pula adalah tarikh-tarikh penting berkaitan Piala Malaysia 2013 kali ini :
  • 27 Julai 2013 sesi pengundian kumpulan kepada 4 kumpalan.LIVE di Astro Arena
  • 17 Ogos 2013 sepak mula Piala Malaysia 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...