Showing posts with label semasa politik. Show all posts
Showing posts with label semasa politik. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

[Gambar] Adam Adli = Ibrahim Ali : Gantung 3 Semester Jer?

Dah macam penyangak melolong depan pagar UPSI

TANJUNG MALIM - Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.

Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.






Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.
Isu ketika 'pejunag bangsa' turun bendera Pak Najib

"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.

"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sumber : KOSMO

Tuesday, November 8, 2011

[Gambar] Apabila Anak Mantan Perdana Menteri Ke-4 Sokong Seksualiti Merdeka 2011

AMBIGA (kiri) diiringi Irene Fernandez (tengah) dan Marina Mahathir (kanan) bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini hari ini.

Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Khee Teik ketika ditemui pemberita berkata, beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

''Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Khee Teik.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah. Sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya. — BERNAMA

Amz Campro berkata:

Tak tahu dah aku nak kate ape. Senang citelah, korang tak payah lah support benda dah memang haram dalam agama. Memang ikutkan banyak kita kena tentang. Judi kat Genting tu patut di tentang jugak. Cuma isunya janganlah kita support benda2 macam ni... Kalau anak bekas PM pun support, nak kate ape? Sendiri mau ingatlah. Tergolek doglah BN pasni,kahkahkah...kenapalah susah sangat...




Monday, October 10, 2011

Elaun Ahli Parlimen Seperti Dicadangkan Di Tarik Semula!


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun ahli parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).

"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak ahli parlimen lain daripada parti masing-masing,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...