Thursday, July 11, 2013

Kadar bayaran Zakat Fitrah Tahun 2013 Seluruh Malaysia Dan Waktu Penting Menunaikan Zakat Fitrah

Kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini 2013 masih lagi sama seperti tahun lepas. Di sini dipaparkan kadar bayaran zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013. Sebelum itu, ketahui juga waktu-waktu penting untuk menunaikan zakat fitrah ini. Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
  • Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
  • Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat
  • Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh
  • Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram
  • Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
 
*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...