Tuesday, January 10, 2012

[Gambar] Adam Adli = Ibrahim Ali : Gantung 3 Semester Jer?

Dah macam penyangak melolong depan pagar UPSI

TANJUNG MALIM - Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.

Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.






Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.
Isu ketika 'pejunag bangsa' turun bendera Pak Najib

"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.

"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sumber : KOSMO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...